Ada berlaku satu peristiwa masa perang zaman nabi dulu, sorg sahabat nak bunuh sorg musuh ni, then musuh tu tiba2 mengucap kalimah syahadah. Sahabat tu anggap musuh tu ucapkan syahadah semata mata nak selamat dari dibunuh, lalu dia terus bunuh musuh tadi.

Tau apa respon nabi? https://twitter.com/TanggaPMO/status/1252831841813360642
Nabi bersabda:

"Kenapa engkau tidak membelah dadanya, sehingga engkau mengetahui apakah hatinya mengucapkan Laa Ilaaha Illa Allah karena ikhlas ataukah karena alasan lainnya?"
Point kat sini, kita sebagai manusia hanya boleh menilai amalan zahir seseorang. Amalan hati dia, ikhlas tak ikhlas, itu yang tahu hanyalah Allah dan tuan badan sendiri. Malaikat sendiri pun tak tahu isi hati manusia.
Jujurnya, kalau aku jadi sahabat tadi pun, aku mungkin akan bunuh musuh tu. Sebab zahirnya, memang nampak obvious sgt reason dia mengucap.

Tapi nabi ajar kita sebaliknya. Nabi ajar kita bersangka baik, walaupun naluri kita kuat mengatakan sebaliknya.
Dalam kes ni, kalaulah apa yang dia buat tu ikhlas, kita doakan Allah bagi dia hidayah. Jangan kita terus mengutuk, memperlekehkan dia.

Ditakuti kerana sikap kita, orang akan menjauhi Islam.

من يهد الله فهو المهتد ومن يضلل فأولىك هم الخاسرون
Wallahua'lam...

Mohon betulkan kalau silap ✌🏻
You can follow @azfaruqi95.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: