APA MAKSUD ARNAB/KELINCI DI ATAS BULAN MEMBUAT KEK BERAS DALAM ANIME SAILORMOON?

Jika awak peminat Sailormoon (macam saya), mesti awak akan pernah terfikir kenapa kata kunci kucing bernama Luna untuk menghubungi Moon Kingdom seperti itu?

Ada cerita folklore tentang itu.
Arnab atau kelinci (untuk followers saya dari Indonesia) ialah sejenis haiwan yang dikaitkan dengan bulan dalam masyarakat di Asia Timur, terutamanya China, Jepun dan Korea.

Ia sebenarnya berasal dari himpunan puisi dalam buku Chu Ci tulisan Song Yu dan Qu Yuan.
Song Yu dan Qu Yuan adalah pemuisi dari negeri Chu ketika era Perang Saudara China pada 260 Sebelum Masehi.

Dalam perang ini terdapat 7 buah negeri iaitu Qin, Han, Wei, Zhao, Chu, Qi dan Yan, serta beberapa negeri kecil.

Pendek cerita, Qin menakluk semuanya dan...
...Qin Shi Shuang menjadi Maharaja China pertama yang menakluk seluruh China.

Puisi ini ditulis untuk para tentera Chu yang ketika itu berperang dengan Qin, kerana apabila mereka merenung ke bulan, mereka ternampak bayangan arnab/kelinci sedang menumbuk dalam lesung.
Arnab/kelinci dilihat sebagai simbol tuah kerana ia mewakili Chang'e, iaitu dewi bulan.

Dalam folklore masyarakat Cina, ia bercerita tentang sang arnab yang menumbuk herba untuk dijadikan ubat bagi mereka yang berperang.
Di Korea dan Jepun, ia menceritakan tentang pengembara yang kelaparan dan sang arnab ini menumbuk kuih beras atau mochi untuk mereka yang miskin dan kelaparan.
Saya ada menulis tentang sejarah Kuih Lopes yang berhubungkait dengan onde-onde dan kuih Mochi, boleh baca di sini: https://twitter.com/PopPelangi/status/1185827961695432705?s=19
Dalam bahasa Jepun, folklore arnab bulan ini dipanggil tsukino usagi (月のうさぎ ). Jika awak google tsukino usagi, kemungkinan besar imej yang awak akan jumpa ialah Sailormoon.

Kerana nama watak ini ialah Tsukino Usagi, sempena nama dewi bulan yang bertuah.
Sebab itu kalau awak tonton Sailormoon, Usagi sering bernasib baik mengelak serangan sebab dia bertuah.

Usagi juga suka makan mochi, dan dia juga adalah Princess Serenity yang memerintah Moon Kingdom.
Agak menarik bagaimana dah bertahun tonton Sailormoon sejak kecil dan sampai sekarang masih suka anime ini. Sebab ia berdasarkan folklore lama dan peperangan zaman silam.
You can follow @ErenaTakeuchi.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: