some of you may not know yang aku sebenarnya anak angkat tsk tsk
after 20 years (tanpa usaha sangat pun sebenarnya) Allah rezekikan aku jumpa mama kandung heheh soo this thread is going to be loooong and boring


dari lahir sampai ke 20 tahun tak pernah terniat nak cari parents kandung. and cuma certain people je yang tahu aku anak angkat. reason tak nak cari maybe sebab ‘mak aku pun tak cari aku so buatpe aku nak cari dia?’
nahhh begitu sombong ye
tapi tak tahu kenapa tahun 2017, tengah intern dekat poli tengah tak tahu nak buat apa tetiba terfikir nak cari parents kandung

the only information i have masatu cuma original ic aku jehhhh which is dalam tu cuma ada nama penuh mama, ic mama and mama asal mana. time tu mama duk muar lagi
so tengah tak tahu nak buat apa kat office tu tangan ni gatal pergi search nama mama dekat jpj, aku check kot kot mama ada saman ke, pastu check kat sprm tapi tak jumpa. pastu terfikir nak cari dekat portal br1m since aku ada full name and ic mama
turned out br1m ada security questions untuk verify owner’s account. kita boleh choose any three so aku pilih nama penuh, ic dengan bandar mama tinggal. time tu yakin betul mama duduk muar sebab dekat sijil lahir mama asal muar
cuba punya cuba rupanya salah ye jawapan tu. bukan bandar muar ye. time tu cam dah menyampah dah malas nak fikir fikir nak cuba cuba. tapi try laa juga kot kot jumpa kan
so aku pergi google nama penuh mama. oh dekat fb pun pernah cari tapi tak jumpa. so dekat google jumpa satu link courier service taqbin
mama beli barang online guna courier service tu. so aku tekan link tu and link tu cam tunjuk laa details barang mama tu dihantar ke mana which is, melaka. lalu aku dengan sepantas kilat pergi portal br1m jawab security questions tu
aku jawab nama penuh mama, ic mama dengan bandar mama tinggal dengan harapan melaka tu betul laa jawapannya. sekaliiiii jeng jeng jeng
betul tiga tiga soalan tu hahaha keluar segala information mama kat br1m tu. ada nombor mama, ada nama anak anak mama, ada alamat mama, br1m has all the informations i need senang cerita
lepastu rasa cam nak jerit kat office sebab finally after 20 freakin years aku jumpa details mama. excited pergi bagitahu membe (closest friends dekat poli) membe pun excited sekali tapi dia punya excited ngalahkan aku
kau tahu apasal? sebab dia pergi whatsapp mama aku
pastu send gambar aku yang dah besar dah 20 tahun mana laaa mama kenal woiii pastu dia boleh tanya ‘makcik kenal tak perempuan ni?’

hello? kau hantar muka aku dah besar tau mana lah orang tu kenal
pastu mama kata laa mama tak kenal. pastu mama tanya kenapa dekat kawan aku pastu kawan aku kata takda pape

ingatkan habis kat situ lah tapi membe boleh whatsapp lagi dia tanya ‘betul makcik tak kenal kawan saya ni?’ tak give up ye geng 
mama kata tak kenal pastu membe reply ‘takdalaa saya tolong cari ibu kandung kawan saya dah lama dia cari tak jumpa’


pastu mama tanya nama penuh aku tau pastu membe pun bagitahu nama penuh aku kat mama then mama tetiba voice suara nangis nangis
mama tahu nama penuh aku sebab lepas mama bagi kat mak angkat aku, mama ada jenguk beberapa kali tapi lepastu kitorang pindah and lost contact that’s why mama kenal
mama voice nangis nangis time tu mama kata mama dah lama cari aku tapi tak jumpa. mama pesan kat membe dia kata jangan bagitahu aku yang diorang contact tapi membe aku jenis excited dia bagitahu juga aku

aku time tu keras hati tak nak contact mama sebab entahlah rasa awkward sebab tak pernah jumpa tak pernah tahu pun rupa dia macamana apa semua tetiba nak contact and time tu pun ego gila sebab fikir mama tak cari aku asal aku nak beria
tapi atas nasihat membe yang tak berapa prihatin aku whatsapp juga mama dengan salam perkenalan ‘salam. kenal tak saya siapa?’

mama kata mama kenal sebab membe dah bagi nombor aku kat dia kot tak silap tapi dia pun tak nak contact aku dulu eee tapi ada reason kenapa dia tak nak contact aku di
mama rasa bersalah sebab tak cari. tak bersungguh cari macam aku cari. mama tak tahu ke aku pun tak bersungguh sebenarnya nasib je tu?

time tu mama minta gambar banyak banyak sebab nak send kat ayah. mama dengan ayah jodoh tak panjang diorang buat haluan masing masing. mama kahwin lain ayah kahwin lain
mama kata muka aku macam ayah tapi aku rasa muka aku banyak ikut mama kening je ikut ayah sebab terputus hahahahah
mama ada anak ramai okay. bawah aku ada 6 orang adik. 3 lelaki 3 perempuan. anak mama yang kedua selepas aku tahun ni 21 tahun tak silap ko bayangkan beza dua tahun je nasib tak bercinta dengan adik sendiri tau

ayah pun ada anak juga. tiga orang tak silap. 2 perempuan 1 lelaki kau bayangkan berapa ramai adik aku?

anak perempuan mama nangis nangis time mama bagitahu mama dah jumpa aku sebab dia takda kakak. dia suka kalau ada kakak so bila mama kata mama dah jumpa kakak dia ni dia nangis sebab happy finally ada kakak
auch cedih

so contact contact dengan mama tetiba mama kata nak datang jb. mama dari melaka datang jb tau jumpa aku hahaha dia amik aku bawa gi kulai jumpa nenek sedara apa semua. semua excited jumpa aku
lepas beberapa bulan baru jumpa ayah pulak sebab ayah pegawai penjara dekat muar so dia macam busy sikit and ada masalah tertentu
lepas jumpa mama dengan ayah, dapatlah aku simpulkan kat sini bahawasanya perangai terejal aku ni ikut mama sebab mama pun terejal teroxxxx

tapi bila dah jumpa dua dua, rasa macam lain pulak muka aku dengan mama dengan ayah. maksudnya, cemana muka mama dengan ayah boleh dapat aku? kahkah
ayah pun excited tau time contact dengan aku sebab dia kata dia tak sangka anak dia cantik aku nak kembang jap korang diam
time tu membe canang kat mama kata aku dekan setiap sem laa apalaaa mama pun bagitahu ayah pastu ayah cam bangga anak dia pandai hm ayah tak tahu ke aku buat buat pandai je sebenarnya kahkah
raya tahun lepas baru dapat beraya rumah mama tapi still tak jumpa semua adik adik aku sebab apa entah. adik beradik mama pun tak jumpa semua lagi sebab adik beradik mama ramai nak mampos engko 10 orang mama yang sulung

adik mama paling bongsu umur 25 tahun tau tahun ni aku beza dua tahun je dengan makcik hakuuuu?! apeni?!
oh btw time jumpa mama tu takdala macam drama tv nangis nangis pesemua lol aku lek je duk belakang macam boss mama drive tapi tapi tapi
time mama hantar balik rumah tu aku salam mama pastu mama peluk aku kuat kuat time tu sumpah rasa sebak sebab masih tak sangka time tu takung je air mata ni haaa tak nak kantoi nangis depan mama
nak tengok ke muka mama?
japgi bagi aku solat jap
mama kita geng kahkah
gedik betul nak malu eyyy
mama kita 41 tahun ni geng
dalam gambar ni mama suruh aku rendah sikit supaya dia tak nampak pendek mama engko kan

