Banglo Yang Hilang

Kisah yang masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. Bagaimana sebuah banglo yang telah siap dibina boleh hilang dalam sekelip mata.

Kejadian berlaku di sebuah kawasan perumahan di Johor Bahru sekitar tahun 2003-2004.

Ini adalah bebenang.
Malam nanti lepas isya’ aku sambung, kalau takde yang nak baca aku cancel.
Sekitar tahun 2003, sebuah kawasan perumahan di Johor menjadi gempar kerana sebuah banglo yang siap dibina telah hilang dalam sekelip mata.

Banglo ini terletak di sebuah kawasan perumahan elit yang mana semuanya adalah rumah banglo.
Diceritakan oleh penduduk setempat, sehari sebelum kejadian semuanya seperti biasa. Tiada sebarang perkara aneh berlaku sehinggalah keesokan harinya apabila jiran setempat bangun daripada tidur.

Sebuah banglo yang dulunya berdiri teguh kini menjadi tanah lapang.
Ini adalah gambar pagar banglo tersebut. Bumbung merah yang kelihatan itu adalah unit rumah di belakang banglo yang ghaib itu.

Aneh sebab pagar dan tembok masih berdiri teguh tapi hanya memagari tanah lapang .
Diceritakan oleh seorang “penilai hartanah” yang terlibat dalam urusan menilai nilai rumah ini untuk urusan bank bernama Manap (bukan nama sebenar).

Dikatakan ketika kejadian, beliau dipanggil untuk membantu siasatan.
Manap ke tempat kejadian, ketika itu hanya mereka yang terlibat sahaja dibenarkan masuk.

Setelah disemak oleh engineer, arkitek dan beberapa pihak lain ternyata rumah itu telah mendapat CFO (Sijil Kelayakan Menduduki) dan pelan rumah itu wujud di atas kertas.

Aneh sekali.
Setelah beberapa ketika, mula timbul beberapa versi dan kisah mengenai kejadian sebenar tentang kehilangan rumah itu.

Versi pertama, dikatakan pemilik rumah itu mengamalkan ilmu hitam untuk kekayaan tetapi dengan syarat tidak digunakan ke jalan keburukan.
Tetapi duit yang diperoleh dari ilmu tersebut telah digunakan untuk tujuan perjudian dan telah melanggar syarat ilmu yang dituntut oleh pemilik rumah.

Oleh itu, sebagai balasan rumah itu dan segala kekayaan yang diperoleh oleh tuan rumah ghaib dalam sekelip mata.
Tuan rumah dan rumah itu ghaib ke alam lain dan masih tidak dijumpai sehingga kini.

Beberapa penduduk setempat mengatakan, pada malam tertentu mereka akan mendengar seolah-olah terdapat aktiviti di tanah lapang bekas rumah banglo tersebut.
Versi kedua, pemilik rumah dikatakan membina rumah tersebut menggunakan harta anak yatim.

Dikatakan pemilik rumah diamanahkan oleh arwah abangnya untuk menyimpan harta peninggalan buat anak-anak arwah abangnya sehingga anak-anaknya cukup umur.
Tetapi pemilik rumah telah menggunakan sebahagian dari harta peninggalan tersebut untuk membina banglo tersebut.
Versi ketiga, bunyi agak mengarut tapi iya inilah yang diceritakan.

Seorang pengamal ilmu hitam cuba menguji tahap kehebatannya dengan menghilangkan rumah tersebut dan berjaya tetapi gagal mengembalikannya semula.

Ala-ala David Copperfield katanya.
Selepas beberapa bulan banglo ini hilang, terdapat 3 orang pengkaji perkara ghaib merancang untuk ke rumah tersebut.

Sehari sebelum berangkat, mereka bertiga mendapat mimpi yang sama.

Mereka bermimpi berada di suatu lorong yang panjang dan dihujungnya terdapat sebuah banglo.
Mereka berjalan ke arah banglo itu, dan kelihatan dari jauh terdapat orang sedang melambai memanggil.

Belum sempat mereka sampai di pagar banglo, mereka ditahan oleh seorang lelaki tua.

“Batalkan niat kamu dan balik” kata lelaki tua itu dan berlalu pergi.
Keesokan harinya sebelum berangkat, mereka menceritakan tentang mimpi mereka dan mengejutkan kerana ketiga-tiga dari mereka bermimpi perkara yang sama.

Setiap yang terjadi dalam mimpi mereka sama, tiada yang lain walau sikit pun.

Mereka membatalkan niat mereka.
Sehingga ke hari ini kisah banglo hilang ini masih lagi menjadi misteri. Semua cerita yang disampaikan masih tidak dapat diketahui kesahihannya.

Kini tanah kosong bekas banglo itu telah didirikan sebuah kuil.
Sehingga ke hari ini, misteri banglo yang hilang ini menjadi kisah misteri lagenda untuk penduduk setempat.

Percaya atau tidak, itu semua terpulang pada diri masing-masing tetapi sebaiknya anggap sahaja ini adalah kisah misteri rekaan sahaja.
Penjelasan yang terbaik aku dapat setakat ini selepas membaca semua artikel yang ada adalah tapak ini adalah tapak pertama yang dibina untuk menunjukkan keluasan rumah untuk satu tanah bersaiz lot banglo jadi hanya pagar dan tembok yang dibina.
Kebanyakan survey yang dibuat oleh ramai yang cuba membongkar misteri ini tidak mendapat jawapan sebenar.

Penduduk asal kawasan itu pun ramai yang mengelak untuk menjawab dan mereka yang baru berpindah masih percaya dengan kisah lagenda ini.
Benar atau tidak masih menjadi misteri dan rahsia. Sebaiknya anggap sahaja penulisan aku hanyalah satu cerita rekaan dan elakkan untuk percaya dengan perkara-perkara tahyul tapi beriman lah dengan perkara ghaib.
Sampai sini je kisah rumah banglo misteri sebab sampai sekarang takde jawapan yang kukuh dari mana mana pihak tentang status banglo tersebut.

Next thread, ada satu kisah tentang keluarga yang berbelanja di sebuah pasaraya usang.
You can follow @iffgone.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: