Pada tahun 1940, Rusia telah menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji tindak balas manusia terhadap tidur dan ia merupakan antara eksperimen yang paling kejam dalam lemnaran sejarah dunia.

This is a thread. Park dulu ye sayang-sayang sekalian.
Jadi apakah itu Russian Sleep Experiment?

Astaga baku sungguh soalan. Okay back to the story dimana kajian ini dijalankan oleh pihak Soviet pada tahun 1940.

Dalam kajian tersebut, 5 individu telah dipilih untuk dijadikan tikus makmal.
Kesemua tahanan tersebut diminta untuk berjaga selama 30 hari dan mereka boleh dibenarkan pulang selepas tempoh masa tersebut.

Kajian pula ditempatkan di dalam satu ruang tertutup. Sejenis gas disalurkan di dalam ruang itu supaya bahan kajian tidak tidur.
Tiada apa2 perkara aneh yang berlaku pada 5 hari pertama. Kesemua individu yang terdiri daripada tawanan politik tidak menunjukkan apa2 perubahan dari segi tingkah laku.

Mereka berborak antara satu sama lain seperti hari2 kebiasaanya.
Pada hari kelima, keadaan antara tahanan mula menjadi tegang. Mereka tidak berbicara antara satu sama lain dan menunjukkan sikap2 paranoid antara satu sama lain.
Apabila tiba hari keenam, tahanan mula berlari dan menjerit sehingga hilang kawalan selama berjam-jam. Kajian menjadi semakin teruk apabila mereka kajian yang lain menunjukkan simptom2 yang sama.
Pihak soviet akhirnya memutuskan untuk "check" apa yang telah terjadi kerana ada antara lima individu tersebut terus senyap selepas menjerit selama berjam-jam.

Selepas dikaji, individu2 tersebut didapati telah menjerit sehingga menjadi bisu.
Keadaan semakin teruk sehingga pihak soviet memutuskan untuk mengeluarkan kesemua individu dari ruangan tersebut. Namun mereka tidak mahu keluar dari ruang kajian itu dan meminta untuk tinggal di dalam ruang tersebut.
Menjelang hari ke-15, pihak soviet memutuskan untuk membuka ruang tersebut dan membebaskan kesemua individu tersebut. Namun, mereka berkeras tidak mahu keluar sehingga berlaku pergelutan antara tentera dan bahan kajian dengan alasan mereka perlu kekal untuk tidak tidur.
Yang mengejutkan lagi, hanya 4 individu yang masih hidup manakala seorang didapati mati akibat pergelutan. Selepas mengeluarkan mereka, satu pembedahan dijalankan keatas salah seorang daripada 4 tahanan tersebut.
Ubat pelali tidak memberikan kesan kerana tahanan2 tersebut telah menghirup terlalu banyak gas semasa berada di dalam ruangan kajian.

Semasa pembedahan dijalankan untuk kajian lebih mendalam, tawanan tersebut menjerit "KEEP CUTTING!!!" kepada doktor bedah.
Manakala 3 lagi tahanan berkeras untuk kembali kedalam ruangan kajian dan meminta gas tersebut disalurkan semula ke dalam ruangan kajian.

Kesemua tiga tahanan dikembalikan kedalam ruang kajian dan gas disalurkan semula.
Pengkaji mendapati kesemua tiga tahanan mula bertenang. Salah satu daripada mereka berbaring diatas katil dan mula menutupkan mata. Tahanan tersebut kemudiannya didapati mati.
Tidak seperti tahanan pertama yang dijumpai mati dengan cebisan-cebisan dagingnya bersepah dan disumbat masuk kedalam longkang.

Apabila tahanan ketiga mati, dua lagi tahanan mula memarahi pengkaji.
Salah satu daripada dua tahanan ditembak mati. Dan apabila tahanan akhir ditembak, tahanan tersebut berbisik kepada pengakaji dan mengatakan akhirnya dia hampir bebas.

Tahanan kelima akhirnya mati.
Jadi adalah cerita ini benar atau tidak? Hahaha mestilah tak.

Okay2 sabar jap. Hahaha ini merupakan satu urban legend yang tular sekitar tahun 2010. Urban legend ini dijumpai pertama kali di laman wiki dan diviralkan oleh laman web creepy pasta.
Sebenarnya banyak je kajian2 yang dikatakan "betul" sebenarnya rekaan untuk mendapatkan jumlah bacaan yang tinggi. So yep, ini merupakan dalah satu darinya. Hahaha.
So next thread aku nak cerita pasal cerita benar tentang sorang budak yang meninggal selepas 60 jam struggle untuk lepaskan diri.

Who's up?
Oh haaa ni nak promote sikit.

This is a compilation of what I'm selling. Heee https://twitter.com/illuminaaus/status/1232693895793803264?s=21 https://twitter.com/illuminaaus/status/1232693895793803264
You can follow @illuminAaus.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: