[THREAD] APA MAKSUD MELANDAIKAN KELUK PANDEMIK ATAU 'FLATTENING THE CURVE'

Pakar yg membuat kajian tentang taburan insiden sesuatu penyakit atau keadaan kesihatan, faktor-faktor yang mempengaruhinya dan penggunaannya dalam kawalan penyakit. Ilmu ini dipanggil epidemiologi.(1/10)
Sblm itu, kenali apa itu 'curve' atau keluk. Ia merujuk kpd jumlah kes yg dijangkiti virus pd satu2 masa. Dlm graf, akn jd garisan dlm pelbagai bentuk. Apabila garisan graf/keluk makin cepat naik, menunjukkan ramai yg berjangkit pd masa singkat atau secara 'exponential'. (2/10)
Sumber rawatan seperti hospital, doktor, jururawat, mesin-mesin kesihatan dan pelbagai lagi seumpamanya akan lebih banyak digunakan sehingga melebihi kapasiti yang ada. Ketika itu, akan ada orang yang berjangkit tidak dapat menerima rawatan sepatutnya. (3/10)
'Flattening the curve' atau melandaikan keluk dalam epidemiologi bermaksud idea memperlahankan perebakan jangkitan virus supaya dapat mengurangkan orang yang perlu dirawat dalam satu-satu masa. Ia bukan, secara literal, bermaksud bilangan kes baru akan menjadi kosong. (4/10)
Dengan jangkaan bahawa orang yang akan dijangkiti itu akan sama banyak, kita cuma berusaha untuk melambatkan perebakan virus itu berjangkit supaya kapasiti hospital mampu menanggung dan merawat orang yang berjangkit tanpa ada limpahan. (5/10)
Analogi: 120 pelajar yang duduk di asrama, ada 10 bilik mandi. Jika 120 pelajar datang serentak ke 10 bilik air untuk mandi, ada masalah menunggu dan ketegangan. Tapi jika 120 pelajar ke bilik air pada masa-masa yang asing dan berlainan, situasi jadi lebih mudah terkawal. (6/10)
Adakah ia berkesan?

Ya, ia berkesan. Pada tahun 1918 di Philadelphia, beribu orang mati dalam 48 hingga 72 jam ketika itu akibat global pandemik juga yang dipanggil Selesema Sepanyol atau Spanish Flu. 16,000 orang mati dalam 6 bulan saja. (7/10)
Di satu bandar lain iaitu St. Louis, mereka cepat-cepat menggunakan strategi isolasi iaitu penjarakkan sosial, menggalakkan kebersihan individu, tutup sekolah, mengehadkan pergerakan keluar dan pelbagai lagi. (8/10)
Hasilnya, hanya 2,000 orang saja mati jika dibandingkan dengan Philadelphia.

Maksudnya St. Louis telah berjaya melandaikan keluk atau 'flattened the curve'. (9/10)
Jadi buat warga Malaysia dan Selangor, itulah apa yang sedang kita lakukan sekarang iaitu berusaha melandaikan keluk supaya ia tidak membawa kepada kemudaratan yang lebih besar. (10/10)

#SelangorGempurCovid19
#STFC
#COVID19
You can follow @stfc_selangor.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: