Pesawat paling besar atas planet ni bukanlah buatan Amerika tapi dibina oleh Kesatuan Soviet.

Sempena menghilangkan bosan PKP+
Ini adalah bebenang Antonov An225 Myria (NATO reporting name : Cossack) yg singgah di KLIA minggu ni.
Antonov An225 adalah pesawat pengangkut strategik yg dibina oleh Biro Rekabentuk Antonov di Ukraine SSR sewaktu era Kesatuan Soviet. Ia asalnya dibina untuk mengangkut shuttle angkasa Buran dan booster roket Energiya sekitar lewat tahun 80an.
Setelah runtuhnya Kesatuan Soviet pada awal 1990an, pesawat ini terbiar dan tidak digunakan. Salah satu sebabnya adalah program Buran dihentikan dan keadaan ekonomi Russia dan negara bekas satelit Soviet ketika itu amat teruk maka program ultra mahal seperti ini dihentikan.
Hanya sebuah sahaja pesawat An225 ini yang siap dan beroperasi. Selepas disimpan selama 8 tahun, akhirnya pesawat ini diaktifkan semula oleh Ukraine sebagai pesawat pengangkut logistik berat untuk kegunaan komersial pada tahun 2000.
An225 dilengkapi 6 enjin turbofan D-18T Progress. Ia mampu menjana sehingga 229.5kN tujahan setiap satunya dan berat maksimum ketika berlepas adalah 640 000kg. An225 memegang beberapa rekod dunia dan masih belum dipecahkan oleh mana-mana pesawat lain.
Antaranya, rekod membawa satu unit kargo seberat 189 tan. Rekod ini melibatkan An225 mengangkut sebuah generator untuk sebuah stesen janakuasa. Kargo berat lain seperti compressor, badan pesawat, keretapi,struktur untuk loji minyak dan stok makanan utk bantuan bencana juga dibawa
Keupayaan membawa kargo berat dan besar ini disebabkan oleh ruangan kargo dalaman An225 itu sendiri. Sewaktu ujian pengesahan penerbangan, pesawat ini membawa 4 buah kereta kebal seberat 60 tan setiap satu menjadikan jumlah berat keseluruhan 240tan. Ruangannya bersaiz 1300m3.s
Bayangkan ruangan bertekanan udara yg boleh memuatkan 50 buah kereta atau 16 buah kontena piawai aeronautik atau satu unit kargo seberat 200 tan. Saiznya memang sesuai untuk tugasan penghantaran kargo udara skala besar. Kome boleh tgk mcm mana kargo dipunggah muat ke pesawat.
Selain itu, bahagian hadapan pesawat boleh ditundukkan untuk membawa keluar masuk kargo yg dikehendaki. Ini dibantu oleh gear pendaratan yg boleh merendahkan pesawat untuk membolehkan tanjakan kargo diturunkan dan kargo dipunggahmuat.
Selain ruangan kargo dalaman pesawat, An225 juga boleh membawa kargo diatas fiuslaj pesawat itu sendiri. Kargo bersaiz 70m boleh ditempatkan dibahagian atas pesawat tanpa sebarang masalah. Keupayaan ini berkait rapat dengan tujuan asal An225 yg dibina utk membawa pesawat Buran.
Sebagai satu2nya pesawat kargo ultra berat, ia digunakan oleh pelbagai syarikat malah pihak tentera Amerika juga menggunakan khidmat pesawat ini untuk membawa material perang dan bekalan makanan utk tentera mereka di Timur Tengah. Saiznya menjadi perhatian ramai peminat pesawat.
An225 adalah legasi program angkasa lepas Kesatuan Soviet yg tidak menjadi kenyataan tetapi kini ia menjadi pesawat kargo yg banyak membantu usaha kemanusiaan pihak PBB. Saiznya sehingga kini masih belum dapat ditandingi oleh pesawat lain dan rekodnya masih belum dipecahkan.
Pesawat ini memegang 30 rekod dunia. Salah satunya adalah lebar sayap 88.4m untuk pesawat yg masih beroperasi dan berat berlepas 600 tan, rekod tak terkalahkan.
Airbus A380 masih tak dapat tanding rekod An225. Ada sebenarnya pesawat yg lebih besar dari An225 tapi dah jadi muzium.
Legasi Kesatuan Soviet ini mungkim akan terus terbang sehingga 2033. Setakat ini, sebuah saja An225 yg wujud. Sebuah lagi pesawat ada, tapi 70% siap. Dana untuk siapkan tak ada sejak Kesatuan Soviet runtuh. Konflik Rusia-Ukraine juga melambatkan usaha menyiapkan pesawat no.2
China ada cuba untuk bantu siapkan pesawat kedua tapi juga hadapi masalah dana. Boeing juga bercadang untuk bantu siapkan An225 kedua tapi masih belum ada berita positif. Jadi untuk sementara kita layan satu2nya An225 raksasa yg ada.

Sekain.
Selamat PKP+
Sorry den silap. An225 datang KLIA tahun 2018.

Yang mai KLIA adalah An125 Ruslan.

Sekain ampun maap.
Antonov An 124 Ruslan yg mai KLIA ni pun sebenarnya pesawat kargo yang besar juga. An 225 adalah pesawat yg derived dari An 124 Ruslan khusus untuk program angkasa lepas USSR. An124 adalah strategic airlifter untuk Angkatan Udara USSR dan kemudian Russia.
Perbezaan ketara antara 225 dan 124 adalah konfigurasi enjin dan kedudukan vertical stabilizer atau ekor pesawat. Semua pesawat An 124 menggunakan 4 enjin turbofan berbeza dengan An225 yg mempunyai 6 enjin. An225 pun sebenarnya adalah enlarged An124.
Untuk 30 tahun,
An124 adalah pesawat pengangkut paling berat selepas An225,dan An124 kekal sbg pesawat pengangkut tentera terbesar dunia.
Comparable aircraft dari segi tugas dan kapasiti kargo untuk strategic airlifter adalah Lockheed C5 Galaxy.
An124 seperti mana An225 juga digunakan oleh Ukraine sebagai pesawat kargo berat. Antonov AIrlines mempunyai 7 buah An124 utk kegunaan awam.
Pencabar terdekat Antonov adalah Volga-Dnepr dgn 12 buah An124.
Pengguna terbesar An124 adalah angkatan udara Russia dgn 26 buah pesawat.
Amerika Syarikat juga mempunyai pesawat kargo strategik seperti An124. Rupanya lebih kurang sama dan saiznya kurang 10 000kg dari An124 Ruslan. Namun C5 Galaxy tersenarai sbg antara pesawat pengangkut terbesar dunia bersama An124 dan An225.
Ok selesai pasal pesawat kargo ultra berat.
Den silap sebab An225 datang Malaysia tahun 2016 dan 2018 tapi tertulis mai minggu ni pdhal yg mai tu An124. Tahun ni takdak tapi mana tau sbb China dah charter An225 utk bawa bekalan perubatan ke Eropah. Ade rezeki dia mai.

Sekain.
You can follow @FarisJamalFJ.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: