[ Terlupa dalam solat ]

Pernah tak terlupa kita tengah buat rakaat ke berapa? Atau kita terlupa rukuk/tahiyat awal/etc? I selalu terlupa & kalau dulu, I mesti akan stop & solat lagi sekali dari mula. Sampailah I tahu pasal sujud sahwi.
Sujud sahwi ni kita buat kalau kita terlupa/tertinggal apa-apa perbuatan dalam solat secara tak sengaja.

Tapi! Ada cara dia, harap membantu & sekiranya ada salah, tolong betulkan ye, terima kasih!
Sujud Sahwi

Tahiyat Akhir - Sujud - Duduk antara dua Sujud - Sujud - Bagi salam

Bacaan ketikan sujud.
Apakah contoh-contoh perbuatan solat yang kita mungkin tertinggal?

1. Terlupa rakaat
2. Terlupa rukuk sebelum sujud
3. Terlupa tahiyat awal
4. Terlupa baca doa qunut
Untuk perbuatan2 dia atas, kalau tertinggal, jangan berhenti! Teruskan solat.

Cara kita nak ganti balik perbuatan yang tertinggal tadi tu, ada 2 ;

1. Tambah 1 rakaat & sujud sahwi
2. Sujud sahwi sahaja
Apa beza 2 ni?

Perbezaan dua ni bergantung kepada perbuatan solat. Jika perbuatan solat yang tertinggal tu adalah fardu/rukun, kita kena tambah lagi 1 rakaat & sujud sahwi. Jika bukan rukun, cukup sekadar tambah sujud sahwi.
13 Rukun Solat
Contoh :

Ali tengah solat isya’. Masa rakaat ketiga Ali terlupa rukuk, dia terus sujud.

So, apa yang Ali patut buat adalah teruskan solat. Masa rakaat ke-4, lepas Ali sujud 2 kali, patutnya Ali baca tahiyat akhir kan? Tak. Lepas sujud 2 kali, Ali bangun lagi sekali-
dan solat macam biasa sempurnakan rukun. Lepas tahiyat akhir ni baru Ali buat sujud sahwi.

Rakaat 1 - Rakaat 2 - Rakaat 3 (terlupa rukuk) - Rakaat 4 (lepas sujud, tak perlu baca tahiyat akhir, berdiri balik) - Rakaat 5 (ganti)
Dekaat Rakaat ke-5 tu ;

Al-Fatihah - Rukuk - Iktidal - Sujud - Duduk antara dua sujud - Sujud - Tahiyat Akhir - Sujud - Duduk antara dua sujud - Sujud - Salam

Sujud selepas Tahiyat Akhir tu yang dikira sebagai sujud sahwi.
Okay itu cara ganti sekiranya terlupa rukun. Kalau bukan rukun, tak perlu tambah rakaat. Lepas tahiyat akhir, sujud, duduk antara dua sujud, sujud, salam.
Contoh perbuatan yang jika terlupa, tak perlu tambah rakaat, cukup sekadar sujud sahwi ;

1. Doa qunut
2. Tahiyat awal
Alamak tertinggal gambar, ni bacaan ketika sujud utk sujud sahwi
You can follow @pearlsintea.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: