SEJARAH NINTENDO

Setiap kali bila mendengar nama jenama ini, awak semua mesti membayangkan permainan video seperti Super Mario, The Legends Of Zelda atau Pokémon.

Tapi tahukah awak ia bermula sebagai syarikat pembuat kad, pengusaha hotel, syarikat teksi dan pengusaha restoran?
Nintendo (任天堂) bermaksud "serahkan pada dewa untuk tuah". Ia bermula sebagai sebuah syarikat pembuat kad hanafuda, iaitu sejenis kad daun terup versi Jepun yang digunakan untuk berjudi.

Ia diasaskan oleh Fusajiro Yamauchi pada 23 September 1889.
Hanafuda yang bermaksud "kad bunga", berasal dari permainan karuta (かるた) yang datangnya dari pengaruh pedagang Portugis yang datang ke Hiroshima.

Permainan daun terup ini popular sehingga terdapat versi untuk warga Jepun sendiri.
Saya ada menulis tentang sejarah kehadiran pedagang Portugis di Jepun dalam thread Sejarah Tempura, boleh baca di sini: https://twitter.com/PopPelangi/status/1215848011651145730?s=19
Permainan kad atau karuta ini diharamkan oleh Shogun Tokugawa pada 1648 kerana perjudian seringkali menyebabkan masalah dalam masyarakat.

Bagaimanapun orang mencipta pusat judi haram dan menggunakan hanafuda sebagai galang gantinya.
Syarikat itu dikenali sebagai Yamauchi Nintendo Co Ltd pada tahun 1933, dan ia juga pernah menganjurkan permainan daun terup peringkat nasional yang dipanggil Nintendo Cup.

Bagaimanapun segalanya berakhir selepas Perang Dunia Kedua apabila Jepun tewas dalam peperangan.
Pada tahun 1956, Hiroshi Yamauchi, cucu kepada Fujisaro telah melawat Amerika Syarikat untuk cuba mempromosi hanafuda di sana. Malangnya beliau melihat perniagaan permainan kad ini tidak ada masa depan.

Melihat itu, Hiroshi cuba mencari jalan keluar untuk selamatkan Nintendo.
Pada tahun 1964, Tokyo menjadi tuan rumah Sukan Olimpik. Disebabkan Tokyo ini bandar yang luas, maka perkhidmatan teksi sangat menguntungkan, terutamanya untuk kawasan yang tidak ada stesen kereta api.

Nintendo menceburi bidang perhotelan dan teksi pada 1963.
Pun begitu perniagaan mereka masih lagi menjual kad, dan disebabkan itu, saham mereka pun merosot dan mengalami kerugian yang teruk.

Nintendo cuba dalam perniagaan menjual permainan dan restoran, namun dalam hal permainan, persaingan hebat dengan Bandai menyebabkan ia gagal.
Sementara restoran pula juga gagal.

Sehinggalah pada tahun 1972, pertemuan Hiroshi dengan CEO Magnavox, Ralph H Baer dimana Magnavox mencipta konsul permainan video pertama.

Antara permainan yang popular dikeluarkan oleh Magnavox ialah Pong.
Dengan menjadi agen pemasaran konsul permainan video, Nintendo mula belajar bagaimana untuk mencipta permainan video.

Seorang pereka grafik bernama Shigeru Miyamoto mengubah sejarah apabila mencipta karektor-karektor untuk konsul permainan video.
Shigeru bertanggungjawab mencipta karektor permainan Mario, Zelda, Donkey Kong dan Ice Climber.

Dengan peningkatan kepakaran Jepun berjaya memotong Amerika Syarikat dalam perniagaan konsul video pada penghujung 1970an, sehinggakan permainan arcade Amerika pun dikuasai Nintendo.
Nintendo mula menjadi popular pada tahun 1980an dan menjadi salah satu syarikat terbesar dunia dan memperolehi keuntungan berbillion dolar kerana konsul permainan seperti Super Mario dan Zelda terjual di seluruh dunia.
Hari ini walaupun Sony (sebuah lagi syarikat Jepun) menjadi kuasa terbesar dalam konsul permainan video, Nintendo tetap dikenang sebagai lagenda di Jepun, dan membuat keuntungan $AS5.59 billion tahun lalu.

Ia dianggap sebagai salah simbol kebangkitan Jepun selepas perang dunia.
Jadi bertuahnya Nintendo yang bersabar dalam menghadapi krisis perniagaan, dan menemui peluang sehingga berjaya.

Namanya juga "serahkan pada dewa untuk tuah" juga seperti semangat syarikat itu sendiri.

Semoga thread ini membuatkan pengusaha perniagaan untuk bersemangat...
...dalam berdepan dengan krisis COVID19 dan ekonomi yang sedang melanda ini.

Ganbatte kudasai!
Sumber: Super Mario, How Nintendo Conquered America oleh Jeff Ryan.

History Of Nintendo, Florent Gorges/Izao Yamazaki
You can follow @ErenaTakeuchi.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: