Penulisan ini agak merisaukan saya sebenarnya. Tidak salah berkongsi, tetapi agak berat sebelah dan boleh menambah kebencian tidak berasas terhadap mereka.

Tidak diceritakan langsung mengapa mereka tidak mahu pindah ke Bhasan Char.

Teruskan membaca thread saya. https://twitter.com/erepit/status/1253155035086610433
Basan Char ini merupakan satu pulau yg baru sahaja wujud pada awal tahun 2006 di Bay of Bengal.

Ia terletak 30km daripada mainland dan memakan masa lebih kurang tiga jam dgn menggunakan bot daripada Basan Char ke mainland.
Antara kerisauan yg timbul apabila banjir dan cyclone melanda pulau ini, apa yang akan terjadi kepada mereka?

Perlu kita ingat, pulau ini sukar diakses kerana lokasinya yg jauh ditambah pula dengan lautan yg sgt bergelora.
Ada kemungkinan jika bencana melanda, tiada yg akan dtg menyelamatkan mereka. Sebarang komunikasi dgn dunia luar juga mungkin terputus.

Ini antara persoalan utama. Dihantar ke satu tempat yg boleh membawa maut, tanpa sebarang assurance bahawa pulau ini selamat utk didiami.
Antara bacaan menarik:

1. https://mobile.abc.net.au/news/2019-04-12/rohingya-bhasan-char-floating-island-bangladesh/10900998

Penulisan di pautan tersebut menceritakan bahawa mereka akan ditempatkan disebuah rumah yg keluasannya hanya 3.6meter x 1.2meter utk 16-25 keluarga (lebih kurang 64 orang).
Ada juga kerisauan yg timbul dimana kemungkinan bekalan air bawah tanah mereka akan menyebabkan pulau itu tidak stabil.

Ingat, ini pulau yg sangat baru.
An expert on Sea Erosion was also consulted on this (see next tweet for video, minit 3:49), beliau mengatakan “Bhasan Char is still very fragile island. It can be eroded and washed away.”

Beliau menyambung “sandy islands need at least two to three decades to become permanent”.
Ini video yg saya maksudkan. Saya harap semua boleh tonton video ini secara PENUH utk memahmi konteks sebenar mengapa kegurasan timbul.
Kegusaran** đŸ€ŠđŸ»â€â™€ïž

Okay sambung.

Memang benar bahawa ada satu benteng pertahanan daripada banjir yg telah dibina utk mereka oleh sebuah company bernama HR Wallingford.

Tetapi, syarikat ini tidak menyatakan sama ada kajian kemungkinan (feasibility study) telah dilaksanakan.
Persoalan yg dilontarkan seperti sejauh manakah ‘benteng’ yg dibina ini dapat melindungi mereka daripada gelombang yg bakal melanda tidak terjawab.

Kerisauan ini tidak terhad kepada orang Rohingya, tetapi juga menjadi kebimbangan UNHCR.
Saya faham jika ada yg bising dan marah daripada sudut perbelanjaan besar yg telah dikeluarkan kerajaan Bangladesh. Mungkin kelihatan seperti tidak bersyukur.

Tetapi...
Tetapi, kita juga perlu melihat sudut pandang mereka supaya kebencian melampau yg dipamerkan kebelakangan ini dapat dimalapkan sedikit.

Penulisan saya ini sekadar memberi perspektif lain kepada anda. Elakkan berkongsi ilmu dalam keadaan penuh emosi. Sangat bahaya.
Dan beberapa video daripada YouTube:
Okay itu sahaja. Terima kasih kerana sudi membaca!

Selamat berpuasa semua. Assalamulaikum đŸ„°
You can follow @serenitysakinah.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: