Sekarang ni jadi masalah bukan pada pesakit yang kena Covid tapi bagi jenazah bagi kes biasa yang meninggal ketika musim wabak ni. Siapa-siapa yg mati mengejut, kemalangan, sakit tua etc, akan diambil darah untuk test dan tunggu result yg lama. Ada satu kisah saya nak cerita ni.
Cerita minggu lepas dalam tugasan yg saya kena uruskan. Ada seorang laki, 50-an tiba-tiba mati mengejut. Memandangkan semua kena berjaga-jaga jadi hospital terpaksa tahan untuk check darah, check itu ini untuk tau dia sakit apa. Dan paling penting, adakah dia mangsa Covid-19.
Nak dapat result tu makan masa juga rupanya dan banyak jenazah dalam peti mayat untuk tunggu pelepasan dari result makmal. Jenazah yang saya handel tu duduk 2 hari dalam peti ais. Keras jangan cakap la. Kalau karate pun boleh patah 16 siku kita ni. Nak habaq punya sejuknya tu.
Tapi itu bukan masalahnya bagi orang yang handal dalam jurus Ong-Bak macam saya ni. Saya OK ja kalau keras ka apa. Tapi jenazah tu entah macam mana darah keluar dari rongga muka dia. Membeku bersama darah yang penuh bertakungan di muka. Saya pun tak perasan sebab dalam body bag.
Untuk kali ni semua jenazah ada dalam body bag takut ada Covid ka apa. Kalau tak, bungkus pakai kain ja. Kalau ada darah pun memang perasan la. Jadi macam biasa saya panggil waris untuk periksa jenazah. Buat pengecaman takut saya salah mandi jenazah lagi macam hari tu..Kahkahkah.
Seorang wanita dan dua anaknya masuk. Tanpa air mata atau apa. Mereka kelihatan tenang. Saya biasa tengok macam-macam jenis orang di dalam bilik jenazah. Meratap, menangis, senyum dan ada yang terkentut sebab tak tahan sangat. Jadi riak wajah begitu mungkin ada ceritanya sendiri.
Masa saya buka body bag tu la yang membuatkan saya terperanjat sebab separuh wajahnya bertakungan darah yang membeku. Nokhareee... Kata saya dalam hati. Saya tak boleh nak basuh darah tu sebab jenazah ada atas strecher ja. Tapi isterinya mengangguk kata itu betul suaminya.
Lega sikit sebab wanita tu kelihatan tenang menerima segala macam dugaan. Kalau kena kat orang lain yang lemah semangat mungkin menangis ingat scene dalam mastika ka apa la kan. Tiba-tiba ubah jadi mesin hampagas ka, bread maker ka apa tak tau. Tapi dia rilekssss. Rileks sangat.
Wanita tu pun keluar dari bilik jenazah dan tiba-tiba masuk sorang wanita dengan anaknya berdiri di tepi jenazah dengan wajah yang mengah. Seperti baru habis tarian zumba lagaknya. Funky dan pop. Peluhnya bermanik di dahi. Dia melihat jenazah dan memegang dadanya yang sebak.
Saya terkedu sejenak dan bertanya jika dia adalah adik atau saudara kepada arwah. Dia menggeleng lemah. Saya isteri ke-2 nya, kata wanita itu sebak. Saya mereguk liur dan mengangguk perlahan. Melihat tanpa lepas peluh yang bersatu bersama air matanya. Wanita itu berlalu ke sisi.
Baru saja saya mahu menolak stretcher ke tempat mandian, seorang gadis meluru masuk. Dia lebih muda berbanding yang lain. Gadis petite dalam skala 10/10, wajahnya ada sedikit jerawat tapi ok la taknak komen pasal tu sebab semua wanita adalah sempurna kan babe? Is it? No? K...
Gadis itu menangis dengan air mata yg lebih lebat berbanding wanita sebelumnya. Mungkin itu anaknya yg sulung dan manja. Saya mengatakan semua akan baik2 saja. Ayahnya pergi dgn tenang. Gadis itu merenung dgn pandangan membunuh. Ini suami saya, katanya. Fak... Kata saya perlahan.
Saya melihat ketiga-tiga wanita yang berada di dalam bilik tersebut dengan senyuman kelat dan cuba untuk mengatakan sesuatu namun hampehhh. Saya tak mampu untuk mencipta sebarang ayat lagi. Lidah menjadi kelu. Saya bagaikan tersepit di dalam segitiga bermuda.
Ruang dingin itu menjadi hangat dan membara. Aura kejahatan, dendam dan pertarungan yang berapi di dada wanita-wanita ini terledak apabila mereka berada di dalam satu ruang yang sama buat pertama kali. Tiba-tiba belum sempat saya bersuara, seorang lagi gadis muncul di muka pintu.
Ahh sudah. Apa lagi dugaan ni ya Allohhh? Getus saya. Gadis itu masuk dan berdiri di sisi jenazah. Dia melihat satu persatu wajah di dalam bilik. Ketiga-tiga isterinya merasa hairan dan dilambung amarah. Saya tak fikir mereka bertiga kenal dari raut wajah mereka yang terpinga.
Perlahan saya menolak stretcher jenazah ke belakang sikit takut mayat bangun dan melarikan diri dari bilik. Saya tak boleh mengambil risiko sekarang. Saya memberanikan diri dan terketar bertanya,

Err..Isteri ke-4 dia ka ni?

Bukan pak. Saya cleaner, nak ambil pakaian kotor saja
Gahdemmit! Saya sepatutnya tau benda ni akan datang tapi saya terlalu buta untuk menyedarinya. Saya menghembus nafas kelegaan. Bersyukur lalu menyapu peluh yang membasah di wajah. Saya merenung wajah jenazah itu kembali. Wajahnya kelihatan bercahaya. (Dari lampu spotlight)

TAMAT
You can follow @HasrulRizwan.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: