So tadi first time join kelas @AdDien90 but before ni selalu je baca notes dari orang yang pernah join live ustaz. But today I nak share pulak hehe. Its very fascinating sebab ustaz ad dien cerita ttg kisah Nabi Hud.
Well basically I rasa semua maybe tahu kut kisah Nabi Hud a.s tapi tadi ustaz cerita macam secara detail lah. I akan cerita but secara ringkas sebab takut salah facts ke apa ke. I akan cerita point penting je.
Before that, kita kena lah tahu siapa Kaum Aad ni, mereka ni dari negeri Aahqaf dan tinggal dalam kawasan kota Iram. Korang boleh bayang tak mereka ni memang lagi besar dari umat sebelum mereka. Sampai boleh cecah 50m (kalau tak silap) can you guys imagine that ?!
Mereka ni memang besar lah, and berkuasa. Sebab mereka ni mmg kuat. Bayangkan kalau dorang nak hapuskan satu perkampungan, hanya perlukan seorang je dari mereka. Bila mereka rasa mereka ni berkuasa so dorang ni berlagak lah.
Mereka ni menyembah berhala tau, so diutuskan lah kepada Kaum Aad ni, Nabi Hud a.s untuk tolong dorang ni. Sembah kepada Allah. Berbalik ke jalan Allah. Korang tahu tak apa Kaum Aad ni buat ? Dorang sindir Nabi Hud a.s tau. Setiap kali Nabi Hud tegur, setiap tu lah mereka sindir.
Sampai satu masa, Kaum Aad ni dah tak sindir tapi mereka cabar. Ada satu ayat dari Nabi Hud a.s buat I rasa takut dengar, " janganlah kamu menyembah benda lain selain Allah. Aku risau akan azab pedih yang menanti. "
Korang tahu apa yang Kaum Aad kata ? " Bawakan kepada kami benda yang kamu ancam." Means mereka ni cabar supaya Allah turunkan bala sebagai bukti tau. Bak kata ustaz @AdDien90 mereka memang buat silap 😂 cari nahas betul tau.
Nabi Hud ni selalu bagi nasihat sampai lama lama Nabi Hud sendiri taknak amik port dah pasal Kaum Aad ni. Korang tahu apa jadi lepas tu ? Negeri mereka KEMARAU SELAMA 3 TAHUN. Sedangkan negeri mereka tu sebuah negeri yang subur tau. TAK TURUN HUJAN WALAU SEKALI PUN.
So pemimpin kaum Aad ni berdoa kat berhala agar diturunkan hujan. Few days later, datanglah 3 awan yang BESAR dengan WARNA YANG BERBEZA. Ada suara suara yang suruh Kaum Aad pilih awan warna apa yang dorang nak. Ada warna merah, putih and hitam. Kalau korang, pilih warna apa ?
Jadi kaum Aad pilih warna hitam, well simbolik lah kan kalau hujan biasanya awan gelap. Few days later datang lah awan yang gelap, so dorang ni happy lah sebab dorang fikir hujan akan turun TAPI MEREKA SILAP ! Awan tersebut bawak angin yang sangat kuat. Dan ada dua jenis awan.
Angin yang pertama, angin yang sangat sejuk. Like I said before, Kaum Aad ni badan mereka mmg besar, cecah 50m kut, tapi bila kena angin tu, dorang boleh MELAYANG. CAN YOU GUYS IMAGINE BETAPA KUATNYA ANGIN TU SAMPAI KAUM AAD NI BOLEH MELAYANG ?!
Mereka yang melayang terkena angin ni, kepalanya pecah organ terkeluar ibarat macam pokok kurma yang takde isi (something like that lah ustaz addien kata tadi).
And ada lah jugak yang sempat menyorok tapi korang ingat selamat ke ? SUDAH TENTU TIDAK.
Datang lah angin kedua, angin yang sejuk + panas ( macam taufan berapi something like that ). Allah perintah kan supaya angin ni cari setiap Kaum Aad yang sembunyi ni jangan terlepas satu pun. Masa ni, Nabi Hud dah bersembunyi di satu tempat bersama beberapa pengikutnya.
Amazingly, angin tu tak pernah lalu pun di tempat Nabi Hud bersembunyi.
I rasa sedih dengan kisah ni sebab masa kemarau tu, Nabi Hud tetap datang lagi and minta mereka istighfar je dan Allah boleh bagi lebih lagi kekayaan dari apa yang mereka ada masa tu. Mereka tetap taknak. Nampak tak Allah bagi lagi masa untuk mereka berubah.
Mereka tetap sombong. Allah hantar angin je nak hancurkan Kaum Aad. Satu lagi sharing ustaz addien yang buat I tersentuh bila Nabi SAW sendiri berubah air muka bila nampak awan gelap dan angin kencang kerana teringatkan ttg Kaum Aad.
Nabi SAW akan berdoa agar awan dan angin yang datang bukan lah bala tapi manfaat kepada mereka. Funny thing is, I rasa macam kita ni sedar tak sedar dah macam Kaum Aad. Kaum Aad ni penuh dengan sifat Takabbur disebabkan nikmat yang Allah pinjamkan kepada mereka.
Ustaz addien kata, Allah bagi kita kesenangan sebab Allah nak kita bersyukur kepadaNya. Benda dah jadi dalam realiti. Terlalu mencabar kuasa Allah.
Korang bayangkan, kaum Aad ni buat bangunan besar besar tapi sia sia sebab bukannya dorang duduk pun kat situ. Hanya sebagai tanda betapa gahnya mereka.
Apa yang I dapat, apa je nikmat Allah bagi kita bersyukur. Kalau Allah bagi lebih, kita kena rendah diri sebab semua tu mmg datang dari Allah. Gunakan nikmat tu ke arah yang baik dan memberi kebaikan kepada semua orang.
Lastly, ustaz Addien kata dari umat terdahulu pun kita boleh nampak Allah ni bagi bala melalui benda mekanisma kecik je macam air, angin and zaman sekarang Allah hantar virus benda yang kita tak boleh nampak.
Semoga kita semua istiqamah dan tak ikut macam Kaum Aad. I just hope yang korang dapat isi yang I try nak sampaikan dari ustaz addien and for ustaz @AdDien90 sorry kalau tak betul sangat hehe. I just want to share ilmu yang I dapat.
I hope kisah ni boleh bagi pengajaran and im already tak sabar untuk next session with ustaz @AdDien90 !!
You can follow @theNinishhh_.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: