Dia macam ni tau. Aku ni ada diagnosis penyakit mental. Surat ada, kena tahan wad pun pernah. Dengar suara suruh aku terjun bangunan pun pernah.

Tapi tu la, bila tengok tweet macam ni, betul la orang cakap. Budak generasi aku ni suka betul buat teruk. https://twitter.com/ASPM1997/status/1249300289032556544
Ya, tahu. Kesihatan mental tu penting. Aku pun anggap aku ni aktivis kesihatan mental tapi fikir prioriti dulu. Waktu wabak ni, atau waktu orang tengah perang, semua kena hadap tahi yang sama.

Korang tak special pun. Nak berlumba kebodohan dengan kluster kayangan ke cane.
Bukannya universiti tak jaga korang pun. Khidmat kaunselor dengan psikiatris pun ada. Makanan setiap hari dapat. Aku pun nak balik jugak, tapi pada masa yang sama lagi elok kalau aku duduk dalam uni dulu sampai wabak dah reda.
Kalau bosan baca la buku ke, main gitar ke, ambil udara segar waktu pagi etc. Belajar skill baru dan sebagainya. Kalau rasa terganggu sanagt, jumpa psikiatris. Bukannya pergi buat teruk. Semua orang tengah lalui benda yang sama.
Aku pun boleh je nak buat teruk, tapi tu selesaikan masalah tak? Tak kan?

Waktu waktu macam ni la korang boleh belajar macam mana nak jadi pahlawan. Jangan jadi penakut.
You can follow @ammardathinker.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: