Enam sebab mengapa para pendidik Malaysia perlu memiliki akaun Twitter pada 2020. Teruskan bacaan...
1. ~ & #39;Connect People& #39; VS. & #39;Connect Ideas& #39;~ Facebook merupakan platform terbaik menghubungkan manusia, tetapi Twitter merupakan platform terbaik menghubungkan idea, ilmu dan pandangan. Limitasi jumlah aksara membuatkan catatan ilmu secara & #39;tweet& #39; lebih padat tidak merepek-repek.
2. ~Maklumat Sahih Dari Sumber Primer~ Dengan mengikuti akaun Twitter tokoh atau personaliti tertentu, anda boleh mendapat maklumat secara terus dari sumber pertama dengan pantas. Jenama-jenama terkenal juga kerap melakukan pengumuman rasmi di Twitter.
3. ~Go Global~ Kebanyakkan pendidik advokasi dunia aktif di Twitter. Jaringan dengan pendidik seluruh dunia menyediakan banyak ruang dan peluang untuk pendidik kita berkolaborasi dengan komuniti antarabangsa pada masa hadapan.
4. ~Pilihan Pelajar Masa Kini~ Berdasarkan pengalaman peribadi, pelajar kini berada di platform-platform sosial seperti IG dan TikTok. Namun begitu, Twitter merupakan platform wajib untuk mereka. Sorang pelajar saya pernah cakap "Fb hanya untuk untuk tua saja cikgu".
5. ~Membina Pengaruh~ Twitter antara media sosial yang terawal mencipta konsep ‘follow‘. Jika anda seorang guru advokasi yang sentiasa melakukan perkongsian ilmu, Twitter adalah pilihan terbaik anda membina pengaruh dengan mempunyai pengikut sendiri.
6. ~Penggunaan # Yang Lebih Berkesan~ Twitter dan hashtag (#) berpisah tiada. # wujud di semua platform sosial, namun penggunaannya lebih berkesan di Twitter. Dengan # anda boleh melihat sebarang tema yang diminati dengan mudah atau berkongsi idea dengan tema yang spesifik.
Oleh itu, jom ajak rakan-rakan pendidik untuk menyertai Twitter untuk pendidik kita terus bergerak ke hadapan. Selamat berpuasa. -Tamat #goglobal