LALUAN KERETA API DI MELAKA

Dahulu Melaka pernah ada laluan kereta api dari Tampin menuju ke Bandar Melaka.

Tetapi mana hilangnya laluan itu? Kenapa ia hilang dan tidak digunakan lagi?
Ini adalah stesen kereta api Bandar Melaka.

Laluan ini dibina pada tahun 1905, dari Pulau Sebang menuju ke Bandar Melaka. Jaraknya ialah 35.4 kilometer.

Sementara laluan kereta api dari Kuala Lumpur ke Gemas yang menghubungkan ke Johor dan pantai timur, stesen Pulau Sebang..
..ini menuju ke Bandar Melaka.

Nama lama syarikat kereta api ini ialah Federated Malay States Railway (FMSR), yang pada asalnya syarikat kereta api yang diuruskan secara persendirian antara negeri.

Misalnya Perak ada syarikat kereta api sendiri, Perak Government Railway...
...yang menghubungkan Port Weld ke Parit Buntar, Muar State Railway, Sungei Ujong Railway di Seremban, dan Selangor Government Railway dari Pelabuhan Kelang ke Ampang.

Pada 1892, Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Cecil Clementi Smith, mencadangkan agar seluruh laluan...
...kereta api ini disambung, dari Singapura sampai ke Padang Besar dan diuruskan oleh sebuah syarikat. Pada 1896, sejajar dengan pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, projek kereta api ini diteruskan untuk menyatukan seluruh Tanah Melayu dalam satu sistem yang sama.
Untuk sejarah Muar State Railway, saya pernah menulisnya di dalam thread Sejarah Mi Bandung. Boleh baca di sini: https://twitter.com/PopPelangi/status/1164387161254187008?s=19
Di bawah Residen Jeneral Frank Swattenham, projek ini dikawalselia dan raja-raja Melayu memberi kerjasama dalam pembinaan projek ini.

Untuk laluan Melaka, ia bermula di Pulau Sebang, kemudian ke Tanjong Rimau, Gadek, Melaka Pindah, Belimbing, Belimbing Dalam...
...Durian Tunggal, Batu Berendam sebelum ia berakhir di stesen Bandar Melaka, yang kini terletak di belakang CIMB.

CIMB Jalan Bendahara itu pun rumah lama Chan Koon Cheng, seorang hartawan yang kaya di Melaka pada satu masa dulu.
Laluan kereta api ini membawa kekayaan kepada Melaka selaku salah satu Negeri-Negeri Selat.

Sehinggalah Perang Dunia Kedua bermula. Melaka ditawan Jepun pada 12 dan 13 Januari, 1942. Dan disebabkan itu, semua orang di bandar Melaka, terutamanya yang berbangsa Cina,
...dihimpunkan di Wolferstorn Road (kini Jalan Bendahara), dan dibunuh.

Besi pada laluan kereta api di Melaka itu dicabut, untuk membina laluan kereta api di Laluan Kereta Api Maut di Burma (Myanmar) dalam usaha Jepun untuk menakluk India.

Ramai yang terkorban di sini.
Hari ini, kawasan laluan kereta api itu pun dah terpadam. Di bandau, dah tak nampak dah laluan kereta api itu.

Tetapi di sesetengah tempat, kesan peninggalan laluan kereta api itu masih ada. Contohnya papan tanda stesen kereta api Alor Gajah masih ada kelihatan.
Jadi sampai ke sudah laluan kereta api yang ada di Melaka cuma di Pulau Sebang, walhal dulu ada sampai ke bandau.

Tapi ini di kawasan Belimbing Dalam, masih boleh nampak lagi kesan laluan kereta api tu.
Untuk thread tentang serangan Jepun pada Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu, boleh baca di sini: https://twitter.com/PopPelangi/status/1203173241814056960?s=19
You can follow @ErenaTakeuchi.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: