Walaupun tak ramai yang ada telefon dan boleh whatsapp, tapi ini betul-betul membuat hati kami berbunga-bunga. Pagi-pagi lagi ibu/bapa tanya kerja yang perlu anak mereka buat hari itu. Yang tak ada telefon pun tumpang-tumpang juga buat kerja. Kemudian hantar untuk disemak.
Oleh sebab tak ramai yang ada telefon, buat satu group untuk tahap 1 dan satu group untuk tahap 2 sahaja. Jadual satu hari pun cuma satu mp, walaupun dah kata boleh hantar kerja dalam masa sepanjang hari tapi belum pukul 12 selalunya semua dah hantar kerja siap.
Kecuali kalau ada gangguan talian. Ini pun anak-anak dari dua kampung lagi tak dapat ikut pembelajaran online sebab tak ada talian telefon di kampung mereka. Tapi tak apalah, asalkan mana yang dapat dihubungi ada aktiviti yang boleh mereka lakukan.
Bagi kerja yang senang sahaja. Yang mana ibu bapa pun boleh bantu. Kalau bacaan, minta mereka rakam suara anak-anak. Paling best boleh dengar sekali suara ibu/bapa yang bimbing anak-anak. Hahaha comel je. Alhamdulillah sehingga hari ini ibu bapa dan anak-anak masih teruja.
Sekarang awal pagi kena tengok telefon dulu, kalau hari itu mp yang diajar kena sedia awal supaya ibu/bapa tak mencari cikgu seperti contoh di atas. Hahaha. Padahal masa itu memang saya dah sedia, tunggu kawan-kawan bagi kerja untuk tahun 1 dan 2 dahulu sebab saya ajar tahun 3.
Sebenarnya cabaran itu mana-mana tetap ada, baik sekolah di bandar atau di pedalaman juga. Saya bersyukur sangat sekurangnya beberapa orang murid masih dapat dihubungi. Inilah paling apa yang boleh kami buat untuk mereka meneruskan pembelajaran.
Buat semua guru, be strong okay! InsyaAllah kita akan dapat lalui fasa ini. Semoga semuanya akan baik-baik sahaja buat kita dan anak didik kita.
