Kalau sesiapa yg pernah lalu bukit gasing PJ menghala pantai dalam, mesti pernah nampak rumah ni kan? Pernah jgk tanya orang balai, rumah lawa2 mcm ni, takde org duduk ke?

5 rt aku ceritakan apa jadi kat owner rumah ni and kenapa terbiar.
Okay . Source ni aku dapat dari facebook. Cerita dia macam ni. Rumah ni kepunyaan seorang doktor nama Sanjay Gill. Kalau kamu semua perasan di pintu pagar dia ada ukiran SG. Dia ni doktor pakar bedah. Rumah ini mula kosong sekitar 2002 lagi sebenarnya.
Macam-macam cerita tentang rumah ni, tapi ada seorang jiran lama dia cerita kisah sebenar. Doktor ni dah kahwin. Nama isteri dia Shalini. Dekat 10 tahun jugak la diorang kahwin tapi tak ada anak lagi.
Siapa duduk kat area situ tahu la macam mana keadaan family diorang tu. Malam saja, akan menjerit-jerit gaduh, bayangkan rumah besar-besar tu gaduh, pun jiran dengar.
Mereka ni gaduh sebab Sanjay ni nak anak, tapi isteri dia tak dapat nak beri zuriat lagi. Senang cerita tengah tak bahagia la . Tentang zuriat ni Shalini tu yang cerita kat mak kepada jiran lama tu waktu mereka joging pagi-pagi.
Selepas itu dijadikan cerita doktor ni jarang balik rumah. Sebab selalu gaduh, dan rupanya dia ada perempuan simpanan.
Nak dipendekkan cerita Shalini dapat tau yang Sanjay ni berskandal dengan budak dekat hospital dia kerja. Jururawat ke doktor tak ingat. Tapi kerja tempat sama la. Perempuan ni nama dia Betty. Betty ni Chindian. Sanjay umur dah 33, Betty ni umur 24.
Sanjay ni plak , mula-mula jarang balik rumah, lepas tu jarang dia tu terus tak balik. Mungkin dah selalu gaduh kan. Bila tak balik Shalini ni makin tekanan perasaan. Habis semua jiran-jiran dia ajak borak luah perasan.
Atas dasar kesian , mak kepada jiran lama tu pun banyak la dengar cerita daripada Shalini ni. Shalini ni siap upah penyiasat persendirian nak cari rumah mana Sanjay dengan Betty ni duduk.
Tu yang kantoi dapat tau skandal tempat kerja Sanjay. Sanjay ni dalam waktu sama, memang merancang nak ceraikan Shalini. Dia macam dah beri hint kat Shalini ni la.
Shalini dah macam orang tak betul sebenarnya. Malam-malam kau akan dengar dia menangis, menjerit seorang diri. Seram yal kalau jadi jiran sebelah.
Satu hari. Shalini pergi hospital. Dia cari si Betty ni la. Dia ajak Betty datang rumah  tanpa pengetahuan Sanjay. Betty setuju mungkin sebab dia ingat Shalini ni biasa-biasa saja, tak psiko.
Malam 6 Jun tu. Betty pun pandu kereta Alfa Romeo pergi rumah Sanjay ni.
Sape yg pernah lalu depan rumah tu mesti perasan ada dua biji kereta terbiar kat depan rumah tu kan? Ya. Satu tu kereta Betty. Itu la kali terakhir dia pandu kereta tu. Sebabnya bila Betty sampai malam tu, Shalini jemput dia macam biasa masuk rumah.
Bincang punya bincang, mereka bertekak. Mak kepada jiran tu kata memang kecoh menjerit-jerit. Dekat dua jam juga.
Selepas itu terdengar bunyi kaca pecah. Rupanya kerusi kena baling ke tingkap. Betty lari keluar mintak tolong. Di tangan Shalini ada botol kaca yang dia dah pecahkan, macam nak bunuh dia la.
Kebetulan waktu Betty tengah lari tu, jiran kami baru balik bertugas dari Balai Bukit Aman, Cheras. Jiran-jiran sini panggil inspektor Yoe, Abe Yoe. Kelam kabut Abe Yoe tahan si Shalini ni.
Waktu ni memang kecoh satu area tu. Semua jiran keluar, jadi Abe Yoe tanya la:

Kenapa ni? Sampai pegang-pegang botol?

Shalini jawab

Bangun pagi mandi sungai.

Nak gaduh boleh?

Yoe dengan panas jawab la.

Pergi Kedah, balik rumah letih-letih. TAKLEH!
Shalini dengar jawapan Yoe tu. Terus dia tikam Yoe dengan botol tajam tu. Selepas itu Yoe ambil pistol nak tembak Shalini. Dia tertembak Betty.
Shalini dah panik, kebetulan Sanjay balik. Dia langgar Shalini laju gila dengan kereta dia. Sanjay pulak tak boleh control kereta dia, lalu terlanggar ke tiang lampu.
Semua meninggal time tu jugak. Semenjak kejadian tu, family jiran sebelah rumah Dr. Sanjay ni berpindah ke tempat lain sbb diorang dah tak selesa duduk kat situ.
Itulah sebabnya. Sekian.
You can follow @pundetaguna.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: