Dalam drama La Casa De Papel @ Money Heist, ada satu babak dlm Part 3 di mana Professor menceritakan mengenai topeng Dali & pakaian kostum merah yg telah beri pengaruh besar kepada masyarakat dunia.

Keadaan ini memang benar berlaku terutamanya dalam bola sepak dunia.

THREAD
1. Pemain bola sepak Brazil & PSG iaitu Neymar dilihat memakai topeng & kostum Money Heist sebelum perlawanan menentang Napoli dlm Champions League pada musim 2018.
2. Selain itu, Neymar turut tampil dalam Money Heist Part 3 dgn melakonkan watak sebagai seorang monk(biarawan). Neymar muncul dlm episod ke-6 dan ke-8.

“Impian saya jadi kenyataan kerana dpt menjadi sebahagian drpd drama kegemaran ini “- Neymar
3. Januari 2019 - Penyokong dari kelab dari Divisyen 3 Belanda iaitu Ultras Ijselmeervogels menaikkan tifo yg memaparkan gambar manager dan pemain memakai kostum merah Money Heist.
4. Penyokong kelab Spakenburg dari Divisyen 3 Belanda juga dilihat memakai topeng dan kostum Money Heist. Namun menggunakan warna yg berbeza iaitu biru.
5. Disember 2018 - Perlawanan Europa League antara Olympiakos menentang ACMilan. Penyokong Olympiakos menaikkan tifo gergasi watak Money Heist dgn mesej bertulis La Casa Del Trofeo.
6. Dalam perlawanan itu, kelihatan ada penyokong Olympiakos memasuki kawasan padang dgn memakai topeng Dali dgn custom merah Money Heist. Mereka meraikan kemenangan 3-1 ke atas AC Milan. 🔥
7. Seterusnya lihat bagaimana penyokong Al Ittihad FC melakukannya dalam kejuaraan King’s Cup.
8. November 2018 - Sebelum perlawanan menentang Juventude, para pemain Fortaleza tiba di stadium dengan menggayakan kostum Money Heist. Epic ✊🏻
9. Mei 2018 - Penyokong Rennes dalam Liga Perancis mengilhami tifo gergasi La Casa de Papel atau Money Heist di Stadium Roazhon Park.
10. Pada Julai 2019 - @ultraSel_ muncul dengan lengkap berpakaian kostum Money Heist ketika perlawanan menentang PKNS di Stadium Shah Alam. La Puta Ama 💪🏻🔥
You can follow @Azlan_INC.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: