100 RT aku cerita pengalaman perit aku jadi askar..
aku nak lunch ni, korang boleh park dulu...
Aku cuba guna bahasa yang sesuai supaya temen2 ku dari indonesia gak pusing membacanya...
Aku tak sangka aku boleh jadi seorang askar. Dulu cita2 aku nak jadi pilot. Boleh bawak gadis2 cantik terbang pusing keliling awan. Tapi dah takdir aku terima je la. Mungkin sebab niat aku dah salah sebabtu tuhan letak aku dekat tempat lain hdhdbdhfbdjdh.....
Tapi aku tak kisah pun sebab jadi seorang askar salah satu list kerja yang aku minat. Aku tengok action movies dapat tembak orang sana sini huhu. Selalu dapat tembak hati orang je itu pun tersasar :(
Aku taknak lari tajuk, aku skip terus ke pusat latihan tentera. Masa ni memang jantung aku dup dap dup dap. Betul ke pilihan aku nak jadi askar ni. Macam seram je. Dengar pulak cerita kawan2 aku yang berkhidmat sebagai tentera ni kena buli, takde masa dengan family etc..
Elok je aku melangkah masuk dalam pagar camp dalam hati aku. “MAK AREP NAK BALIK!!, AREP NAK MAKAN NASI GORENG, CUCUR UDANG, PUDING CARAMEL😭
tapi apakan daya, nasi telah pun menjadi bubur adabi. Perjuangan harus diteruskan...
Aku letak barang2 aku dekat dorm, and dorm aku ni pulak paling hujung sekali bersebelahan dengan hutan. Tapi aku relax je sebab dulu2 waktu kecik aku dah biasa tidur dekat kubur cina dengan kawan2 mintak nombor manatau kena jackpot 4D 🤫🤭
Tapi tabiat tu aku dah tinggal lama. Tak baik lah berjudi, rezeki sempit. Tuhan murka. okay sambung balik, lepas aku letak barang2 aku. Aku terus salin pakaian. aku pakai boots seluar camouflage. Perghh macam hero siot. Tengok rupa dekat cermin sikit lagi boleh pecah cermin tu..
Tiba2 ada sorang corporal ketuk pintu dorm. “WOI KELUAR, DUDUK APA LAGI DEKAT SITU?” masa tu aku tengah termenung macamni. Dalam hati aku “ishh garang betul mamat ni. Mesti askar yang tersakiti”
Sebelum aku keluar, aku terjumpa sehelai kertas. Aku ambik mood macam aku nak pergi perang. Aku tulis dekat kertas tu..
Kebelakang sayang,

Sayang, maafkan abang.. Kalau sayang dapat surat ini bermaksud abang sudah tiada😔 Abang harap selepas ini sayang dapat menjalani kehidupan seperti biasa bersama anak2 kita yang tercinta❤️
Aku keluar dari dorm, Aku terus warmup. Bagi sendi2 aku bersedia nak bertempur. Mambara jiwa mempertahankan negara.
Tapi tali ni memang spoil. Aku ikat kuat dia terbuka. Ikat mati pun terbuka jugak. Ambik masa 2 jam jugak aku nak ikat. Kawan2 aku yang kain dah pergi hutan dah training aku sorang2 ikat tali ni...
Aku jumpa pondok tepi tasek. Aku duduk situ sambung ikat. Aku dah start rasa give up dengan tali ni...
Kalini aku betul2 give up. Aku marah! Aku jerit sorang2 dekat situ “SIAL PUNYA TALI!!”. Lepastu aku terjun dalam tasek tu. Pooff! aku terbangun dari tidur. Lahh mimpi rupanya.
Aku terus lari kedapur cari coco crunch makan laju2. Fuhhh!

TAMAT
You can follow @kingarep_.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: