Rohingya ni bangsa kurang ajar.
Rohingya ni bangsa pengotor
Rohingya ni bangsa tak pandai hormat orang.

Mungkin begitu perangai mereka. Tetapi kenapa mereka berperangai sebegitu?

Benda ni kita kena tengok root problem mereka.
Isunya di sini adalah mereka tak pernah ada pendidikan yang formal dari kecil. Isu Rohingya bukanlah isu baru.

Komuniti ini sudah dizalimi sekian lama kerana Myanmar tidak mahu mengiktiraf mereka sebagai warganegara walaupun sudah berpuluh tahun mereka hidup di tanah tersebut.
Maka sebab itu mereka keluar mencari negara lain untuk meneruskan kehidupan dari terus dizalimi di kampung halaman sendiri.

Dan sudah semestinya Malaysia juga adalah negara tumpuan mereka. Kerana sebahagian besar kita adalah seagama dengan mereka.
Landing pula di Malaysia. Mereka hanya dibiarkan begitu sahaja.

W’pun berstatus pelarian,mereka masih tidak dapat untuk bekerja secara sah di negara kita kerana negara kita tidak pernah menandatangani Refugee Convention 1951,yg membolehkan refugee mempunyai hak bekerja & sbgnya
Tanpa pendidikan formal dan peluang untuk mencari rezeki,

jadi bagaimana mereka nak mengubah nasib diri mereka?

Kitaran ini akan terus berlaku sehinggalah kita benarkan mereka utk mengubah nasib mereka sendiri.
You can follow @KhairulAqmal.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: