1. Bebenang: Laut China Selatan dulu dikenali sbg Laut Champa.

Semalam sy keluarkan kenyataan mengenai insiden libatkan kapal China & kapal Petronas di zon ekonomi ekslusif Malaysia di Laut China Selatan.

China buat tuntutan ke atas Laut China Selatan menggunakan 9-dash line
2. Tetapi tuntutan 9-dash line ini telah ditolak Permanent Court of Arbitration di the Hague pada 2016.

Antara nama lama yang pernah digunakan di Nusantara untuk Laut China Selatan adalah Laut Cham atau Laut Champa, sempena Kerajaan Champa yang pernah memerintah Vietnam dulu
3. Kemuncak Kerajaan ini adalah antara kurun ke-6-15 masehi.

Orang Cham ini sebahagian dari rumpun Melayu ataupun orang Austronesia. Bahasa mereka dalam keluarga sama dengan bahasa Acheh.

Sebelum ini Orang Cham kebanyakannya beragama Hindu seperti masyarakat Nusantara
4. Hari ini, sebahagian besar Orang Cham beragama Islam manakala bakinya beragama Hindu. Ramai yang beragama Islam lari ke Kemboja dan juga ke Malaysia

Seperti kebanyakan kerajaan Nusantara lain, orang Cham ini memberi tumpuan kepada perdagangan
5. Mereka berdagang dengan Tanah Melayu, Borneo, kepulauan Filipina, Sumatera dan Jawa. Reputasi Kerajaan Cham terkenal hingga ke Timur Tengah, India dan China. Ini berbeza dengan masyarakat Vietnam yang lebih tertumpu kepada bercucuk-tanam
6. Banyak kapal2 karam yang dijumpai semula di Laut China Selatan membawa barangan dagangan dari Champa.

Banyak orang Cham datang ke Kelantan untuk belajar di pondok. Dari situ, Pengkalan Chepa mendapat namanya
7. Berdasarkan pengaruh ini, golongan ustaz di Champa boleh berbahasa Melayu & guna tulisan Jawi. Kelantan kita kenal sebagai Serambi Mekah, tapi dipanggil Mekah saja oleh org Champa. Kesultanan Kelantan dan Kerajaan Champa dikatakan ada hubungan keluarga satu ketika dulu
8. Antara dua pejuang Cham terkenal adalah Tuan Phaow (1796) dari Kelantan & Khatib Sumat (1833) yang pernah menuntut di Kelantan. Ada sumber mengatakan Sultan Muhammad I Kelantan menghantar tentera bantu Khatib Sumat. Kebangkitan itu adalah kebangkitan Cham besar yang terakhir
9. Begitu dekatnya hubungan Cham & Kelantan, ketika Tanah Melayu merdeka, masyarakat Cham raikannya sebagai kemerdekaan Kelantan!

Sama seperti beberapa masyarakat rumpun Melayu yang lain (yang paling terkenal kaum Minangkabau), orang Cham mengamalkan sejenis adat pepatih
10. Champa pernah ada hubungan dengan Sriwijaya dan Majapahit. Sunan Ampel, salah seorang dari Wali Songo, lahir di Champa.

Kerajaan Champa mengadakan hubungan dagang yang erat dengan Melaka. Banyak pelarian Champa pada abad ke-15 buat berlindung di Melaka
11. Kerajaan mereka juga berpakat dengan Johor menentang Portugis dan Sepanyol.

Ketika krisis Komunis di Indochina, orang Champa termasuk di kalangan pelarian ke Malaysia. Dianggarkan 10,000 orang Cham menetap terus di Malaysia
You can follow @niknazmi.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: