"Pendiam."
"Anti sosial."
"Susah buat kawan."
"Tak pandai bercakap."

Macam-macam label negatif dan salah faham orang bagi pada golongan introvert.

Kebanyakannya, salah faham sebenarnya.

Ini ialah thread, mitos-mitos popular mengenai golongan introvert.
Pengenalan ringkas dulu,

Introvert ialah sejenis personaliti seseorang yang lebih selesa bersendirian dan kurang nikmat jika perlu bersosial.

Mereka memilih untuk berseorangan dan mereka seronok begitu (bukan lonely).
Introvert ialah salah satu komponen dalam Big Five Personality yang merangkumi 5 segmen berbeza.

Senang nak ingat, OCEAN.

Openness
Consciousness
Extraversion
Agreeableness
Neuroticism

Introvert bawah komponen Extraversion.
Orang yang rendah skor Extraversion dipanggil Introvert, dan yang tinggi pula dipanggil extravert.

Tapi jangan salah faham.

Ini bukan bermaksud personaliti manusia berbentuk binari, hitam putih begitu.

Tetapi lebih kepada spektrum, iaitu campuran antara kedua-duanya sekali.
Maksudnya, tak ada orang yang 100% introvert atau 100% extravert.

Tetapi campuran kedua-duanya sekali dalam diri seseorang.

Cuma ada satu yang lebih dominan berbanding yang lain, dan itu yang menentukan dia introvert atau extravert.
Antara ciri-ciri introvert:

1. Suka bersendirian

2. Seronok berjalan sorang-sorang

3. Tak ada masalah kalau tak ads orang boleh teman keluar makan

4. Banyak memendam perasaan berbanding meluahkan.

5. Kurang selesa dalam suasana ramai orang tak kenal
6. Lebih suka berfikir berbanding berkata-kata

7. Banyak analisis maklumat sensori dalam kepala dia

8. Cepat penat dan lesu kalau bersosial dengan orang lain

9. Ada kawan rapat yang sangat sedikit (kualiti berbanding kuantiti)

10. Kreatif dan berimaginasi tinggi
Golongan introvert ini selalu kena salah faham oleh orang sekeliling.

Personaliti ini juga dianggap sebagai satu kekurangan ploeh masyarakat.

"Cuba kau extravert sikit."

"Saya risau anak saya pendiam dalam kelas."

"Along kenapa tak sembang dengan tetamu?"

Biasa dengar kan?
Malah lebih menyedihkan lagi,

Ada golongan introvert sendiri berasa diri mereka serba kekurangan dan perlunya untuk "lebih extravert."

Hakikatnya, introvert juga ada kekuatan tersendiri.

Tak perlu ikut cara orang lain sebab nak berjaya. Lain orang lain kelebihannya.
Antara mitos popular mengenai orang introvert ialah:

1. INTROVERT INI ANTI SOSIAL

Pertama sekali, secara teknikalnya istilah yang lebih tepat ialah Asosial.

Anti sosial ini ialah orang yang mahu berbuat kerosakan kepada masyarakat sekeliling dia.
Tapi, tak.

Introvert bukan Asosial (tak mampu bersosial).

Mereka boleh saja bersosial, berbual dan bersembang, jika perlu.

Cuma mereka lebih selesa bersendirian dan buat kerja sendiri.

Itu pilihan mereka.
2. INTROVERT INI PEMALU

Ada yang ya, ada yang tidak. Bukan semua. Extravert pun ada yang pemalu juga.

Introvert dan extravert ini ialah perbezaan cara manusia bertingkah laku secara sosial dan memproses kenikmatan sosial (social arousal).

Itu saja.
Ada introvert yang pemalu, ada yang tidak.

Sebab introvert sendiri ada 4 jenis yang berbeza, maka tak adil untuk pukul rata semua ciri itu pada semua golongan introvert.

4 jenis introvert itu saya pernah tulis di thread lain. Nah, bacaan semula https://twitter.com/AimanPsikologi/status/983511142394839040?s=19
3. INTROVERT INI SUSAH DIBUAT KAWAN

Sebenarnya, kita yang tak pandai dekati mereka. Terutama golongan extravert.

Definisi "seronok" mereka berbeza dengan seronok seorang extravert.

Bila tak faham pasal mereka, maka kita jadi tak pandai nak bina hubungan dengan mereka.
Malah, berkawan dengan introvert lah sebenarnya satu rezeki yang hebat.

Sebab mereka sangat menghargai persahabatan dan akan setia, kerana lebih pentingkan kualiti kawan berbanding kuantiti.

Maka, hargai lah sebaiknya kalau ada kawan introvert.
4. INTROVERT INI TAK SEHEBAT EXTRAVERT

Memang betul, golongan extravert biasanya nampak lebih berkeyakinan, pandai bercakap dan berkarisma (sebab mereka suka spotlight).

Tetapi, introvert juga ada kelebihan mereka tersendiri.
Kita semua ada kekuatan masing-masing.

Usah letakkan kesempurnaan itu berdasarkan jalan hidup orang lain.

Hidup kita ini macam tengah exam.

Kesilapan kita ialah selalu nak tiru jawapan orang lain,

Tanpa kita sedar setiap daripada kita dapat set soalan yang berbeza.
5. INTROVERT INI PENDIAM

Bukan semua introvert itu pendiam. Ada introvert yang banyak bercakap tetapi dengan kawan yang mereka rapat saja.

Mereka tak tunjuk diri sebenar mereka dengan semua orang.

Sebab introvert ini popular dengan "ada banyak topeng" dengan orang berbeza-beza
You can follow @AimanPsikologi.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: