Ini adalah kisah John Edward Jones yang terpaksa dibiarkan mati dalam gua Nutty Putty, Amerika Syarikat.
John Edward Jones atau lebih mesra dikenali sebagai John merupakan seorang spelunking (caving : peneroka gua). Hobi ini dikongsi bersama dengan ahli keluarga beliau. John bersama adiknya Josh seringkali di bawa oleh ayah mereka untuk menjelajah gua-gua terbiar di Utah, USA.
Walaubagaimanapun, siapa sangka bahawa gua Nutty Putty merupakan tapak bersemadinya beliau buat selama-lamanya?
John (26), adik beliau Josh (23) bersama sembilan lagi ahli keluarga dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk meneroka gua Nutty Putty yang terletak di kawasan barat Utah Lake, Utah, United State.
Nutty Putty terkenal sebagai sebuah hydrothermal cave dan sangat licin juga sempit. Gua ini pertama kali diterokai oleh Dale Green pada 1960 sebelum ditutup pada 2009 sejurus selepas kes John Edward Jones. Sebelum itu, gua ini juga pernah hangat dengan kes dimana [cont]
empat orang pengakap muda tersepit di dalam namun disebabkan oleh faktor fizikal mereka yang kecil, mereka berjaya diselamatkan oleh kru penyelamat. Namun keadaan berbeza dengan 26 tahun John Edward Jones.
Pengembaraan beliau bersama rakan-rakan dan ahli keluarga ke Nutty Putty merupakan simbolik kepada reunion untuk menyambut Hari Kesyukuran beberapa hari akan datang. John, telah berkahwin, hanya menunggu sahaja kelahiran cahaya mata mereka yang pertama.
John telah enam tahun berhenti daripada meneroka gua. Beliau langsung tidak sedar bahawa beliau bukan lagi seorang anak remaja. Beliau sekarang bertubuh besar, berat hampir 200 pound dan mempunyai ketinggian hampir 6 kaki. Faktor underestimation ini bakal memakan diri beliau.
Setelah satu jam meneroka gua Nutty Putty, John mengambil keputusan untuk meneroka satu kawasan di dalam gua tersebut yang diberi nama sebagai Birth Canal, semua laluan kecil yang memerlukan spelunkers untuk merangkak masuk dengan perlahan-lahan dan berhati-hati.
Walaubagaimanapun, John tersalah jalan. Beliau merangkak masuk dengan kepala dahulu, kemudian disertai dengan badan ke kawasan yang beliau sangka adalah Birth Canal. Setelah beberapa minit, dia menemui jalan mati dan tersedar akan kesilapan beliau.
John yang sedar dengan kesilapan beliau cuba untuk merangkak secara mengundur tetapi langsung tidak mempunyai ruang bagi kaki beliau bergerak. Beliau cuba untuk menghembuskan nafas supaya beliau dapat mengecilkan bahagian abdomen namun silap, John sekarang tersepit.
Josh merupakan individu pertama yang menemui John dan cuba untuk menarik kaki John namun gagal. Hasil daripada ini menyebabkan John mengelusur ke bawah dan lengan beliau pinned di bawah badan beliau sendiri, tidak mampu bergerak.
Dalam keadaan ini Josh berdoa dengan ‘guide us as we work through this’ manakala John dengan saki baki nafas yang ada membaitkan doa kepada isteri dan juga anak beliau. “Save me for my wife and kid”.
Josh berjaya keluar bagi mendapatkan pertolongan namun apabila pertolongan tiba, John masih lagi terperangkap 400 kaki ke dalam gua. Untuk mendapatkan equipment dan kru penyelamat ke dalam sana mengambil masa dalam satu jam.
John telah pun terperangkap selama tiga setengah jam sebelum ditemui oleh Susie Motola. Dalam masa 24 jam, hampir 100 orang kru penyelamat bergegas menyelamatkan John. Mereka bercadang untuk menggunakan sistem pulley bagi menarik kaki John keluar.
Dalam keadaan kepala ke bawah, badan John mengalami komplikasi akibat daripada jantung yang bekerja keras untuk mengepam darah keluar daripada otak.
29 November 2009, setelah hampir 27 jam terperangkap di dalam keadaan sempit tersebut, John diisytiharkan meninggal dunia akibat daripada cardiac arrest. Walaubagaimanapun, pihak penyelamat terpaksa meninggalkan John dalam keadaan tersebut buat selama-lamanya.
Ada cadangan untk memotong kaki John namun cadangan itu ditolak krn bimbang John akn kehilangan banyak darah & juga masuk ke dlm gua dgn lebih dlm. Nutty Putty merupakan tempat bersemadi John krn hingga ke hari ini, John masih lagi disana. Berseorangan. Menunggu utk dikeluarkan.
Thank you @FareastNordin https://twitter.com/fareastnordin/status/1252952079112388608">https://twitter.com/fareastno...
You can follow @_jibreil.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: