JANGAN SAMAKAN RASULULLAH S.A.W DENGAN ROHINGYA MEREKA PENGOTOR & TIDAK BERADAB?

1. Saya membaca jawapan kpd tweet saya &pesanan yg saya dapat di Twitter & FB yg mengatakan jangan samakan Rasulullah SAW dgn Rohingya kerana mereka pengecut, bodoh, pengotor& suka ambil kesempatan
2. Mungkin aktivis spt @AinieHaziqa, @ADLIZAKUAN @tiniz dan kak Tengku Emma boleh tambah kerana mereka lebih sering di lapangan. Pengotor, tidak beradab ini adalah persepsi. Mungkin ada sebilangan kecil yg begitu sepertimana ada sebilangan kecil Melayu yg pengotor &malas juga
tapi memukul rata keseluruhan komuniti sebagai bodoh, pengotor & suka mengambil kesempatan ini satu perbuatan yg tidak betul.

3. Ada juga yang marah dgn saya kerana mengatakan Rasulullah SAW pelarian. Apa masalahnya dgn pelarian?Pelarian atau refugee di tafsirkan dlm Art 1A (2)
Refugee Convention sbg"a person who,owing to well-founded fear of persecution for reasons of race, religion, nationality, membership of a particular social group or political opinions, is outside the country of his nationality and is unable or, owing to such fear, is unwilling..
...to avail himself of the protection of that country.

4. Dalam Deklarasi Kaherah, Art 12 menyatakan - "Every man shall have the right, within the framework of the Shari’ah... if persecuted, is entitled to seek asylum in another country. The country of refuge shall be obliged..
...to provide protection to the asylum-seeker until his safety has been attained, unless asylum is motivated by committing an act regarded by the Shari’ah as a crime."

5. Soalannya kenapa Nabi SAW berhijrah? Saya telah terangkan di thread yg lalu ttg tujuan hijrahnya para...
...sahabat ke Habasyah sebanyak 2 kali adalah untuk mendapatkan perlindungan daripada Raja Najasyi yg beragama kristian kerana mereka dizalimi dan ditindas. Adakah hijrah dari Makkah ke Yathrib juga sama? Jawapannya adalah YA.
6. Setelah perjanjian Aqabah Pertama seramai 70 org Muslim dr Yathrib dtg ke Makkah utk menunaikan haji risau dengan keadaan Rasulullah SAW di Makkah- ditindak, ketakutan. Maka terjadilah perjanjian Aqabah Kedua atau Kubro dan ini lebih menyebabkan musyrikin Quraish tidak senang
..dengan Rasulullah SAW dan muslimin. Adakah dalam Perjanjian Aqabah, muslim Makkah akan terus keluar ke Yathrib. Tidak. 6 isi dari Aqabah kedua adalah (a)taat kpd Rasulullah (b)mengeluarkan perbelanjaan sewaktu susah&senang (c)amr maaruf nahyi mungkar (d)tsabat - tegakkan agama
(e)menolong dan mempertahankan Rasulullah SAW jika baginda meminta sbgaimana mereka mempertahankan keluarga & darah daging sendiri.

7. Di dalam riwayat sejarah, dikatakan syaitan tlh membocorkan perjanjian tersebut yg dibuat secara sulit sehingga berlaku penentangan yg lebih
...besar oleh musyrikin Makkah. Sehingga Abu Bakar menyatakan kpd Rasulullah SAW اسْتَأْذَنَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ أَبُو بَكْرٍ فِي الْخُرُوجِ حِينَ اشْتَدَّ عَلَيْهِ الْأَذَى
Aku minta izin kpd Nabi untuk keluar dari Makkah kerana beratnya penderitaan disini
8. Bilal Bin Rabah sewaktu keluar dari Makkah ke Yathrib mengatakan اللَّهُمَّ الْعَنْ شَيْبَةَ بْنَ رَبِيعَةَ وَعُتْبَةَ بْنَ رَبِيعَةَ وَأُمَيَّةَ بْنَ خَلَفٍ كَمَا أَخْرَجُونَا مِنْ أَرْضِنَا إِلَى أَرْضِ الْوَبَاءِ
YaAllah engkau laknatlah Shaibah Bin Rabiah,'Utbah Bin Rabiah
dan Ummayah Bin Khalaf kerana telah menyebabkan kami keluar dari negeri kami ke negeri derita.

9. Sebahagian sahabat yg berada di Habasyah menunggu-nunggu arahan dari Rasulullah SAW. Tidak ada dalam perjanjian Aqabah perpindahan para Muslimin Makkah ke Yathrib, sebagimana
diceritakan oleh Imam Al Bukhari ia dtg melalui ilham mimpi Nabi SAW- رَأَيْتُ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أُهَاجِرُ مِنْ مَكَّةَ إِلَى أَرْضٍ بِهَا نَخْلٌ فَذَهَبَ وَهَلِي إِلَى أَنَّهَا الْيَمَامَةُ أَوْ هَجَرُ فَإِذَا هِيَ الْمَدِينَةُ يَثْرِبُ
Aku bermimpi kita berpindah ke satu
tempat yang ada pohon kurma, aku mengira ia di Yamamah atau Hajr ternyata ia di Yathrib. Juga hadith إِنِّي أُرِيتُ دَارَ هِجْرَتِكُمْ رَأَيْتُ ذَاتَ نَخْلٍ بَيْنَ لَابَتَيْنِ
Aku diperlihatkan dlm mimpiku tempat perpindahan kita yg mempunyai pokok kurma &berada antara 2 harrah
10. Sahabat yg menjadi pelarian di Habasyah setelah mendengar berita ini mula bergerak dari Habasyah menuju Yathrib. Dan dikatakan Abu Salamah Bin Asad adalah org pertama yg ke Yathrib kerana tidak tahan dengan siksaan musyrikin
11. Adakah Rasulullah SAW dijemput ke Yathrib? Tidak. Adakah penghijrahan dari Mekah ke Yathrib dibincangkan dalam Perjanjian Aqabah Kedua? Juga tidak. Muslimin ke Yathrib kerana tidak tahan dengan siksaan sebagaimana saudara kita di Rakhine yg terpaksa keluar dari tempatnya
12. Adakah Rasulullah SAW akan keluar dari Makkah jika tidak disiksa dan dibuli musyrikin Makkah? Tidak. Ini diriwayatkan dalam hadith Imam Al Tirmidzi وَاللَّهِ إِنَّكِ لَخَيْرُ أَرْضِ اللَّهِ وَأَحَبُّ أَرْضِ اللَّهِ إِلَى اللَّهِ وَلَوْلَا أَنِّي أُخْرِجْتُ مِنْكِ مَا خَرَجْتُ
Demi Allah, engkau adalah sebaik-baik bumi dan bumi Allah yang paling dicintai. Jika tidak kerana aku diusir aku tidak akan pernah meninggalkanmu
13. Adakah menjadi pelarian menyebabkan harkat dan martabat kemanusiaan seseorang itu turun? Memanggil Nabi SAW sbg pelarian atau org yg keluar dari kampung halamannya utk mendapat perlindungan di negeri asing adalah penghinaan?
14. Berapa banyak kita temukan di dalam Al Quran&Hadith fakta yg mengatakan Rasulullah SAW buta huruf?yatim piatu?penggembala kambing?bahkan Nabi Ayoub yg menderita penyakit kulit yg teruk dan busuk. Tidaklah ia satu penghinaan melainkan realiti dan fakta yg terjadi pd waktu itu
15. Kenapa perlu prejudis dan memberikan stigma buruk kepada saudara Rohingya kita?Tidak ada Melayu yg pengotor? suka ambil kesempatan? berhentilah berperangai dengan perangai jahiliyyah. Di zaman Nabi SAW org kulit hitam, badwi dan hamba itu sering dianggap kotor, tidak beradab
sebagaimana yg dilakukan banyak org pada hari ini terhadap Rohingya. Nabi dtg utk meghapuskan stigma jahat itu dengan mengangkat Bilal Bin Rabah, seorang berkulit hitam, bekas hamba utk azan di atas Kaabah sewaktu Fathu Makkah
16. Imam Suyuthi dlm tafsirnya
لما كَانَ يَوْم الْفَتْح رقي بِلَال فَأذن على الْكَعْبَة فَقَالَ بعض النَّاس: هَذَا العَبْد الْأسود يُؤذن على ظهر الْكَعْبَة وَقَالَ بَعضهم: إِن يسْخط الله هَذَا يُغَيِّرهُ فَنزلت {يَا أَيهَا النَّاس إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ من ذكر وَأُنْثَى} الْآيَة
Pada hari pembukaan Makkah,sewaktu Bilal naik ke atas Kaabah utk adzan,sebahagian penduduk Makah terkejut& berkata hamba hitam inikah azan?Harits Bin Hisham mencibir sambil berkata adakah Muhammad tak berjumpa org lain selain gagak hitam ini?Lalu Allah turunkan Al Hujurat ayat13
17. Rasulullah SAW menaikkan Bilal Bin Rabah yg berkulit hitam,bekas hamba ke atas Kaabah utk mengajar org arab supaya jangan ego dan merasakan dirinya bagus kerana warna kulit, keturunan dan status sosial kerana Allah SWT tidak memandang manusia dgn pandangan sebegitu
18. Tidak ada hinanya menjadi pelarian, hitam dan buta huruf sekali pun. Semoga Madrasah Ramadhan yg akan kita jalani beberapa jam dari sekarang berjaya menjadikan kita muslim yg bukan sahaja saleh secara peribadi dengan amalan seperti bersholat, berpuasa& membaca Al Quran tetapi
juga saleh secara sosial sehingga kebaikkan kita boleh dirasa oleh keseluruhan manusia, binatang, tubuhan dan alam. Selamat berpuasa.

والله الموفق الى اقوام الطريق

AfiqMNoor
You can follow @afiqmnoor.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: