Kluster Pengerang. Kes indeks (iaitu kes ke-1508) telah mula
mengalami gejala pada 12 Mac 2020. Beliau telah dirawat di
sebuah klinik swasta pada 16 Mac 2020 dan disyaki sebagai
menghidap Demam Denggi.

Pada keesokan hari, beliau telah
merentas beberapa buah negeri
untuk mengunjungi sanak saudara di sekitar Selangor sebelum pulang ke Pengerang pada 18 Mac. Beliau dimasukkan HSA dan disahkan positif 22 Mac.

Setakat 22 April 2020, kluster ini melibatkan sebanyak 15 kes
positif COVID-19 iaitu 10 orang rakan sekerja dan 5 orang ahli
keluarga kes indeks, termasuk ibu beliau yang berusia 79 tahun dan anak perempuan berusia 10 tahun.
Sebanyak tujuh kes daripada kluster ini masih di dalam rawatan manakala 8 kes lagi telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj.
Secara keseluruhan, tiga kes di dalam kluster ini telah dirawat di ICU.

Jangkitan di kalangan ahli keluarga yang menetap di negeri lain adalah dipercayai berpunca daripada aktiviti kunjung mengunjung yang berlaku sehari sebelum pelaksanaan PKP.
You can follow @KKMPutrajaya.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: