Korang tahu tak ada train yang direct dari Singapore terus ke Bangkok, Thailand melalui Kuala Lumpur? Ya ada namanya Eastern & Oriental Express dengan perjalanan 3 hari 2 malam di dalam train. Tapi train ni hanya mempunya kekerapan 2-4 kali sebulan sahaja 🚂 [Thread]
Tren ini fully air-conditioned dgn facility 5 bintang! Train ini adalah tempat larangan merokok kecuali boleh ke gerabak open air di gerabak belakang train. Jangan terkejut harga tiket boleh mencapai RM34,320 ($7800) seorang sehala perjalanan tau!
Tapi kenapa mahal sangat? okay mari kita tengok jenis cabin sleeper yang kita boleh pilih.
Pertama adalah cabin “Pullmans” dimana ia adalah kabin sebilik dan mempunya katil bunk bed dan juga mempunyai bilik air!
Harga tiket seorang $3600 atau RM15480
Pilihan cabin kedua pulak ialah cabin “Staterooms” di mana saiznya ialah 2 kali ganda saiz cabin “Pullman” termasuk 2 aingle beds dan ruang rehat bersofa serta meja makan.
Harga tiket seorang ialah $5100 atau RM22,400
Pilihan ketiga pula ialah cabin “Presidential Suite”. Cabin ini cuma ada dua di dalam train, Saiznya lebih besar sedikit berbanding cabin “Staterooms” juga mempunya tempat rehat bersofa dan meja menghadap tingkap!
Harga seorang di cabin ini ialah $7800 atau RM 34320
Kesemua bilik itu ada bilik berdua(sharing), jika anda mahu lebih privasi untuk Solo traveller, anda boleh ambik bilik seorang untuk cabin “Pullman” dengan harga $5600 atau RM 24,640 seorang
Tapi apa lagi istimewa sangat sampai harga mahal gila ni? Harga tersebut adalah TERMASUK makan di dalam tren! The Eastern & Oriental Express mempunyai 3 gerabak dining-cars, mempunya 1 meja makan berdua untuk lunch pada 12.00pm/2.00pm atau dinner pada 6.00pm/9.00pm
Anda boleh book meja makan anda sendiri bila book ticket train ni tau! Makanan sahaja termasuk dalam harga tiket. Tetapi minuman lain seperti wine, anda perlu membayar $40 sebotol wine! Yang uniknya hanya matawang US DOLLAR digunakan sepanjang perjalanan,Credit Card juga diterima
Jenis gerabak terdapat di train ini,
Gerabak “The observation” atau gerabak pemandangan, dimana gerabak ini ialah open air dan anda boleh lihat pemandangan dan menghirup udara luar, Steward train juga akan menyediakan kopi untuk anda juga jika diminta ☕
Gerabak lain ialah “Observation car lounge” ialah bertemakan minum petang dimana anda boleh berehat disini dan menikamit kopi secara percuma
Gerabak “Saloon car with reading room & boutique” pula mempunyai small private dining, dan kedai cenderamata Eastern & Oriental Express, meja bacaan dan perpustakaan kecil di dalam gerabak tersebut
Jadual pulak macam mne?
Okay untuk 2020, jadual dia hanya seperti dibawah :

Singapore to Bangkok (3 days, 2 nights):

2020: 18, 30 January; 8, 17, 26 February; 6, 15, 26 March; 3, 23 April; 6, 14, 29 September; 23 October; 1, 10, 20, 29 November; 20, 29 December.
Southbound departures from Bangkok to Singapore (4 days, 3 nights):

2020: 3, 12, 25 January; 12, 21 February; 1, 10, 21, 29 March; 7, 27 April; 9, 20 September; 5, 18, 27 October; 5, 15, 24 November; 5, 24 December.
Tour pon include sekali tau!!

Northbound timetable: Singapore Woodlands Checkpoint depart 15:00 day 1, Kuala Lumpur historic station 01:00, Kuala Kangsar 08:00-10:15 day 2, River Kwai Bridge arrive 10:45 day 3, Kanchanaburi depart 12:00 day 3, Bangkok arrive 16:15 on day 3.
Southbound timetable: Bangkok depart 17:50 on day 1, River Kwae Bridge arrive 08:30 day 2, Kanchanaburi depart 11:00 day 2, Kuala Kangsar 13:45-16:20 day 3, Kuala Lumpur 22:30-00:15 day 3/4, Singapore Woodlands Checkpoint arrive 10:30 on day 4.
Nah, video penuh perjalanan dari Bangkok-Kuala Lumpur-Singapore

Video penuh :
Thread source : https://www.seat61.com/Eastern-and-Oriental-Express.htm
Pertukaran matawang diambil dengan $1 = RM4.40
Tkde apa nk promote, just boleh support business untuk subject ENT saya sem ni 😭✊

Kalau nak beli hand sanitizer boleh klik link dibawah :

https://s.lazada.com.my/s.0njPp 
You can follow @Akram_Haruka1.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: