Tinggi kelapa dibuat kerisik,
Akarnya menjalar ke hujung paya,
Kembali dengan thread forensik,
Ragam belajar dan bicara kerjaya.

Ok mesti ramai followers akaun Twt Sains yg dirahmati sekalian ingin tahu 'scene' forensik di Malaysia.

Bak kata Pink, let's get this party started!
Pertama sekali, dimaklumkan bahawa kos degree Sains Forensik ditawarkan di dua (2) buah IPTA iaitu UKM Bangi dan USM Kelantan.

UiTM Shah Alam pula menawarkan kos seumpama dengan nama Analisis Forensik.

Lebih kurang je 3 IPTA ni sebab alumni mereka ada kerja di tempat sama.
Untuk memasuki program ini, UKM ada interview, USM ada ujian munsyi, UiTM tak pasti macam isi UPU je (betulkan kalau ada pindaan)

Pra syaratnya ialah kelayakan setaraf diploma/matrik/stpm/asasi/A level (sains hayat/bio)

Moleknya, skor lah > 3.67 untuk selesa dapat offer.
IPTS pun dah ada yang offer program ni macam MSU dan UCSI dan kolej² swasta yang tawarkan program peringkat diploma macam Security lah Enforcement lah tapi berteraskan silibes yang lebih kurang.

Bergantung bajet anda lah dan hala tuju kerjaya.
Program ijazah ini selama 4 tahun merangkumi analisis dan penyiasatan forensik, i.e

CSI
Fisioanatomi
Toksikologi
Dokumen
Alam Sekitar
Bahan Bukti
Law
Kriminologi
Kimia Kimia Kimia Kimia
Etc.

Moralnya, tak suka Kimia, takleh masuk Forensik!!!
Sekaligus memberitahu kalian bahawa,

'Sains Forensik di Malaysia bukan belajar kerja bedah mayat masuk bilik mayat!'

Yang buat bedah siasat itu hanyalah doktor perubatan yang posting kat bahagian forensik!

Kalau nak bedah siasat, sila apply kos medic!
SKOP KERJAYA

Didapati, graduan² bekerja dalam bidang dan luar bidang (fenomena yg sama kos lain pun).

Cerita dalam bidang, memang ada jawatan khas dalam SPA yang bernama Pegawai Sains C41 (Forensik).

Jawatan ini berkhidmat di bawah Jabatan Kimia Malaysia (JKM).
Antara department JKM untuk jawatan ini ialah DNA (spesimen jenayah, bukti biologi), toksikologi (analisis narkotik) dan dokumen (forgery).

Analisis yg dilakukan mereka akan dipersembahkan di mahkamah, dengan mereka sebagai saksi pakar, jika kes itu melibatkan perbicaraan.
Sedikit tips, contohnya anda buat analisis DNA air mani pada sampel yang diberikan dan mendapati bahawa sampel DNA suspek sama dengan sampel DNA di lokasi jenayah.

Lawyer mungkin akan tanya,

'Encik setuju bahawa suspek yang merogol wanita ini?'

Apakah jawapan yg sepatutnya?
Anda perlu menjawab bahawa analisis anda mendapati bahawa sampel DNA suspek berpadanan dengan sampel di lokasi jenayah.

Kalau lawyer psycho lagi?

Jangan jadi lauk, eh. Bukan anda yg buat verdict. Ulang balik jawapan anda dan balas dengan,

'Itu di luar bidang kuasa saya'.
Iya, di UKM, ada subjek ala moot trial, pelajar tahun akhir akan feeling² masuk court sebagai saksi pakar.

Cara jawab pun penting supaya kes tidak mudah digugurkan.

Kadang² bukti semua dah ada, tapi salah sikit je contohnya chain of custody diragui pun menyebabkan kes gugur.
Ok nak contoh lain?

Baik saya bagi *syok sendiri*

Lawyer tanya,

'Anda nyatakan analisis DNA ini ambil masa 24 jam untuk dapat hasil. Anda pasti bahawa dalam tempoh 24 jam tu tiada contamination/sabotaj luar? Takkan anda tak pergi solat? Makan? Toilet? Tidur?'

Nak jawab apa?
Sebagai saksi pakar, jawablah dengan tenang,

'Saya ikuti semua SOP yang digariskan JKM (contohnya).

Dan akses ke dalam bilik analisis hanya boleh dilakukan oleh saya. Ada log keluar masuk kalau tak caya (boleh tambah kalau lawyer tu loqlaq).'
Okay, berbalik kepada kerjaya, selain sebagai penjawat awam melalui jawatan C41 tersebut, graduan layak memohon jawatan C41 (Kimia) dan Q41 (pegawai penyelidik) sebab penat kot belajar subjek Kimia.

Graduan sains forensik boleh mohon keahlian IKM tau!
Atau jadi pensyarah IPTA melalui laluan menjadi seorang pensyarah (tu topik lain, basically, mohon skim pensyarah atau dapatkan PhD untuk mohon direct).

Kalau physically fit, jemput mohon jadi polis/bomba/kastam/maritim.

Malah, Forensik UKM ada MoU dengan Maritim Msia.
Kalau kerjaya dalam bidang swasta, antara yang terkenal ialah Loss Adjuster (LA).

LA berperanan untuk menilai jumlah tuntutan insurans dan validate kemalangan bukan sebab self sabotage.

Selain itu, boleh juga masuk industri, Sime Darby, Top Glove, BP, etc.
Ok dapat dah pengetahuan tentang scene Forensik kat Malaysia?

'Habis tu kenapa silibes belajar macam²? Bukan nak praktikkan semua pun?,' tiba-tiba ada suara menyampuk 👀

'Lah, macam la kos lain tak belajar macam²? Ini semua untuk persiapkan pelajar tentang forensik lah!'.
Oh lupa nak bagitau definisi sains forensik,

'Sains Forensik ialah aplikasi ilmu untuk membantu menyelesaikan jenayah atau isu perundangan.'

Kalau dunia ini aman tanpa jenayah, jobless tau graduan sains forensik!
Contohnya, anda ada ilmu accounting, anda bantu kes money laundering/fraud ke, anda ialah Forensic Accountant!

Anda pakar pollen (debunga), anda gunakan analisis pollen untuk maklumkan pollen pada mayat mangsa tidak berasal dari kawasan dijumpai, anda ialah Forensic Botanist!
Dan di Malaysia, program degree Sains Forensik (master coursework di UTM Skudai) berteraskan sains tulen (fz, bio, kimia, maths).

Sebab tu peluang kerjaya lebih kepada bahagian analisis dan bahan bukti.

Moralnya, luas skop kerjaya yang boleh dipilih, dalam atau luar bidang.
Rasanya itulah kot serba serbi ringkas mengenai scene Forensik di Malaysia.

Semoga adik² yang berminat untuk masuk bidang forensik, dapat tahu lah ye realitinya tidaklah berteka-teki.

Boleh ajukan soalan untuk lebih faham. Saya cuba jawab.

Terima kasih!
You can follow @tweetsains.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: