Tahu tak sebenarnya ramai orang yg tak boleh minum susu setelah dewasa tanpa rasa sakit? 10 ribu tahun lepas pun, hampir semua manusia tiada kebolehan minum susu yg ada laktosa.

Tapi apa yg berubah? Macammana ada orang yang boleh minum susu sekarang?

Jom baca! #MerakyatkanSains
Sewaktu kita bayi, kita memang ada kebolehan untuk hasilkan enzim laktase yang boleh memecahkan laktosa kepada dua gula ringkas iaitu glukosa dan galaktosa. Jadi kita tiada masalah untuk minum susu.

Tapi setelah kita dewasa, ramai yang tidak boleh menghasilkan enzim tersebut.
10 ribu tahun yang lalu, nenek moyang kita memang tak mampu nak minum susu tanpa rasa sakit. đŸ˜«

Tapi 3 ribu tahun lepas, di barat Eropah munculnya golongan dengan mutasi genetik yang membolehkan mereka terus menghasilkan laktase walaupun dah dewasa.
Mutasi genetik ini muncul dalam kalangan orang yang tinggal dengan lembu-lembu yang telah dijinakkan ketika itu.

Pada mulanya mungkin nenek moyang kita ketika itu pun sakit perut dan muntah-muntah ketika cuba minum susu, tetapi lama kelamaan evolusi menyebabkan sebahagian dari-
mereka memperolehi mutasi yang menyebabkan penghasilan enzim laktase berterusan sehingga mereka dewasa. Ini memberikan kelebihan kepada mereka yang ada mutasi ini untuk meneruskan hidup dan kurang risiko kebuluruan akibat kekurangan makanan.
Jadi bila orang yg ada mutasi ni boleh minum susu & lebih ramai dari kalangan yg ada mutasi yang berumur panjang akibat tidak mati disebabkan kebuluran, maka genetik ini akan diwariskan kepada keturunannya. Sekarang kebanyakan populasi di Eropah boleh minum susu tanpa rasa risau
Bukan sahaja di Eropah malah beberapa kawasan di Afrika dan juga timur tengah juga dipenuhi populasi yang boleh minum susu tanpa masalah.

Pun begitu, di tempat lain seperti Asia, masih ramai orang yg tidak boleh minum susu. Ini mungkin disebabkan keadaan mereka tidak
memaksa nenek moyang mereka hidup kebuluran dengan bekalan alternatif susu sahaja sebagai makanan menjadikan mereka tak ada mutasi genetik menghasilkan enzim laktase setelah dewasa.

Jadi kenapa laktosa menyebabkan sesetengah orang rasa sakit? Laktosa ni racun ke? đŸ€”
Jawapannya? Laktosa bukanlah racun pun. Apa yang membuatkan orang-orang sakit bila minum susu dengan laktosa ialah disebabkan laktosa tu tak dapat diserap oleh usus kecil.

Usus hanya boleh serap gula ringkas seperti glukosa dan galaktosa. Kalau gula gabungan macam laktosa-
perlu dipecahkan terlebih dahulu dengan enzim laktase. Jika tidak, laktosa akan sampai ke bahagian kolon dimana banyak bakteria disitu yang akan mencernakan laktosa dan akan membebaskan pelbagai gas seperti metana, hidrogen dan karbon dioksida yang akan menyebabkan kembung,muntah
dan sebagainya. Walaupun begitu, orang yang alah laktosa masih lagi boleh menikmati produk tenusu macam keju dan yogurt. 😆

Ini disebabkan dalam proses pembuatan keju dan yogurt, sebahagian daripada laktosa dah pun hilang dan jumlahnya terlalu sikit untuk buat anda sakit perut
Apa yang perlu anda tahu, kadar tidak toleran laktosa adalah berbeza setiap individu. Ada yang mungkin boleh minum segelas susu tanpa masalah dan ada juga yang minum setengah gelas pun dah kembung.
Jadi anda bagaimana? Golongan yang boleh minum susu atau tidak? Kalau tidak apa alternatif anda untuk dapatkan khasiat yang sama dari susu?
You can follow @tweetsains.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: