Warganet dah tidur? Saya nak luncurkan thread berbaur sains forensik ni.

Tapi sesuai juga waktu macam ni kan sebab topik ni agak....ngeri? seremm sejuk? memualkan?

Yang perut kuat je layan thread ni okay, iaitu thread berjudul:

1.1 MATI ITU PASTI: Pasca kematian
Forensic Taphonomy = kajian peringkat kematian yang dialami mayat daripada keadaan fresh baru arwah hinggalah lengkap tinggal rangka tulang sahaja.

Itulah topik untuk malam/pagi ini.

Perubahan mayat pasca kematian a.k.a Post Mortem (PM) ini dipengaruhi oleh berikut:
Bak kata pepatah, lain padang lain belalang. Hidup berbeza, dah mati pun berbeza.

Contohnya mayat yang mati kat Chuping, Perlis vs mati kat Jeju Island time winter.

Mayat kat suhu persekitaran panas lebih cepat kembung dan jadi rangka.

Takde kaitan dosa pahala si mati eh!
Okay sekarang ni bayangkan anda rakyat Malaysia, meninggal di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun.

Anda pun dikebumikan di tanah perkuburan Islam kariah anda.

Mari kita kira tempoh mayat anda yg masa hidup pakai inisfree ke Marykay ke temulawak ke, untuk mereput...
Ini secara umum dulu eh,

Purata 1-7 hari, TAHNIAH, mayat anda masih segar dan meriah dengan daging dan lelemak.

Penguraian (pipi kena gigit semut, air badan menetes membajai tanah) bermula pada hari pertama tahlil anda di saat JKK masjid menjamah bihun goreng di rumah anda.
Pada malam kedua atau ketiga, ahli keluarga anda menjamu menu nasi putih, sayur kobis, kari ayam kepada jemaah tahlil,

manakala di rumah baru anda, mayat anda sudah mula menjalani penguraian tahap kedua yang boleh mencecah sehingga 4 bulan lamanya.

*bergantung jisim
Mayat anda bertukar menjadi rangka (lepas habis semut, ulat, lipas apa semua free flow buffet ke atas anda sampai licin) bermula seawal hari ke-7.

Oh, ada adat Melayu yang buat kenduri tahlil hari ke-7, kan? Adakah kita cuba meraikan anda bertukar menjadi tulang-belulang?
Penguraian ekstrim pula berlaku pada tempoh seawal 2 bulan hingga 3 tahun.

Peringkat ni memang takde tinggal apa lah,
hidung mancung ke penyek ke hilang jadi lubang,
rambut botak tengah ke tersekat di skala 7 ke, semua jadi tengkorak.

Next, tunggu je lah sangkakala ditiup...
Okay. Itu gambaran ringkas je lah.

Seterusnya saya nak cerita tentang lebih saintifik lah kan dari segi: Peringkat Pereputan Mayat.

*AMARAN AWAL: SAYA MUNGKIN MELETAKKAN GAMBAR SEBAGAI BAHAN VISUAL YANG MUNGKIN KURANG MENYENANGKAN.

BOLEH SKIP BACA KALAU LEMAH SEMANGAT EH.
Secara forensik, ada dua jenis tahap pereputan.

1. Perubahan awal post mortem (PM) yang ada 3 tahap yakni algor mortis, livor mortis & rigor mortis.

2. Perubahan PM lanjutan yang ada 3 tahap iaitu autolysis, putrefaction & skeletonization.

Ok, sedia nak mati? I mean nak tahu?
1.1 ALGOR MORTIS = suhu jasad akan menyamai suhu sekeliling yang juga dikenali sebagai penyejukan badan.

1.2 LIVOR MORTIS = warna jasad berubah sebab graviti. Ye lah darah dah tak pam, jadi semua turun ke bawah ikut graviti.

Sebab tu kita tengok mayat pucat-pucat, KECUALI
ada mayat warna biru bukan sebab dia bangsa smurf tapi sebab mati sakit jantung.

ada mayat warna kuning bukan sebab dia pengguna Digi tapi sebab dia jaundice (penyakit hati).

ada mayat cun cantik warna pink bukan sebab ada MUA tolong touch up, tapi mati sebab keracunan CO.
1.3 RIGOR MORTIS = jasad kaku sebab ada chemical lock pada protein otot. Biasa berlaku tempoh 1-3 jam selepas kematian.

Sebab tu dalam Islam, kena cepat-cepat kiamkan tangan dan tutup kelopak mata (jika terbuka) sebab lagi lama lagi susah nak gerakkan otot jasad yang kaku.
Jasad akan kaku sepenuhnya, Tok Adi takleh nak buat apa dah selain berdoa je semoga urusan dipermudahkan, pada 10 - 12 jam selepas kematian pada suhu bilik.

Faktor yang mempengaruhi kekakuan jasad ni antaranya suhu sekeliling, suhu badan mayat dan cara kematian.
Okay sebenarnya algor, livor dan rigor mortis tu seumpama keadaan mayat kita sebelum dikebumikan, kan?

Jadi, selepas ditanam, apa yang berlaku?

Pereputan lanjutan ini ada 3 tahap:

1. Autolysis
2. Putrefaction (pereputan jasad)
3. Rangka (diagenesis, 'mumia', 'sabun')
1. Autolysis = Penguraian semula jadi. Badan kita yang kita banggakan sangat dok tayang kat tiktok ke ig ke twitter ke mana,

ironinya, akan berpaling tadah!

Enzim dalam badan macam lipases, proteases dan carbohydrases akan mencernakan sel tubuh.
2. Putrefaction = penguraian tisu tubuh oleh bakteria. Kesannya, gas busuk terhasil macam ammonia, hidrogen sulfida, SO2 etc.

Penapaian anaerobic berlaku membentuk asid propionik dan asid butirik.

Protein bertukar jadi asid lemak pada peringkat pereputan aktif ini.
Peringkat ni sebenarnya bermula seawal kematian hingga tahap jasad mula mengembung.

Sebab tu dalam Islam disuruh menyegerakan pengebumian kan, untuk jaga aib arwah, antaranya.

Selain itu, peringkat ni dah mula tarik serangga datang serbu. Apa pula kata acik bawang yang datang?
Peringkat kembung atau bloat ni berlaku apabila jasad bengkak disebabkan gas yang terhasil oleh bakteria. Bakteria memang banyak lepak dalam badan kita terutamanya yang kat colon.

Darah pun mula terurai (hemolyze), tambah dengan segala gas tu lagi, cecair badan pun...'purged'
Kulit pun mula gugur dengan mudah bak steak wagyu. Gas yang terkumpul tadi mula pecah keluar...

Asid organik yang terhasil daripada anaerobic tadi pun menjadikan tubuh kita masam ala tapai pulut...

Peringkat ini tamat dengan tinggallah kulit, tulang, usus, dan ketetel...
Peringkat akhir ialah untuk menjadi rangka. Teruja???

Tulang anda terurai dan menghablur (crystallized /fossilized) pada peringkat yang dinamakan diagenesis.

Masa ni anda baru nak up nak belajar nak keringkan kulit untuk melekat jadi macam leather. Mahal tuu leather?
Apabila kulit anda dah bertukar jadi leather ori grade AAA, ditambah kalau suhu sekeliling kering dan panas lagilah cepat kan, inilah proses yang dipanggil sebagai mummification.

Keadaan ini terhasil akibat dehidrasi dan pengeringan tisu.

Ingat, hydration is key!
Akhir sekali, saponification ataupun pembentukan sabun daripada lemak berlaku.

Yang rasa diri useless tu, hello, awak boleh jadi sabun tau kalau dah arwah (tapi tak digalakkan lah, stay safe ok!)

Konsep ni orang Melayu buat minyak dagu kan? Itu suruh akaun lain yang story haha
Moralnya, mati itu pasti. Bak kata Ustaz Asri Rabbani yang sudah pun selamat menjadi arwah, hanya amalan yang dibawa...

Apa pentingnya untuk tahu peringkat ini semua dari segi saintifik? Iya, supaya kita boleh anggar masa kematian.

Itu kita bincang lain kali ok! Terima kasih.
You can follow @tweetsains.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: