Saya nak kongsi apa itu Internet 5G.

5G merujuk pada generasi ke-5 internet yang lebih laju daripada sebelum ini. Setakat Januari 2020, 5G telah mencapai kelajuan setinggi 1.8 Gbps.

#UntaianZM
Nak faham konsep kelajuan internet kena faham konsep asas dalam fizik iaitu gelombang dan frekuensi. Dua konsep ini berkait sebenarnya.

5G lebih laju sebab frekuensinya lebih tinggi berbanding dengan generasi internet sebelum ini. Macam mana nak faham konsep frekuensi ini?
Analogi paling mudah ialah dengan tepuk tangan. Contohnya, 30 tepukan sesaat lebih laju berbanding 5 tepukan sesaat. Anda lebih dapat banyak maklumat dalam masa sesaat apabila frekuensinya tinggi. Ini definisi kelajuan sebenarnya iaitu kapasiti penghantaran/penerimaan maklumat.
3G/4G lebih perlahan berbanding 5G sebab ia mempunyai frekuensi yang rendah. Apabila frekuensi rendah, kapasitinya untuk menghantar/menerima maklumat lebih rendah.

Tapi, walaupun 5G lebih laju berbanding generasi internet sebelum ini, ia ada kontranya iaitu gelombangnya pendek.
Dalam fizik, kalau frekuensi tinggi, gelombagnya akan pendek. Jadi, kalau gelombang pendek, jarak liputannya (coverage distance) akan jadi pendek. 5G mempunyai jarak liputan sekitar 300 meter saja. Manakala 4G pula mempunyai jarak liputan sekitar 16 km.
Jadi, kalau nak buat 5G dapat diakses untuk semua pengguna, kena buat banyak pencawang ataupun pasang peranti.

Walaupun 5G tak dapat pergi lebih jauh, ia mempunyai jalur lebar (bandwidth) yang besar sebab frekuensi yang tinggi.
Apabila besar, banyak pengguna boleh guna internet yang laju dalam satu pencawang. Kalau nak banding dengan 4G, satu pencawang, tak ramai sangat boleh guna. Kalau ramai guna internet, internet akan jadi lambat. Biasa kan kalau ramai sangat orang, internet jadi perlahan.
5G - internet laju sebab kapasiti besar, banyak pengguna boleh pakai internet dalam jarak dekat, tak boleh buat liputan jarak jauh.

4G - internet lebih perlahan sebab kapasiti lebih kecil, tak banyak pengguna boleh guna internet dalam 1 pencawang, boleh buat liputan jarak jauh.
Kalau fikirkan semula, internet laju² nak buat apa kan. Dapat 100 Mbps pun jenuh fikir tak tahu nak buat apa.

5G sebenarnya kita bangunkan sebab nak jayakan sistem pintar (smart system), IoT yang melibatkan A.I. Benda ini libatkan maklumat yang banyak, itu kegunaan sebenar 5G.
You can follow @zamirmohyedin.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: