Selalu kalau kita dengar 'produk organik/dari sumber tumbuh-tumbuhan/dari alam semula jadi',

ada antara kita punya persepsi yang 'Wah, mesti bagus ni, bukan sintetik bukan ada bahan kimia berbahaya!'

Spoiler alert, nope!

...

Jom kenali RACUN TUMBUHAN DAN HAIWAN
Pertama sekali, kita kena paham, untuk survive daripada pemangsa, tumbuhan atau haiwan ini pun kena lah ada sistem pertahanan tubuh mereka.

Kalau manusia kita ada 'fight or flight'

Kalau pokok yang takde kaki tu, takkan la dorang nak redho je dimamah pemangsa kan?
Secara umum, ada 6 jenis racun semula jadi

1. Alkaloid
2. Glycoside
3. Phenolic
4. Amino acid/peptide/protein
5. Lactone mycotoxin
6. Marine toxin

Jadi kalau anda nampak ada bahan tu dalam produk yang anda pakai, hati² ye.

Betul, SEMUA benda ialah racun, yg bezakan, dos.
1. Belladonna atau juga digeruni dengan nama Devil's Berries, Death Cherries atau Deadly Nightshade.

Banyak tumbuh di kawasan Eropah, Afrika Utara dan Asia Barat.

Buah dan daun dia sangatlah beracun (tropane alkaloid).

Tapi industri farmasi ada buat kajian dan
Menghasilkan ubat Atropine untuk rawatan bradycardia (degupan jantung slow).

Juga sebagai bahan anticholinergic (rawatan masalah otot).

Namun, ada yg salah guna Belladonna utk high (ambil dengan Jimson weed) TAPI sangat bahaya sebab sangat tinggi risiko kematian.
2. Cocaine

Antara dadah yg paling addictive kerana memberi rasa euphoria, rasa bertenaga, teruja tapi sementara.

Cocaine dihasilkan daripada daun Erythroxylon coca menjadi serbuk.

Diambil dengan sedut pada nostril, sehingga dua lubang hidung jadi satu lubang!

Sangat bahaya!
3. Hemlock

Komposisi Coniine merupakan neurotoksin yg akan mengganggu sistem saraf boleh sebabkan lumpuh, strok, sukar bernafas dan kematian.

Kenal Socrates? Beliau meninggal dunia sebab keracunan Hemlock.

Mujurlah pokok ni bukan native di kawasan Asia, banyak di Barat.
Cantik kan pokok Hemlock? Macam pokok ulam raja?

Pernah ada kes kat negara kita, orang kampung keracunan sebab makan ulam yang disangkakan ulam raja tapi sebenarnya pokok miang Mexico (Santa Maria feverfew).

*Ulam raja (kiri), miang Mexico (kanan)
4. Strychnine

Racun dalam tumbuhan famili Longaniaceae ini native di kawasan India dan SEA.

Menyebabkan kesukaran bernafas. Sangat beracun (100 mg pun dah fatal)

Mangsa keracunan biasanya dijumpai mengerekot betapa seksanya menahan sakit kesan racun ini!

Take care ok!
5. Aconitine

Daripada tumbuhan Aconitum napellus. Cantik buat landskap kan?

Tapi inilah pokok yang digelar Queen of Poisons.

Dari akar sampai ke pucuk semua beracun! Pegang pokok ni tanpa glove? Terus keracunan 😵

Nasib baik tak tumbuh kat sini, native di Eropah.
6. Nicotine

Dijumpai dalam tembakau dan kini, dengan mudahnya dalam rokok.

Isk isk isk.. kenapalah masukkan racun dengan sengaja dalam tubuh?

Sedia maklum dah kan keburukan rokok?

Apa je yang takde dalam rokok tu? Lembu buaya gajah kala jengking ular you name it
7. Ricin

Racun ricin (wah berirama pulak!) ini dijumpai dalam kacang kastor.

Kalau ricin ni diekstrak daripada kacang kastor, dalam bentuk tulen ricin sahaja, saiz sekecil sebutir garam pun dah cukup untuk membunuh manusia dewasa 😱
Ok itu antara racun dalam tumbuhan.

Ada juga racun yang dihasilkan oleh haiwan bertujuan:

Melindungi diri daripada ancaman/pemangsa.

Memburu mangsa.
1. Batrachotoxin

Dihasilkan pada kulit katak di Colombia dalam spesis Phyllobates spp.

Racun seekor katak ini mampu membunuh seekor gajah dewasa ya!

Racun ini mengganggu ritma jantung dan masalah jantung.
2. Protein

Protein yang bertoksik ni bukanlah protein daging ayam tempe tu.

Antara contohnya ialah bisa ular atau bisa labah² yang juga dipanggil venom.

Venom ni struktur kimianya ialah dalam kumpulan protein, lalu ganggu sistem reseptor tubuh.

*Takmau letak pic ular
3. Botox

Iya, botox atau Botulinum toxin yang dicucuk ke muka untuk 'nampak muda kulit tegang'

dihasilkan oleh bakteria Clostridium botulinum yang merupakan bahan PALING beracun di dunia.

Bakteria ini juga dikesan ada dalam improperly canned/preserved food.
4. Shellfish

Dalam persekiraran laut yang bertoksik, bahan toksik akan memasuki sistem shellfish ni (kerang ke lala ke kupang ke) sebab cara makan dorang memang tapis apa² yang ada pada air je kan.

Bukan boleh suka² hati pergi kejar ikan atau order grab kan??
Selain itu, untuk kes keracunan daripada marine toxin ini, shellfish mungkin mengandungi racun setelah memakan algae yang menghasilkan biotoksin,

yang kemudiannya meracuni kita yang memakan mereka. Sungguh selfish!

Bacaan lanjut boleh Google Paralytic Shellfish Poisoning.
Antara risiko racun dari kawasan marine yang lain ialah 'obor-obor' Portuguese Man-of-War dan ikan buntal.

Nanti kalau habis PKP dan pergi melancong ke kawasan pantai, jangan suka hati je sentuh apa² yang nampak kat laut tu ye.
Begitulah sedikit sebanyak tentang racun daripada alam semula jadi.

Semoga kita semua boleh hidup dengan bahagia sesama makhluk.

Tiada makhluk yang diciptakan sia-sia.

Boleh kongsi pandangan atau racun alam lain, ada macam² lagi, kan?

Sekian dulu, terima kasih.
You can follow @tweetsains.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: