Melarang Suami Berpoligami Dengan Perjanjian Lafaz Taqliq
Peruntukan perceraian secara Ta'liq ada dinyatakan di dalam Undang-undang Keluarga Islam Negeri-Negeri.
Peruntukan perceraian secara Ta'liq ada dinyatakan di dalam Undang-undang Keluarga Islam Negeri-Negeri.
Meletakkan syarat melarang suami berpoligami dalam perjanjian Ta’liq bukanlah sesuatu yang baharu dipraktiskan atau praktis yang dilarang, malah ia dibenarkan untuk mengelakkan daripada berlakunya kezaliman dan penindasan terhadap hak wanita dan anak-anak.
Secara realitinya, kaum wanita yang terlibat dalam poligami mengalami pelbagai masalah akibat kegagalan suami berlaku adil.
Malah, menurut kajian bertajuk 'Persepsi dan Realiti: Hak peribadi dan awam wanita Muslim di Malaysia oleh Sisters in Islam, 40% wanita Islam di Malaysia tidak bersetuju dengan praktis poligami oleh lelaki.
dan seramai 38% daripada 70% wanita Islam di Malaysia yang setuju dengan praktis poligami oleh kaum lelaki, tidak mahu poligami berlaku kepada mereka. Secara keseluruhan, seramai 78% wanita Islam di Malaysia tidak bersetuju dengan poligami atau tidak ingin terlibat dalam poligami
Justeru itu, perceraian dibawah perjanjian lafaz Ta’liq merupakan alternatif untuk kaum wanita mengelakkan diri dari dianiayai.
Sukaynah binti Husein, cicit Nabi SAW sendiri telah meletakkan salah satu syarat untuk berkahwin dengan beliau adalah supaya beliau tidak dimadukan.
Beliau telah berkahwin lebih dari 4 kali dengan lelaki-lelaki yang berbeza kerana setiap kali beliau bernikah dengan seseorang, suaminya itu akan ingkar janji dan berkahwin lain dan Sukaynah akan menuntut cerai setiap kali.
Ibn Qudamah menyatakan dalam kitabnya Al Mughni, syarat nikah terbahagi kepada tiga, salah satunya adalah janji yang wajib dipenuhi, iaitu apa apa yang manfaat dan faedahnya adalah untuk perempuan yang dinikahi seperti disyaratkan perempuan itu tidak dikeluarkan daripada rumahnya
atau negerinya, bermusafir dengannya, tidak berkahwin lain dan tidak keluar tanpa pengetahuannya. Syarat ini wajib dipenuhi oleh si suami. Jika dia tidak mematuhi janji tersebut, maka adalah hak perempuan tersebut untuk membatalkan nikah.
Ini diriwayatkan oleh Umar, Sa'ad bin Abi Waqqas, Mu'awaiyah dan 'Amr bin Al 'As.
Terdapat alternatif lain dibawah Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri untuk menuntut cerai jika suami tidak berlaku adil di dalam poligami seperti menuntut perceraian melalui tuntutan Fasakh.
Dalam keadaan yang ideal, di mana pihak-pihak tidak bergaduh atau sanggup bercerai secara baik dan boleh bawa berbincang, pasangan boleh lafaz Talaq di mahkamah dan proses perceraian boleh selesai dalam masa sehari.
Walaubagaimanpun, seperti yang dialami oleh kebanyakan wanita Islam di Malaysia, suami mereka berpoligami tanpa kebenaran atau pengetahuan mereka, mereka dinafikan dari hak bermalam yang adil, hak nafkah isteri dan anak anak juga culas
kerana si suami tidak mampu menanggung kewangan untuk dua keluarga atau lebih, suami semakin bersikap baran dan kasar terhadap isteri pertama dan anak-anak dan ada juga suami yang sama sekali tidak mengambil endah tentang keluarga pertama setelah berkahwin lain.
Ini adalah senario yang dihadapi hari-hari oleh kaum wanita, peruntukan Ta’liq dibawah Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri hendaklah digunakan sebaiknya oleh kaum wanita bagi menjaga hak anda sebagai seorang isteri.
Pesanan Rasulullah ﷺ yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah RA:
اتَّقُوا اللهَ فِي النِّسَاءِ، فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانَةِ اللهِ، وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللهِ، وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
اتَّقُوا اللهَ فِي النِّسَاءِ، فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانَةِ اللهِ، وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللهِ، وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: “Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah tentang urusan wanita, sesungguhnya kalian telah mengambil mereka dengan amanah Allah, dan telah halal bermesraan secara seksual bagi kaum dengan kalimah Allah...
... dan ke menjadi tanggungjawab kamu untuk memberikan nafkah rezeki kepada mereka dan pakaian dengan ukuran yang makruf.”
Riwayat al-Nasaie (no. 9135)
Riwayat al-Nasaie (no. 9135)
Meletakkan syarat tidak boleh berpoligami di dalam perjanjian lafaz Ta’liq merupakan satu alternatif dan langkah berjaga-jaga kepada kaum wanita yang diberikan oleh Islam untuk menjamin keselamatan dan keadilan untuk diri mereka.
Hendaklah kita sebagai kaum wanita menggunakannya sebaik mungkin.
#KetahuiHakAnda #Telenisa #KhidmatGuamanPercuma
#KetahuiHakAnda #Telenisa #KhidmatGuamanPercuma