Sempena genap 10 tahun SESTA pada hari ini kami bawakan untaian khas sejarah SESTA sejak perancangannya.

Ini adalah untaian/thread. https://twitter.com/AlumniSesta/status/1249021090258489346
SESTA mulai dibina pada 12 Oktober 2006. Difahamkan ia dibawah RMK-9 (2006-2010), tetapi ada cerita bahawa perancangannya dah dimulakan sejak 2001.

Dibina di sebuah kawasan 30 ekar dengan kos RM38 juta (harapnya), tapak asalnya sememangnya ladang sawit.
Jadual siap yang asal sebenarnya adalah pada 11 November 2008. Tetapi entah kenapa, ia terlambat hampir setahun dari jadual asal.

Kalau tak mungkin kita sudah seusia dengan SABDA dan beberapa SBP lain.

(gambar sekitar 2009, kredit dari flickr Kulop Ludin)
Pada Mac 2009, guru pertama, En Zulkarnain Zainal Abidin dari STAR Ipoh dilantik sebagai caretaker SESTA. Tapi memandangkan masa tu sekolah baru nak ada rupa sekolah (80% siap), beliau hanya dilantik Penolong Kanan Pentadbiran SESTA pada bulan Jun tahun itu.
Hanya pada 23 Oktober 2009 baru diserahkan sekolah ini daripada pemaju kepada KPM.

Kumpulan guru pertama SESTA hanya mula mendaftar sekitar Disember 2009.
Asalnya, pengambilan pelajar pertama dicadangkan pada bulan Januari 2010. Tapi melihat kebanyakan peralatan masih belum tiba, ia ditangguhkan.

Bulan Mac pula pengetua pertama, En. Hadi Mat Dain memulakan tugas .
Akhirnya pada 12 April 2010, kumpulan pertama pelajar tingkatan 1 mendaftar masuk, lantas SESTA memulakan operasinya sebagai sebuah sekolah berasrama penuh.

Namun kerana peralatan makmal pun belum lagi sampai, pengambilan Tingkatan 4 pertama masih belum berlaku.
Petikan dari Majalah S.E.S.T.A (terbitan pertama 2012), wawacara Cikgu Zul berkenaan liku-liku beliau dan para guru awal mengasaskan SESTA
Jadi pada 2010, hanya pelajar F1 (TBZ) saja yang belajar disitu. Tiada senior, tiada junior.

Pengambilan pelajar berlaku mengikut takwim SBP pada tahun berikutnya. Masa 2011 baru Xanthrons 1115 dan Allsenpires 1112 masuk. Sudah ada senior dan junior.
Barisan pelajar sekolah menjadi lengkap pada Februari 2012 apabila Xtrovia 1216 dan Partisan 1213 masuk mendaftar. Sudah ada barisan murid dari F1 sampai F5.

Bak kata Cikgu Asma(PK HEM)- Ini baru sekolah!
SESTA sentiasa bercita-cita tinggi sejak awal pembukaannya. Sewaktu SESTA dibawah pimpinan En. Hadi, antara dasar popular ketika itu"Semua Murid Ditawarkan Menjadi Pengawas". Hanya perlukan kemeja, slack biru serta kot blazer dan anda sedia. Ketika itu lah.
Pada tahun-tahun awal juga SESTA telah mengungguli pelbagai pertandingan dan mencatat keputusan tinggi dalam setiap peperiksaan.

Jadi pada 2012, apabila TBZ dan Allsenspires berhadapan PMR dan SPM, sasaran yang dibawa En. Hadi adalah:

100% semua A dan nombor 1 Perak.
Cabaran ini disahut tinggi oleh murid dan guru. Bahkan banner "Tahniah No 1 Perak" pun sudah siap sebelum exam sebagai cabaran.

Akhirnya, meskipun belum mencapai sasaran tahun itu, SESTA membuktikan mereka juga jagoan akademik dengan SBP lain di Perak.
PMR, 104 semua A!

SPM Perak waktu itu, kita dapat no. 2. Kaget, JPN Perak memutuskan keputusan negeri Perak diumumkan di SESTA. Baru kali pertama sudah menggoncang negeri.

Semua A 40 orang. Zulafifi merupakan orang pertama dapat 9A+ di SESTA, lihatlah, sampai dilambung!
Tetapi pentadbiran berubah hujung 2012. En. Hadi kembali ke Temerloh, Tuan Haji Sulaiman menjadi pengetua kedua.

En. Asma PK HEM berpindah ke I-Gop, En. Safarim pula menggalas tugas tersebut.

Hajah Ainun dari STAR mengambil tugas PK Koku.
Pada waktu itu, SESTA sudah mendaki puncak kecemerlangan. Pasukan Inovasi dan Adikestari menggondol seberapa banyak anugerah yang dia nak gondol. Akademik masih di puncak terbaik.
Sasaran masih sama. No 1 Perak.
Pada tahun 2013,ada cerita tentang 2 dewan.

Dewan Besar: sudah dipasang air-cond. Tidak lagi panas membahang. Sumbangan kerajaan negeri Perak selepas Hari Guru.

Sementara itu, di dewan makan;
Malangnya ia berlaku semasa PMR 2013 dan ada beberapa ahli Xanthrons yang terlibat sekali dalam kes itu.

Kantin menjadi "Dewan Makan" selama 2 minggu kemudiannya. Lebih sedap dari kontraktor DM.
Alhamdulillah, semua masih hidup selepas kejadian itu.

PMR 2013 SESTA masih cemerlang dengan 90++ yang dapat semua A, dan SPM Partisan 2013 pula lebih kurang tahun lepas, hampir 40 orang tak silap. Masih No. 2, tapi pointer cukup cantik.
2014 semangat warga SESTA sangat membara.

Paling utama, SESTA telahpun diisytihar Sekolah Kluster Kecermelangan (SKK), dengan kebitaraan dalam Bahasa Melayu (Akademik) dan Inovasi dan Kreativiti (Ko-Ku), hasil kejayaan dalam SPM dan pelbagai pertandingan kokurikulum.
Terlalu panjang sebenarnya untuk mendeskripsikan 2014, tetapi akhirnya,

PT3: XTV, 28 orang semua A. Sangat tinggi bagi sekolah di Perak sampai wakil pegawai datang sekolah..

SPM: Akhirnya. TBZ No.1 Perak dengan 2 orang 9A+. Juga ranking paling tinggi setakat ni.
Beberapa lagi peristiwa menarik 2014:

-Lantai dewan kini berjubin. Tiada lagi lubang.
-SESTA mendapat status Solat Diri Jumaat, tiada lagi bas ke Masjid Kampung Pahang.
-SESTA Open, kali pertama dalam sejarah: B18 menang.
Dan tak lupa Karnival SESTA pertama, diadakan pada tahun itu. Program sangat sukses, ramai yang pertama kali:
-Menjejakkan kaki ke aspuri/aspura berlainan jantina
-Tengok magik Amar.
2015;

SESTA menjadi tuan rumah untuk Hari Kebudayaan Bahasa Jepun ke 10 Kebangsaan. Wakil banyak SBP hadir menyertai semua acara tersebut.
Juga beberapa acara besar dan peristiwa menarik 2015:

Coaching of Coaches (COC) SBP,
Program bersama Pelajar dari Jepun
Fahim Aqil dapat anugerah Full Colors SBP
Setelah hampir 3 tahun berkhidmat, Tuan Haji Sulaiman menjadi Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak. Tuan Haji Rezazali menjadi Pengetua pada Disember 2015.

Pengumuman perpindahan ini berlaku sewaktu SESTA dicutikan akibat jerebu.
2016, SESTA berkembang dari segi infrastruktur.

-Kerusi dan meja santai di luar baru sumbangan Xanthrons dan Bakti mula kelihatan
-Surau sudah dapat dibesarkan untuk semua jemaah muslimah solat. Asalnya kecil saja.
-Dataran Bakti telah dibina.
Kita telah turun ke jalanan untuk bersorak kepada pelumba basikal Le Tour De Langkawi 2016 dengan sorak yang meriah dan kreatif.

Alhamdulillah kita menang first prize.

Kita mengulang perkara sama pada 2017.
Setelah banyak berusaha, akhirnya SESTA berjaya mendapat status Sekolah Berprestasi Tinggi pada 2016 juga.

Satu majlis gilang gemilang telah diadakan pada April 2016.

3-3 pengetua SESTA hadir!
Tahun 2017, perubahan pentadbiran besar berlaku.

Cikgu Zul bersara. CS jadi PK Pentadbiran.

Ustaz Thanusi dari STAR pula mengambil tempat PK HEM.

Ainun-sensei bersara. PK Ko-ku digalas Cikgu Ridzuan.

Paling penting, Haji Rezazali bertukar. En. Shaharudin pengetua keempat.
SESTA sekali lagi diselubungi keracunan makanan pada 2016. Masuk media lagi..

Kali ni sebab roti jala. 43 kena.

Alhamdulillah, semua mangsa didalam dan luar gambar ini masih hidup dan tiada lagi peristiwa sebesar ini lagi setakat ini.
Tahun 2019 menyaksikan perubahan terbesar dalam sejarah sekolah.

Baju Korporat diperkenal, mengambilalih tugas asal baju batik sebagai baju BBM.

Baju rumah sukan dengan gaya baru diperkenalkan.
Oktober 2019.

Telah berlaku suatu peristiwa yang diimpikan SESTA sejak sekian lama.

SESTA akhirnya dirasmikan oleh Sultan Nazrin dalam satu acara yang gilang gemilang.
Dan pastinya ia berlaku dengan perubahan infrastruktur yang drastik. Tahun itu tahun emas buat SESTA.

Dan hari ini, SESTA sudah 10 tahun. Pelbagai peristiwa telah tercatat dalazm tempoh pendek ini.

Semoga tahun-tahun seterusnya tetap membawa kegemilangan buat sekolah kita ini.
You can follow @AlumniSesta.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: