All right, Adventure Photography. First of all, aku memang tak qualified pun nak cakap pasal benda ni tp ini yg selalu ditanya dalam dm atau di mana2 😂. So this is what I know so far from my tiny experience.
Adventure photography ialah satu genre fotografi yang mendokumentasikan pengembaraan. Bisanya elemen aktiviti outdoor dan alam semula jadi selalu digabungkan dalam genre ni. So kalau korang memang gila hiking, berkayak, solo road trip, camping, ini memang untuk korang.
So how to start? Simple. Get outside, do something fun, and photograph it. Pilih aktiviti yang korang rasa seronok dan adventurous. Kalau suka laut, go for surfing. Kalau suka gunung, go for hiking.
Boleh buat duit ke? Yes, kalau korang pandai. Kat luar sana ada beribu local and international outdoor/tourism companies yg korang boleh approach/collaborate untuk hasilkan gambar. Korang jugak boleh dapat income melalui penjualan prints.
So korang dah faham sikit kan pasal fotografi pengembaraan? Jom beralih pada tips. Ini apa yg aku belajar sendiri dan kesilapan yg aku pernah buat dulu dalam bidang ni. Jadi korang tak perlu dah ulang kesilapan sama. 😁
1. Elakkan dari pergi ke spot2 yg popular dan crowded. Go somewhere yang orang tak pernah explore atau tak pernah tengok pun sebelum ni. Itu yang akan jadikan korang unik. Tak payah pergi jauh, kat Malaysia pun ada banyak sebenarnya hidden gems.
2. Hulur tangan depan kamera, berdiri tegak kat tengah2 frame. Ya aku pun pernah buat 😂. Tanpa kita sedar, gambar2 macam ni dah berjuta sebenarnya orang buat. Itulah membuatkan karya kita agak susah untuk stands out from the rest. Strive to create something unique & different.
3. Elemen manusia akan membuatkan viewers rasa yang mereka seolah2 berada dalam gambar tu. So kalau lepas ni ambik gambar landscape, try masukkan orang dalam tu. Gambar korang akan naik pada satu level yang lain.
4. Blue hour ialah waktu sebelum matahari terbit dan selepas matahari terbenam. Pada waktu ni, langit kebiasaannya berwarna merah jambu dan perlahan2 bertukar ke warna biru. Kalau korang nak gambar korang nampak dreamy dan lembut, inilah waktu yang paling sesuai.
5. Kalau environment waktu shooting agak gelap contohnya sewaktu blue hour, penggunaan cahaya artificial boleh membantu. Contohnya headlamp, cahaya dari campfire atau lampu kereta. Selain menambah sumber cahaya, ia akan support penceritaan & menambah layer of interest dlm gambar.
6. Hujan sangat sinonim dengan kita di Malaysia.Tapi dalam fotografi, it can be a curse and also a blessing. It's a curse kerana tiadanya cahaya dari matahari but it's a blessing dengan adanya kabus. Kabus boleh membuat sesuatu gambar nampak lebih atmospheric dan minimalistic.
7. Biasakan tanya diri sendiri bila edit sesuatu gambar, "Kalau aku tengok balik gambar ni 20 tahun akan datang, aku akan cringe tak?" Edit seminima yang boleh. Tips dia, kalau kita edit gambar tu lebih dari 15 minit, the photo itself is not good enough.
That's all 😁. Hope you guys learned something from this thread and try out this genre of photography. Adventure is out there 😁🤘🏽
You can follow @rafiqsfarhan.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: