Bajet RM300 untuk Makeover Bilik (DIY). Tema monochrome+gold.

p/s: Furniture dalam bilik hampir kesemuanya adalah lama hanya diberi nafas baru gituh :)

Ini adalah THREAD ....
Sebelum korang kecam asal bilik aku macam tongkang pecah, time ni aku dah start slow2 untuk sorting barang untuk dikemas etc. Tu je gambar sebelum yang aku ada. Hahaha. Kebanyakan perabot aku semua dalam keadaan baik. so kira kasi warna baru je 😇
Ini adalah selepas di ’makeover’ dengan tema simple, monochrome+gold . Sebabkan ini bilik kat rumah parent aku, and aku hanya balik bila cuti panjang atau weekend, aku decide taknak terlalu nampak semak sebab tak selalu ada sini, So aku pilih untuk keep it simple and clean .
So thread pun kata DIY, apa projek DIY yang aku buat. Taksemua benda kalau kita nak makeover sesuatu ruang kena baru. Kasi ‘new look’ untuk perabot lama pun boleh!
Yang pertama kasi spray drawer lama aku ni.Dari biru ke gold. Kos RM5.55/can aku pakai 3can.
Next, aku repaint aku punya wardrobe.Mulanya aku nak go concept of ‘open wardrobe’ tapi fikir2 balik aku takda nanti berhabuk plak baju2. So kita repaint je almari ni. Outcome pun nice. Untuk paint aku beli dua cat minyak(glossy paint) warna hitam dan putih. Total RM66.
Untuk dinding bilik memang sebelum ni warna putih, aku just touchup balik dinding skit2. Aku paint juga pintu jadi putih and frame dia hitam. Bingkai tingkap pun aku repaint putih. Warna asal kelabu. Ideanya nak nampak flow bilik smooth sebab colour sama dengan dinding.
projek paling mkn duit dlm makeover bilik aku,flooring. Aku memang dah lama usha nak tukar ke vinyl flooring ni. and aku buat pilihan bijak sebab semart doo. hahahaha bilik jadi WOW terus. hahaha.Aku pakai 5kotak(16pcs/kotak) dengan kos RM29x5. Kapet prima nilai3 beli online
Untuk ala2 feature wall, aku decide untuk letak 2-3 frame lain size. Tapi gambar2 aku belum print lagi. tu frame masih kosong. hehe. Frame ni pun frame lama, colour dia campur2. aku repaint semua ke hitam. Style la juga bila dah gantung tu. Cuma lagi style klau ada gmbar
Barang deco ada juga aku beli, antaranya kotak kasut RM2.50/box beli 10.Fairylight rm8(10M). Bedsheet+quilt cover RM34(kualiti tiptop n lembut gk). Kapet bulu RM18.Semua online.Grid tu aku diy dari besi lama aku repaint hitam setel. katil aku pun aku repaint hitam,aslnya merah.
Lagi sekali semua barang dalam bilik ni adalah brg2 lama, misalnya katil/tilam/cermin stand/almari/drawer/meja/bidai.kalau korang perasan kat katil aku letak cermin,tu pun diy sebab nak cover storage box brg2 aku. susun cantik2 then cover so nampak la kemas dan ruang jdi besar
So itu saja aku rasa yang aku spend dan buat. Time rmo ni function gak la aku. hahahah gigih tau tunggu abang posmen hntr barang. So korang yang tgh makeover bilik tu, boleh ah drop gmbr. nak tengok juga. :)
Tq sudi baca thread aku. Boleh follow ig aku @ffarisjaffar.
aku buat sidejob video editor/deco space dan sebagainya yang aku rasa aku boleh buat. Pape roger je. hehehe.
Boleh tengok video "room tour" kat insta aku.(nnti aku post)
Also aku jual 3barang ni. Semua takpakai lagi. Hanging rack kaler hitam,benda gantung tu. and kapet kaler biru. Price range rm20-40 je. Pape dm oki😊
You can follow @ffarisjaffar.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: