Ini adalah bebenang poin-poin penting berkaitan hukum-hakam ṣalāt al-layl (solat malam atau tarāwīḥ), i’tikāf dan yang berkaitan dengannya berdasarkan ḥadīth-ḥadīth di dalam Bulūgh al-Marām.

Ia panjang, tapi bermanfaat inshaAllah. Baca sampai habis! Ada ilmu, baru boleh amal
1. Ada 6 bentuk solat malam Nabi ﷺ

• 13 Rakaat : 2 rakaat pertama adalah 2 rakaat yang ringkas, disusuli dengan 8 rakaat yang panjang. Solat, dua rakaat dua rakaat. Setiap dua rakaat satu salam. Akhirnya diakhiri dengan witr 3 rakaat.

Ia diriwayatkan dalam Sahīh Muslim.
• 13 Rakaat : 8 rakaat panjang, 5 rakaat witr. Ia diriwayatkan di dalam Saḥīḥ Muslim.

• 11 Rakaat : 10 rakaat berdiri, 1 witr. Ia diriwayatkan oleh Imām Muslim di dalam Ṣaḥīḥ beliau melalui ‘Ā’isyah.
• 11 Rakaat : 4 rakaat satu salam. Kemudian disusuli 4 rakaat satu salam sekali lagi. Dan diakhiri dengan witr 3 rakaat.
• 11 Rakaat : solat 8 rakaat terus. Selepas 8 rakaat, Nabi duduk MACAM duduk tasyahhud, tapi bukan tasyahhud, cuma hanya berzikir. Kiranya macam duduk sebentar. Selepas tu naik untuk rakaat ke 9, dan bagi salam rakaat ke 9. Kiranya nabi dah sekalikan dengan witr. —sambungan
Cumanya lepas tu nabi solat 2 rakaat lagi dalam keadaan duduk. Ingat, DALAM KEADAAN DUDUK.

Jadi kalau nak ikut sunnah, perlu ikut juga solat duduk. Kalau nabi duduk kita jugak duduk.
• 9 Rakaat : lebih kurang seperti di atas, cumanya diriwayatkan Nabi ﷺ buat kurang sikit rakaatnya kerana Nabi ﷺ dah agak berisi ketika itu.

Macam mana? Begini..
Nabi ﷺ buat 6 rakaat terus tanpa salam atau tasyahhud, kemudian Baginda duduk sebentar pada rakaat ke 6 seperti yang saya terangkan di atas. Selepas itu Baginda naik balik untuk rakaat ke 7, dan beri salam pada rakaat ke 7.

Kemudian Nabi solat 2 rakaat dalam keadaan duduk.
S : 8 rakaat ke 11 rakaat afḍal?

J : Yang paling panjang itulah yang paling afḍal, berdasarkan ḥadīth Nabi ﷺ :
أفضل الصلاة طول القنوت
“Ṣalāt yang paling afḍal ialah yang panjang berdirinya”

Ṣaḥīḥ Muslim, daripada Jābir.
[Poin Penting]

• Witr boleh dilakukan pada awal malam dan pada akhir malam.
• Witr hanya boleh dilakukan sekali pada satu malam.
• Jika seseorang yang solat telah witr pada awal malam ingin sambung solat malam dan witr lagi pada akhir malam, dia boleh solat satu rakaat bagi menggenapkan bilangan witr yang telah dia lakukan di awal malam tadi, dan witr sekali lagi di akhir malam. —
Bermakna satu rakaat yang dilakukan tadi itu membatalkan witr yang telah dilakukan pada awal malam. Jadi, boleh lakukan witr baru pada akhir malam.

Ini berdasarkan fatwa Ibnu ‘Umar, boleh rujuk Ṣaḥīḥ Bukhārī pada perbahasan ḥadīth yang ke 946.
• Witr yang dilakukan oleh Nabi ﷺ hanya satu salam. Adapun dua salam seperti yang dilakukan ramai orang kini adalah berdasarkan perbuatan Ibnu ‘Umar rdhm.

Jadi boleh amal dua-dua.
2. I’tikāf

• I’tikāf bermakna melazimi, iaitu berterusan berada di dalam masjid dengan tujuan beribadah kepada Allāh ﷻ.

• Paling sempurna, sepertimana yang Nabi ﷺ buat, 10 hari terakhir dari Ramaḍān penuh. Pagi dan malam.
Cumanya diriwayatkan di akhir hayat Nabi, Baginda beritikāf selama 20 hari.

• Tak boleh keluar kecuali dengan hajat yang ḍarūrī.

Ḍarūrī bermaksud apa-apa keperluan yang apabila kita tak buat benda tu, maka ia akan memudharatkan, dan ia berkaitan dengan keperluan hidup kita.
Contohnya makan. Di dalam masjid tak ada makanan, tak ada orang yang boleh hantarkan. Selagi boleh, maka tidak dibenarkan untuk keluar. Kalau keluar, maka i’tikāfnya terbatal. Ataupun keluar buang air dsb.

Adapun benda benda lain, seperti makan di restoran dsb, maka terbatal.
• Masa sesempurna ialah 10 hari seperti dilakukan Baginda ﷺ. Paling kurang, semalaman. Adapun kurang dari tu, tak dinamakan i’tikāf.

Thabit bahawa ‘Umar RaḍiAllāhu ‘anh beri’tikāf semalaman sahaja. Rujuk Ṣaḥīḥ Muslim.
• Dilakukan di Masjid Jāmi, iaitu satu tempat yang memang diwakafkan untuk didirikan masjid. Bukan macam sesetengah tempat yang asalnya bukan masjid, tapi dijadikan musalla ketika bulan Ramaḍān sahaja. So, tak disyariatkan untuk beri’tikāf di musalla sebegini.

Tapi PKP, hm.
• I’tikāf itu sendiri membawa maksud kurangnya tidur dan memperbanyakkan amalan. Maka kebiasaan orang kita yang datang masjid lepas terawih, hampar toto, tidur dan bangun apabila imam nak solat tahajjud sahaja, sebenarnya sangatlah bercanggah dengan tujuan i’tikāf tu sendiri.
Orang yang macam ni tak i’tikāf pun sebenarnya. Dia hanya sekadar tidur. Dia dapat pahala, tapi bukan pahala i’tikāf. Dia dapat pahala ribāṭ iaitu berjaga malam.

• Perempuan nak i’tikāf? Boleh, dengan syarat aman dari fitnah dan tak mesti ada mahram menemani.
3. Malam al-Qadr (لَيْلَةُ الْقَدْرِ)

• Makna al-Qadr, kalau disukunkan(dimatikan) huruf dāl (قدْر) seperti di dalam al-Qur'ān, maka ia membawa dua makna.

Yang pertama kemuliaan dan yang kedua membawa makna taqdīr dan tadbīr. Kedua dua makna ni boleh dipakai.
Malam al-Qadr adalah malam yang mulia kerana Allah muliakannya dengan turunnya al-Qur'ān padanya. Malam al-Qadr juga adalah malam yang dijelaskan taqdir kepada malāikat.
Perlu diketahui, taqdir tu sudah ada sejak azali. Jadi malam al-Qadr adalah malam yang dizahirkan amalan kepada malaikat. Ini disokong oleh ayat al-Quran surah al-Dukhān ayat 4. Kira-kira taqdir yang dizahirkan kepada malaikat adalah taqdir setahun bagi para hamba.

Wallāhu a’lam
• Malam al-Qadr, diturunkan al-Qur’an padanya.

Maknanya yang pertama, penurunan al-Qur’ān bermula pada malam ini. Makna yang kedua pula ialah turunnya al-Qur’ān dari Bayt al-‘Izzah ke Sidrat al-Muntahā satu mushaf cukup.
Dan yang thabit berkenaan turunnya al-Qur’ān ni ialah pada malam al-Qadr, juga pada hari Isnin dan juga di dalam bulan Ramaḍān.

• Banyak pandangan dalam menentukan malam al-Qadr. Ada lebih 40 pandangan. 46 pandangan telah disebutkan di dalam kitab Fatḥ al-Bārī.
46 pandangan yang disebutkan itu termasuklah pandangan yang batil dan lemah. Antara yang batil itu, ada disebutkan bahawa malam al-Qadr itu berlaku dalam mana-mana hari dalam setahun. Ada yang lemah seperti yang kata 17 Ramaḍān

Batil dan lemah kerana bercanggah dengan al-Qur’ān
Yang thabit ialah sepertimana Nabi ﷺ sebut dalam hadīth iaitu malam ke 21, 23, 25, 27, 29. Ada juga disebutkan sepuluh terakhir dan tujuh malam terakhir dan sembilan malam terakhir pun ada. Adapun lain lain, tidak thabīt.

Wallāhu a`lam.
• Tanda-tanda malam al-Qadr yang paling ṣaḥīḥ yang disebutkan ialah antaranya waktu esok paginya, matahari berwarna keputihan dan tiada sinar. Malam itu bersifat talqah; tak sejuk dan tak panas.
Ada juga riwayat yang mengatakan bahawa malam al-Qadr ialah bentuk bulan pada malam itu ialah seperti shaqqu jafnah (شَقُّ جَفْنَة), bermaksud piring yang terpecah. Seolah olah piring terpecah, bermakna tak penuh la bulannya. Maknanya malam itu redup.

Ini je yang sahih.
Adapun pokok kelapa sujud, air laut jadi tawar, dan sebagainya adalah karut dan tiada dalil.

Cuma ada satu hadīth, Nabi ﷺ bagitau ada pernah sekali malam tu hujan, esoknya Nabi bagitau para sahabat bahawa malam tadi adalah malam al-Qadr. Ini salah satu tanda. Cuma tidak mesti.
• Amalan-amalan yang disyariatkan untuk dibuat pada malam itu tak khusus.

Lakukanlah apa-apa sahaja amalan yang baik yang ada dalil.

Lagi baik secara sembunyi-sembunyi. Buatlah antaranya solat, bersedekah, baca al-Qur’ān, berdoa dsb.
• Doa yang tersebar :

اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

tidak thabit dari Nabi. Yang ada hanyalah ḥadīth mawqūf dari Ā’isyah bahawa doa yang dianjurkan adalah meminta awf (عفو) dan ‘āfiyah (عافية). Cuma, boleh je doa gni

Boleh rujuk Minḥat al-‘Allām sharḥ Bulūgh al-Marām.
Alang-alang sebut pasal ‘afw (العفو), makna ‘afw lebih umum dari maghfirah.

Afw bermakna penghapus. Boleh jadi penghapus dosa, penghapus kesedihan, penghapus kesusahan dsb.

Boleh juga kita berdoa dengan doa tadi

اللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ
• Pada malam al-Qadr ini, amalan digandakan selama 83 tahun 4 bulan lebih kurang. Maka, bukan hanya kebaikan yang digandakan.

Kalau buat maksiat pada malam tu, maka akan dosanya juga bertambah. Beginilah kaedahnya. Bila ada gandaan untuk pahala, ada juga gandaan untuk dosa.
• Kebanyakan penceramah mengatakan, bulan puasa adalah bulan yang pahala digandakan padanya.

Statement ni kurang tepat. Yang lebih tepat ialah amalan pada bulan Ramaḍān dita’ẓīmkan, iaitu diagungkan. Ini lebih tepat.

Beza antara agung dan ganda. Agung umum, ganda khusus.
• Kebanyakan sahabat berpendapat malam al-Qadr berlaku pada malam ke 27.

Ini adalah pendapat Ubay Bin Ka’ab. Bahkan beliau bersumpah dengan nama Allah tanpa istithnā’ (tak ada insyaAllah, maksudnya dengan yakin), bahawa ia berlaku pada malam ke 27.
Ini juga pendapat Mu’āwiyah, Ibnu Mas’ūd dll raḍiAllāhu ‘ahum ajma’īn.

Berdasarkan riwayat-riwayat yang ada, saya juga berat sangka berlaku antara 27 atau 23. Wallahu a’lam.
• Bagi perempuan yang uzur, apakah amalan yang dia boleh buat?

Jawabnya, buatlah semua amalan baik, kecuali solat, puasa dan tawaf. Nak mengaji boleh, nak zikir boleh, sedekah boleh, ajar adik ngaji boleh, kejutkan kawan bangun malam boleh, buatkan ayah air boleh, apa-apa lah!
Habis thread. Alhamdulillah.

Apa pun, beramallah. Jangan jadi mereka yang celaka; keluar Ramaḍān tapi tidak dapat pengampunan dari Allah.

Akhir sekali, doakan kebaikan buat saya dan keluarga. Selamat menyambut Ramaḍān, dan selamat beramal!

— Abū Uwais al-Merwī
You can follow @AbuUwaisAlMerwi.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: