Bila penyakit P dh ternak lama sgt.... PEMALAS.... PENGOTOR... pastu berlakon jadi PENGEMIS.. Bila kantoi jadi la PENIPU.... Yg terkena siapa? Kita lah rakyat Malaysia yg PEMURAH.....
Bacalah spt kalian membaca novel. Panjang. Habis baca, tutup & simpan sbg pengajaran.
THREAD
Bacalah spt kalian membaca novel. Panjang. Habis baca, tutup & simpan sbg pengajaran.
THREAD
Tahun lepas team kami memperoleh berita melalui 1 group FB di tempat kami yg menunjukkan seorang ibu muda membawa 5 anak kecil mengemis di stesyen minyak. Atas rasa simpati, team kami berusaha mendapatkan maklumat tentang keluarga ini hinggalah akhirnya kami temui keluarga ini.
Team kami melawat keluarga ini, ibu ayah masih muda dgn 5 anak². Mereka tinggal di sebuah rumah yg dibina di atas rizab lombong. Rumah kecil tersebut disekat menjadi 2. Ibu ayah si suami tinggal di bhgn depan, keluarga ini tinggal di bhgn belakang. Manakala bilik air berkongsi.
Keadaan rumah keluarga ini tersangatlah dhaif & kotor. Dan kami dpt makluman bahawa kedua suami isteri ini memiliki kad psikiatri dari sebuah hospital bahagia. Kedua² mereka masih makan ubat yg dibekalkan oleh pihak hospital. Anak paling sulung baru berusia 12 tahun.
Atas rasa tanggungjawab, kami mencari dana utk bantu keluarga ini. Alhamdulillah, ramai yg bagi sumbangan bila melihatkan keadaan keluarga ini melalui posting team kami. Ramai juga yg mempersoalkan, mana ketua kampung, mana Adun, mana parti itu, mana parti ini.
Dan ada yg balas, tolong je, jgn tanya psl semua tu. Saya ada juga terfikir pasal tu, takkan tiada pihak yg tampil bantu keluarga ni. Mmg sgt dhaif, rumah luar dalam penuh sampah, najis anak merata², pakaian berlonggok di dlm & luar rumah. Kaca & botol bergelimpangan sana sini.
Bukan nak buka aib, tapi itulah keadaannya. Jadi, dgn dana yg kami dpt, kami belikan perkakasan rumah. Pinggan mangkuk, cawan, tikar, toto, penyapu, baldi, ubat gigi & byk lagi. Lalu kami hantar ke rumahnya. Kami nasihatkannya utk bersihkan rumah.
Kami berjanji akan hantar barangan dapur spt beras, gula, biskut dsb setiap bulan. Asalkan dia tak bawa anak² keluar mengemis lagi.
Melihatkan keadaan rumah, kami tanyakan samada dia solat tak? Dan dia mengaku dia tak solat. Kami tanya suaminya, tahu solat tak? Suaminya kata tahu. Kami tanya nak panggil org ajar tak? Katanya tak perlu.
Kami dptkan pekerjaan utk suaminya sbg pengawal keselamatan dgn gaji RM1,200.00 sebulan.
Kami minta dia jgn lagi mengemis. Kami akan bantu.
Dia kata iye iye. Menangis terharu dgn bantuan yg diberikan. Katanya dia tak pernah dibantu begitu.
Kami minta dia jgn lagi mengemis. Kami akan bantu.
Dia kata iye iye. Menangis terharu dgn bantuan yg diberikan. Katanya dia tak pernah dibantu begitu.
Seminggu lepas tu, kami datang semula ke rumah tersebut jam 10 pagi, mereka masih tidur manakala 2 anak kecilnya bermain di luar rumah dlm keadaan bogel. Keadaan rumah masih tak berubah spt ketika kami sampai dulu.
Paling sedih, pinggan mangkuk yg baru kami belikan minggu lepas, bersepah di tanah dlm keadaan kotor. Biskut yg kami beli bertaburan di atas tanah & pakaian yg berlonggok. Kami suruh panggilkan mak.
Ibu muda ini keluar dari rumah. Katanya dia tak sihat. Kami taknak tanya banyak, terus kami ambil penyapu, air & cuci rumahnya. Semua sampah kami buang. Pakaian berlonggok yg dah tak elok kami bakar.
Kebetulan kami ada membawa beberapa org yg ingin menziarah keluarga ini setelah melihat posting kami di FB.
Sblm balik, kami pesan lagi, jaga kebersihan, jaga solat, jgn keluar mengemis & kami tinggalkan duit utk minyak motor utk pergi kerja. Suaminya juga telah dibekalkan telefon utk dia mudah dihubungi oleh majikannya.
Kami belikan peralatan sekolah utk anak²nya. Gembira sgt anak²nya.
Lepas seminggu, majikannya telefon kami. Merungut dgn prestasi kerjanya. Datang ikut suka, bila call isteri yg jawab dgn marah². Kami pula yg rasa bersalah bila majikan yg sudi membantu tu mendapat susah.
Lepas seminggu, majikannya telefon kami. Merungut dgn prestasi kerjanya. Datang ikut suka, bila call isteri yg jawab dgn marah². Kami pula yg rasa bersalah bila majikan yg sudi membantu tu mendapat susah.
Dan sekali lagi kami pergi ke rumah keluarga ini. Tiada sesiapa di rumah. Kosong. Keadaan rumah? Back to normal. Najis merata, baju yg baru kami bagi pun berlonggok kat depan rumah. Sampah kat dlm & luar rumah. Kami akui agak kecewa dgn suasana ini.
Masa ni kami mula rasa apa yg org sekeliling di situ cakap ada benarnya. Ramai dah bantu tapi keluarga ini yg taknak berubah.
Kami rasa kami tak mampu bantu keluarga ini. Tapi kami tak sampai hati membiarkan mereka terutama anak² yg masih kecil. Apalah nak jadi dgn mereka. Maka kami ajukan kpd pihak JKM. Kami bawa wakil JKM utk lihat sendiri keadaan keluarga ini.
Kami follow up dgn JKM tentang bantuan utk keluarga ini. JKM bersetuju utk bayarkan sewa rumah buat mereka dgn syarat mereka perlu cari rumah lain utk disewa. Bantuan kewangan bulanan dari Baitulmal sedang dlm proses. Anak² yg bersekolah dapat RMT & beberapa bantuan lain.
Kami tolong carikan rumah sewa utk mereka. Rumah pertama mereka taknak alasan jauh dari rumah mak, rumah kedua juga taknak sbb jauh dari sekolah, hinggalah 5 rumah kami cari mereka taknak. Akhirnya mereka setuju utk cari sendiri mengikut keselesaan mereka.
Kami kesiankan anak²nya. Kami tanya jika JKM boleh uruskan hal anak². Bukan nak pisahkan dari ibu ayah tapi utk pastikan anak² mendapat kehidupan yg lebih baik. Manakala ibu ayah boleh uruskan diri mereka sendiri tanpa perlu risaukan anak².
JKM bagi 2 syarat, pertama cari tempat di mana boleh letakkan anak²nya. Kedua, kena ada persetujuan ibu ayah. Maka, kami cari rumah kebajikan utk anak²nya, dah jumpa, tak jauh dari rumah yg sedang mereka huni masa tu & pihak rumah kebajikan setuju ambil anak²
Kami tanyakan ibu muda ini, utk letakkan anak² mereka kat rumah kebajikan. Ibu muda ini menangis merayu agar dia tidak dipisahkan dgn anak²nya. Katanya biarlah dia susah tapi jgn pisahkan dgn anak²nya. Kami pujuk dia, ini utk kebaikan masa depan anak².
Ibu ayah pun berpeluang membetulkan kehidupan. Dan rumah kebajikan tu tak jauh, mereka boleh lawat anak² mereka selalu. Tapi ibu muda ini tetap tak setuju. Kami yg sbg ibu ni pun ada naluri yg sama, faham akan betapa sedihnya bila anak² dipisahkan dari ibu ayah..
Sampailah 1 hari kisah keluarga ini diviralkan semula oleh seorang individu berpangkat Dato, yg menemui ibu muda & anak²nya mengemis di stesen minyak yg sama. Siap ada video lagi. Dia menangis kata hidup susah tiada yg bantu. Kami agak terkejut dgn posting tu.
Sedangkan betapa byk yg kami & beberapa pihak lain dah bantu.
Kami masukkan komen, maklumkan bahawa beberapa pihak dah bagi bantuan kpd keluarga ini. Namun kami ditempelak. Katanya kami nak tumpang glamor Dato, kami buat cerita, kami nak dpt nama, mcm² la.
Kami masukkan komen, maklumkan bahawa beberapa pihak dah bagi bantuan kpd keluarga ini. Namun kami ditempelak. Katanya kami nak tumpang glamor Dato, kami buat cerita, kami nak dpt nama, mcm² la.
Mereka kata kalau dah bantu, kenapa mereka masih mengemis? Kami nak kata apa? Bantuan kami tak diwarwarkan ke pelosok dunia, kami tiada jutaan follower utk back up kami. Jadi kami diam. Itu lebih baik dari dilihat cuba tegakkan benang yg basah.
Seminggu lepas tu kami kembali ke rumah mereka. Masih keadaan yg sama. Kami tanya kenapa masih mengemis? Katanya dia tak mengemis, dia kutip botol. Kami tanya kenapa bawa anak²? Sampai tgh malam masih cari botol? (Sebab viral video dia mengemis tu pukul 11 tgh malam)
Katanya kat rumah tiada yg jaga. Sedangkan terang² kat depan rumah adalah nenek mereka. Kami pun pernah cakap dgn nenek mereka. Mmg mereka ada konflik, rasanya tak perlu kami ceritakan konflik mereka. Tapi konflik biasa, nenek dgn cucu, anak dgn mak, menantu dgn mertua. Biasalah.
Kami tanya, apa lagi peralatan rumah yg tak cukup? Katanya dia nak rak baju & rak pinggan. Kami janji akan hantar dgn syarat dia kena bersihkan rumah & bersihkan diri juga. Dia janji akan buat.
Minggu berikutnya kami dtg lagi bawakan rak pinggan, rak baju, tikar baru, tilam & beberapa pakaian. Mereka tiada di rumah. Keadaan rumah masih begitu. Kami memang hampa. Kami hubungi majikannya, katanya si suami dah lama tak dtg kerja. Telefon yg dibekalkan pun tak dikembalikan
Maka majikan dah cari pengganti.
Kami pergi ke rumahnya berulang kali tapi mereka tiada di rumah hinggalah kes mereka viral sekali lagi di rumah pusaka si ibu muda tadi di satu daerah yg lain tapi masih dlm negeri yg sama.
Kami pergi ke rumahnya berulang kali tapi mereka tiada di rumah hinggalah kes mereka viral sekali lagi di rumah pusaka si ibu muda tadi di satu daerah yg lain tapi masih dlm negeri yg sama.
Perkara yg sama, video yg serupa, mengatakan suaminya sakit tak boleh bekerja, sakit mental tiada yg nak ambil bekerja & dia sekeluarga hidup susah tiada bantuan. Ramai pertikaikan mana Adun, mana ketua kampung, mana AJK surau, mana jiran².
Kali ini kami tutup mulut. Biarlah mereka nak kata apa, yg menghadapinya saja yg tahu kisah sebenar. Biarlah hanya Allah yg tahu.
Kami putus asa. Peralatan yg baru kami beli utk keluarga ini, kami bagi kpd keluarga lain yg lebih menghargai.
Kami putus asa. Peralatan yg baru kami beli utk keluarga ini, kami bagi kpd keluarga lain yg lebih menghargai.
Kami akui, kami tak kuat utk terus bantu keluarga ini. Kerana apa? Kerana mereka yg tak mahu berubah.
Mungkin seseorang itu akan berubah bila dia ditemukan dgn org yg Allah izinkannya utk berubah. Mungkin. Cuma kpd yg mendengar sesuatu kisah tu, jgn kita selalu pertikaikan kenapa tiada yg bantu, jiran pentingkan diri, byk sgt kerenah birokrasi, pusat zakat tak buat kerja.
Jangan. Jangan cakap begitu jika kita bukan di sana. Nak tolong, tolonglah. Taknak tolong, baca & ambil iktibar.
Mohon maaf andai kisah ini seakan membuka aib. Tak semua yg miskin itu taknak berubah. Tak semua yg miskin itu tidak bersih. Ada lebih bagus dari kita yg sedang² ni.
Tiada niat buka aib, sekadar utk renungan kita bersama agar menjaga lidah dari berkata sesuatu yg kita tak pasti. Agar kita jaga jemari kita agar tidak menaipkan sesuatu yg kita tak tahu kebenarannya.
Copy paste from FB
Copy paste from FB