Puasa without these is better. Memekak, membazir, menyakitkan hati jiran-jiran. Puasa menda macam tu. https://twitter.com/dannymikaill/status/1252173762260111361
Ok la sebab ramai sangat menggelupur datang mengamuk tak tentu pasal sini la aku explain sikit apa aku nak sampaikan.

1. I said what I said. Banyak cara nak nikmati Ramadhan dan Syawal. Kenapa nak pilih cara yang berisiko mendatangkan kemudaratan serta tak dianjurkan Islam?
2. Konteks tweet aku terang-terang merujuk kepada gangguan terhadap ketenteraman awam. Kalau kau duduk sorang dalam taman tu, atau satu taman dah mesyuarat dan setuju orang main mercun, silakan la. Aku bukan duduk satu kawasan dengan kau pun.
3. ‘Gangguan’ di sini merujuk kepada orang-orang yang tak selesa dengan bunyi bising, yang mengganggu orang tua, anak kecil. Cuba ada emphaty. Kalau takda siapa kisah dan terkesan, sekali lagi, lantak kau la nak main macam mana pun. Kalau polis tangkap pun lantak kau la.
4. Ya, tradisi. Mercun, bunga api. Meriah. Tapi tak boleh ke kita tukar norma tersebut kepada yang lebih mesra dengan penduduk setempat? Ada pula yang suruh aku tolak ansur kalau aku terganggu dengan bunyi mercun. Ibarat ada orang pancitkan tayar kereta aku, lepas tu kena akur.
5. tak fun katanya tak main mercun. Budak-budak nak enjoy. Macam ni la.Letak garis panduan. Ajar adik kau, anak kau, baik buruknya. Takde faedah pun. Silap meletup dekat tangan, tak naya beraya takde jari? Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kasi bunga api dan pop pop dah la.
6. Macam tweet asal aku. “Puasa apanya macam tu?”

Ya. Kita puasa nak didik diri bertaqwa. Tapi malam pung pang main mercun sampai orang keliling sakit hati.

Taqwa amendeeeenyee cenggitu?
7. Beriya betul kata childhood aku tak fun, aku boring. Kahkahkah. Aku tak peduli pun kau orang nak kata apa. Kau bukan kenal aku pun. Tapi aku sedih juga tengok ramai sandarkan main mercun di bulan puasa tu sebagai pengukur tahap kegembiraan ketika kecil. Like, seriously?
8. Aku cakap apa pun, bukannya satu Malaysia berhenti main mercun. Korang main juga. Syarikat haram buat mercun jual je illegally. Then? Teruskan la ikut suka masing-masing. Nak bergaduh dengan jiran, nak berpotensi putus jari, nak buat imam terawih terperanjat, tu pilihan kau.
9. Selamat menyambut bulan Ramadhan aku ucapkan buat semua. Semoga Ramadhan kita diberkati. Syawal dapat diraikan dengan penuh riang (walau tanpa mercun).

Satu lagi, paling pentingggg. #StayAtHome dan ikut arahan Kementerian Kesihatan. (KKM pun tak suka kau main mercun tau.)
10. Maaf la kalau ada terkasar bahasa. Tapi aku tak kasar kalau kau ok. Ni tah mende tah reply kat tweet aku bukan lawak pun dah la mengeja entah apa-apa anyway maaf sekali lagi take care guys sila follow aku untuk lebih tweet bernas dan informatif lol.
You can follow @BenzZahid.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: