Kes Keempat: Ed Gein (The Butcher of Plainfield)
Edward Theodore Gein dilahirkan di LaCrosse, Wisconsin, pada 27 Julai 1906. Dibesarkan dengan seorang ayah yang kaki botol dan ibu yang sentiasa menderanya secara lisan.
Perbuatan ibu bapanya itu telah menguasai emosi hidupnya. Gein juga diajar oleh kedua ibu bapanya bahawa wanita dan seks adalah jahat. Gein mengalami kehidupan dari kecil yang sangat sukar.
Gein mempunyai seorang abang yang dibesarkan bersamanya di sebuah ladang terpencil di Plainfield, Wisconsin. Setelah ayah Gein meninggal dunia pada tahun 1940, abang kepada Gein iaitu Henry juga turut mati mengejut dalam kebakaran pada tahun 1944 dalam keadaan yang penuh misteri.
Sewaktu kematian abangnya, Gein telah melaporkan kehilangan abangnya kepada pihak polis. Walaupun begitu, dia juga masih dapat membawa dan menunjukkan kepada pihak polis dimana lokasi abangnya yang telah terbakar itu sewaktu mereka tiba di tempat kejadian.
Kematian ibu Gein pada tahun 1945 pula telah menjadikannya seorang yang mula berhalusinasi. Pada tahun-tahun berikutnya, Gein menjadikan kawasan rumah yang sering digunakan oleh ibunya sewaktu ibunya masih hidup dulu sebagai tempat suci (penyembahan).
Pada November 1957, Gein telah menarik perhatian polis apabila pemilik kedai perkakasan rumah bernama Bernice Worden, telah hilang. Gein pernah dilihat berjumpa dengan Bernice sebelum kejadian tersebut.
Ketika pegawai penguatkuasa undang-undang mengunjungi ladangnya, mereka telah menjumpai mayat tanpa kepala, dipercayai mayat tersebut ialah Bernice Worden, yang telah mati ditembak dan dipenggal kepalanya.
Hasil siasatan lanjut, pihak berkuasa menemui sekumpulan tengkorak manusia bersama perabot dan pakaian, yang diperbuat dari bahagian tubuh dan kulit manusia.
Gein memberitahu polis bahawa dia telah menggali beberapa kubur wanita yang baru dikebumikan yang telah mengingatkannya akan ibunya dan membawa pulang mayat-mayat tersebut ke rumahnya.
Sewaktu penyiasat tiba di rumah Gein, mereka telah menemui 10 orang mayat wanita di rumah Gein. Tetapi hasil penyiasatan mendapati akhirnya Gein hanya dikaitkan dengan dua pembunuhan iaitu Bernice Worden dan seorang lagi wanita tempatan lain, Mary Hogan.
Gein diisytiharkan tidak layak untuk dibicarakan di hadapan mahkamah kerana keadaan mentalnya yang tidak stabil dan dia kemudian telah dihantar ke sebuah hospital mental di Wisconsin.
Selepas itu, ladangnya mula menarik perhatian orang ramai sebelum ia mengalami kebakaran pada tahun 1958.
Pada tahun 1968, Gein masih dianggap tidak cukup waras untuk dihadapkan perbicaraan, tetapi hakim telah memutuskan dan mendapati bahawa dia tetap bersalah. Oleh kerana itu, Gein akhirnya menghabiskan sisa hidupnya di sebuah hospital mental sehingga akhir hayatnya pada tahun 1984.
Tingkah laku Gein telah memberi ilham dan inspirasi kepada banyak penerbit buku dan filem, terutamanya tiga filem seram/thriller paling berpengaruh yang pernah dibuat iaitu: Psycho (1960), The Texas Chainsaw Massacre (1974) dan The Silence of the Lambs (1991).
Hasil penciptaan Ed Gein.
You can follow @dalphalegacy.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: