RINGKASAN ANALISIS COVID 19 28 HARI PKP.

Berdasarkan data yang aku gather melalui sumber yang sah. Put in graph and charts so nampak menarik sikit.

Ini adalah thread:

Warning: sebenarnya tak ringkas sangat.
Sebelum tu, sumber sah yang aku gunakan adalah dua telegram channel ni.

1. CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia - https://t.me/cprckkm 

2. MKN - https://t.me/MKNRasmi 

Boleh follow utk info yang sahih.
COVID 19 ni mmg sapu bersih lah. Life kita, career, relationship, political semua affected. Setiap golongan masyarakat terkesan. Tiada yang terkecuali. Doakan agar wabak ini segera pulih dan kita boleh meneruskan hidup dengan lebih besyukur.
Hari ni aku cuma nk highlightkan based on data apa yang telah terjadi sepanjang 28 hari kita ber - PKP.

Berdasarkan jangkaan y dibuat oleh JP Morgan, sebuah bank pelaburan US, dianggarkna Malaysia akan dijangkiti dengan 6,300 kes apabila PKP Fasa 2 berakhir.
5.30 petang tadi : DG of Health Minister telah mengumumkan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia adalah 4,987 kes iaitu 1,313 kes kurang daripada jangkaan JP Morgan. Malah , kalau tengok prediction menggunakam formula graph dlm excel juga menunjukkan data sebenar jauh berbeza.
Nah aku letak lgi sekali incase korang malas scroll atas. Yang garis putus-putus tu jangkaan yang excel dah calculate. Big gap jugaklah dengan daya sebenar.
Yang paling aku suka bila line hijau tu (kes sembuh) dah melebihi line oren tu ( kes aktif). Yeay! We did it! Tp xleh seronok sgt, bila - bila masa jer akan berubah.

Meh aku share apa maksud-maksud line ni. Sebelum tu aku akan share basic data pasal covid ni.
1. kes positif COVID 19 harian.

Hari pertama : 117 kes.
Hari ke - 28 : 170 kes.

Hari terburuk kes harian tertinggi pernah direkodkan di Malaysia adalah pada Hari Ke - 9 PKP( 26 March 2020).

Malah ada 3 hari lain juga, terdapat rekod kes harian melebihi 200 kes sehari.

Iaitu:
1. hari ke-17 (3 April 2020) - 217 kes.
2. Hari ke- 6 (23 Mac 2020) - 212 kes.
3. Hari ke-16 (02 April 2020) - 208 kes.

Masa korang dok sibuk kesana kesini kesana kesini tu, ada pihak yang berdebar-debar dengan catatan kes positif civid 19 ni.
Manakala, kes harian terendah pernah dicatatkan adalah pada hari ke -7 (24 Mac 2020) dengan catatan 106 kes sahaja.

Nah aku share dengan korang graph kes. To be honest, aku x suka graph ni. Aku suka kalau semua hijau. Semua penurunan. Tp kes harian kita memang very fluctuate.
Kalau korang perasan, hari ke 10 hingga 15, kenaikan /penurunan dlm range yang rendah. It almost like we gonna make it. But no, we are not.
2. kes aktif

Next is kes aktif di mana pesakit positif covid 19 masih lagi dirawat di hospital. Masih positif.

Hari pertama PKP : 728 kes
Hari Ke-28 PKP : 2,427 kes

Yes beza memang ketara. Namun untuk kes aktif ni, kita nak lihat berapa besar portion kes aktif.
Pada permulaaannya, 92% kes covid 19 adalah kes aktif. Manakala pada hari terakhir dicatatkan sebanyak 49%.

Fuh. Still tinggi tapi aku mmg appreciate dan bangga dengan effort semua frontliner, semua rakyat utk pengurangan kes aktif ni.
Aku tengok kaler kaler mcm nk pun dah make me happy.

Korang tengoklah, awal-awal dulu sebijik pie ni, semua kes aktif punya. Satu slice jer dia bgi kat kes lain.

Kau tengok yang latest ni. Half jer weh kes aktif. Daripada almost a whole, to a half, what an achievement.
Kesinambungan kes aktif ni,aku kene tunjukkan kes sembuh pulak.Ayuh kita tengok perkembangan kes sembuh terkumpul di Malaysia.

Hari Pertama PKP : 60 kes
Hari Ke- 28 PKP : 2,478 kes

Kes sembuh tertinggi pernah dicatatkan adalah pada hari ke - 20 PKP (6 april 2020) iaitu 236 kes
Aim kita adalah untuk rapatkan gap antara kes aktif harian (merah) dan kes sembuh harian (hijau) .

Big gaps to small gaps and sometime crossing the line!

Kalau sebelum ni aim kita nak rapatkan gap, PKP fasa 3 ni utk kita terbang jauh tinggalkan kes aktif.
Esoklah sambung. Penat.
Sebenarnya semalam, aku stuck sebab ada satu graph aku x buat. So aku buat dulu jap pastu teriba ngantuk gituuuu.

Hari ni aku nak sambung topik pasal kes sembuh dan kes aktif semalam. Ala yang aku ckp pasal kita nak kecikkan gaps antara jumlah dua tu? Haaa inilah graphnya.
Nampak tak dah lorek besar ni. Pada awalnya, gaps adalah kecil, makin lama makin membesar dan akhirnya at the end of 28th , kita dah berjaya menutup gap tersebut.

Betul ke ni satu kejayaan? Nope. Ni bru macam titik neutral. Itu pentingnya PKP Fasa 3.
Walaupun ada sedikit berita gembira mengenai kes aktif dan kes sembuh, namun kita turut didukacitakan dengan kes kematian.

2 Kes kematian pertama yang dilaporkan adalah pada 17/03/2020 iaitu sehari sebelum PKP dilaksanakan melibatkan dua orang lelaki warganegara Malaysia.
Jumlah kumulatif kes kematian adalah seperti berikut:

Hari Pertama PKP : 2
Hari Ke - 28 PKP : 82

Kadar kes kematian adalah dari 0.25% pada hari pertama PKP kepada 1.64% pada hari ke - 28 PKP.
Catatan tertinggi kes kematian harian pernah direkodkan adalah 7 orang pada hari ke - 12 PKP (29 Mac 2020). Disusuli 6 kes kematian pada hari ke - 5 (22 Mac 2020) dan hari ke-14.

Hari ke 28 (14 April 2020) juga menunjukkan kes kematian yang agak tinggi iaitu 5 kes.
Berdasarkan rekod, pecahan kes kematian adalah seperti berikut.

Warganegara
- Malaysia ( 97%)
- Indonesia (1%)
- Pakistan (1%)
- Tidak dapat dikenalpasti (1%)*

*kes masih dalam siasatan PDRM.
Jantina
- lelaki (77%)
- perempuan (23%)
Umur
- Bawah 20 tahun ( 0%)
- 21 hingga 40 tahun (11%)
- 41 hingga 60 tahun (27%)
- 61 tahun dan ke atas (62%)
Boleh dikatakan warga emas yang mempunyai penyakit kronik adalah paling berisiko untuk dijangkiti dan tidak mampu melawan virus ini.

Oleh yang demikian, besarlah hati aku korang stay wherever you are, tak payah balik rumah jumpa mak ayah, atok nenek.ibarat bawak balik racun dah.
Untuk tambahan, lima negeri yang mencatatkan kes tertinggi sehingga hari ke-28 adalah seperti berikut

1. Selangor - 1,299 kes
2. WP Kuala Lumpur - 899 kes
3. Johor - 587 kes
4. Sarawak - 363 kes
5. negeri sembulan - 362 kes
Perkongsian ini bkn nk bagi korang berlapang dada. Tp untuk gusar,untuk korang imagine sendiri apa yang akan terjadi sekiranya PKP fasa 3 ni tidak dipatuhi.Harus diingatkan kita baru memasuki zon jaga-jaga,masih belum memasuki zon selesa.Bila-bila masa boleh jatuh ke zon bahaya.
Sebelum aku akhiri perkongsian ni, aku nk ucapkan terima kasih.

Kpd

- Frontliner/subfrontliner/support staff yang bertungkus lumus merawat/membantu merawat pesakit covid 19.

- pesakit covid 19 yang kuat melawan virus dalam badan. Kalu korg give up kita takkan sampai thp ni.
Dan kepada semua rakyat malaysia yang patuh dengan arahan ( tidak termasuk yang suka show off siapa paling terkesan), terima kasih kerana bertahan. 🙂
You can follow @cikpeanut.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: