Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Zaim sedang melepak keseorangan di balkoni memandang alam gelap samar-samar. Dia hanya membawa secawan Nescafe panas sebagai teman.
Kemudian dia nyalakan sebatang rokok. Sesekali dia menghirup angin malam, selang-seli menyedut asap rokok. Hembusan kepulan asap berbentuk O dikeluarkan dari mulutnya. Kadang-kadang menjadi. Kadang-kadang pecah ditiup angin.
Dia pandang ke kiri, dia pandang ke kanan, dia pandang ke depan, dia pandang ke bawah. Sambil memandang sekeliling dia membebel sendirian.
"Boring betul kejiranan aku ni. Tak ada yang nak nyanyi ramai-ramai kat balkoni macam kat negara Eropah sana. Aku baru nak ajak nyanyi lagu Wings sepam."
Dia teringatkan video yang dia tengok di laman sosial, aksi nyanyi beramai-ramai di balkoni masing-masing menghiburkan diri semasa lockdown. Di apartment yang dia sewa tak ada jiran yang sporting. Semua layan sunyi di rumah.
Bagi yang sudah berstatus suami isteri, bolehlah bermanja-manja sebelum tidur. Bagi yang keseorangan seperti Zaim, terpaksalah dia berkawan rapat dengan rokok dan Nescafe panas sahaja.
Kemudian dia berdialog sendirian lagi, "kalau berlanjutan macam ni ada can sampai raya ni. Beraya sorang je aku ni nanti."
Dia terfikir sampai bila wabak Covid-19 ini akan hilang? Bila agaknya keadaan menjadi pulih? Bila dia boleh kembali melepak di kedai mamak menghirup air teh? Bila dia boleh kembali memberi komitmen melepak bersama kutu-kutu yang lain? Adakah dunia dah nak kiamat?
Zaim sedut lagi asap rokok. Dia hembus sambil menggelengkan kepala mengenang nasib diri. Dia pun dah tak ingat sudah berapa hari dia terpaksa berkurung di rumah. Orang seperti Zaim memang jarang lekat di rumah. Orangnya selalu enjoy di luar.
Tapi sekarang virus Covid-19 telah berjaya membuat orang seperti Zaim lekat di rumah 24 jam. Kalau keluar pun hanya membeli barang keperluan sahaja dan terus balik ke rumah. Musim Covid-19 ini amatlah merbahaya berada lama-lama di luar dan sangatlah leceh disoal siasat polis.
Bukan Zaim seorang sahaja yang terasa impaknya kedatangan wabak ini. Orang lain juga turut merasa. Bukan saja dia, bukan saja ahli keluarga dan saudara-maranya, bukan saja jiran-jirannya, bukan saja seluruh rakyat Malaysia malah seluruh umat manusia di dunia sedang bermasalah.
Malah ada yang dugaannya lebih besar, ada yang lebih susah. Sesekali timbul rasa syukur di hati Zaim bila memikirkan yang dugaannya tidaklah seberat macam orang lain.
Sekali lagi Zaim menyedut asap rokok yang dah tinggal separuh. Tiba-tiba ada seorang makwe lawa keluar ke balkoni di rumah sebelah. Manis juga jirannya. Hanya berseluar trek dan bersinglet warna hijau. Sebelum ni tak pernah nampak, tak pernah bertegur sapa.
Begitulah kehidupan bejiran di Kuala Lumpur. Tapi di musim berkurung di rumah ini apalah salahnya sesekali Zaim menjadi peramah bersuai kenal dengan jiran.
"Awak pun tak tidur lagi?", Zaim mulakan bicara.
"Sorry?", jirannya lantas menanggalkan earfon di telinganya. Mungkin tak dengar apa yang ditanya Zaim tadi.
"Sorry?", jirannya lantas menanggalkan earfon di telinganya. Mungkin tak dengar apa yang ditanya Zaim tadi.
"Err, awak pun tak boleh tidur?", Zaim bertanya sekali lagi.
"Oh, tak. Sekarang ni waktu tidur dah jadi terbalik. Hahaha!"
"Sama la kita. Hahaha!"
"Oh, tak. Sekarang ni waktu tidur dah jadi terbalik. Hahaha!"
"Sama la kita. Hahaha!"
Mereka berdua pun ketawa dengan nasib masing-masing. Tak kelakar pun mereka berdua boleh rasa terhibur. Mungkin akibat sudah lama terperap di rumah. Sesekali Zaim menghirup air Nescafenya yang dibawa tadi. Zaim mula berbicara lagi.
"By the way, kita tak pernah kenal sebelum ni. Tak pernah nampak. Tak pernah bertembung. Nama awak siapa ya?"
"Uiii, by the way.", makwe tu mengejek Zaim.
"Kahkahkah!", Zaim tergelak. Makwe tu pun tergelak.
"Nama saya Zalia. Awak?"
"Zaim. Panggil Zaim je."
"Uiii, by the way.", makwe tu mengejek Zaim.
"Kahkahkah!", Zaim tergelak. Makwe tu pun tergelak.
"Nama saya Zalia. Awak?"
"Zaim. Panggil Zaim je."
Mereka pun sudah bersuai kenal, berbual panjang, bergelak tawa. Zaim buat kelakar Zalia ketawa. Zalia buat kelakar Zaim ketawa. Punyalah ramah sehingga bermain teka-teki. Sampaikan teka-teki "dalam banyak-banyak negara, negara apa yang banyak tali?", pun Zaim bagi.
Punyalah nak hiburkan Zalia dan diri sendiri. Demikianlah hikmah di sebalik apa yang berlaku. Walau rasa teruk terkurung di rumah tapi sekarang sudah terjalin sebuah persahabatan dengan jiran sebelah.
Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Ini bermakna sudah sejam mereka berbual di balkoni masing-masing. Zalia sudah ingin masuk kembali ke rumahnya. Nak baring cuba-cuba tidur katanya. Zaim pun angguk senyum sebagai tanda ucapan bye dan selamat malam.
Sebelum masuk ke dalam rumah sempat juga Zalia balas senyuman manis ke arah Zaim. Zaim juga masuk ke dalam rumah. Dia terus ke bilik dan rebahkan diri di atas katilnya.
"Aku ni betul-betul dah gila rasanya. Rumah sebelah ni dah lama kosong takde orang duduk. Dengan hantu pun aku boleh buat-buat friendly."