JABATAN KERJA RAYA - JASA KEPADA RAKYAT
Tak ramai yang tahu, terutama di zaman sekarang ini akan wujudnya wira-wira yang tak dicanangkan nama dan jasa kepada negara. Sebabnya sejarah depa tenggelam dek arus moden.

Kome bosan PKP kan?

Ini bebenang tentang JKR zaman Darurat :
Di satu masa, ketika negara masih mengalami ancaman pengganas komunis, sekumpulan rakyat tempatan berkhidmat di bawah Jabatan Kerja Raya meredah hutan belantara Perak hingga ke Kelantan membawa visi almarhum Tunku untuk menghubungkan pantai barat dan pantai timur semenanjung.
Dengan jentera berat mereka dan material-material yang diperlukan untuk membina jalanraya, diiringi tentera dan menjadi sasaran pengganas,hidupan liar,cabaran topografi dan alam sekitar yang sangat hebat. Mrk ini berjuang selama 12 tahun untuk menyiapkan Lebuh Raya Timur Barat.
lebuhraya yang bermula di Gerik hingga ke Jeli ini memperlihatkan usaha pertahanan nasional yang termaktub didalam program Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dimana Lebuh Raya Timur Barat adalah lebuhraya yang dibina bagi memisahkan dan menyukarkan pengganas komunis
Pada waktu tu Komunis bertapak di sempadan Thailand dari menyeberang masuk lebih jauh ke selatan tanah air melalui jalan darat. Lebuh Raya Timur Barat, serta projek Empangan Temenggor adalah mekanisme pertahanan yang berjaya mengekang kemaraan pengganas komunis secara total
Lebuh raya tersebut memberikan kemudahan logistik yang efektif kepada pasukan keselamatan manakala empangan pula menutup hampir keseluruhan laluan hutan yang digunakan komunis. Pengganas terpaksa menumpukan pergerakan mereka menyeberangi lebuh raya yang mana ia lebih berisiko
Dalam proses pembinaan fasa pertama Lebuh Raya Timur Barat ini, terdapat kalangan pekerja JKR yang turut menjadi sasaran pengganas komunis, dimana sejumlah besar dari mereka cedera ketika diserang hendap manakala ada juga yang terbunuh dari tahun 1970 hingga tahun 1982
Den ada temubual salah seorang veteran JKR melalui media sosial, yg terlibat dengan projek mega ini. Beliau dikenali sebagai Pak Teh. Menurutnya : "Sejarah hitam sepanjang perengkat pilot track hingga pertemuan timur dan barat dari 1972 -1980 yg amat mencabar dan mengerikan!"
Kata beliau lagi : "jumlah pekerja JKR yg meninggal ditembak kominis 3, cedera 5, yg meninggal kemalangan smasa bertugas 6 - antaranya mesin jatuh gaung dan operator bulldozer dihempap pokok balak besar".

Ini berlaku semasa beliau ada disana.
"1 hari kami di ambush,bermula dgn jerangkap samar.Bila land Rover dan lori bahagian hadapan kena booby trap mereka hujani dgn tembakan senjata dari lereng2 bukit. Kena ambush skali tu je yg lain2 kebanyakan pihak tentera lah". Tambah beliau semasa menceritakan ambush Komunis.
"Cuma selepas keadaan reda kami sambung kerja dlm keadaan yg gundah gulana,risau dan takut yg amat sgt. Mana taknya perjalanan ke site diiringi oleh kereta perisai Mula2 V150 yg besar tu,lepas tu tukar kpd yg kecik skali ada mishingun depan sbb yg berat x boleh naik jln pilot"
"sebelum tu dihadapan skali kenderaan shovel wheel loader yg diubahsuai bhg hadapannya dgn roller berat utk melanggar booby trap sekira ada dipasang.Kami diberi taklimat bilamana ada je letupan terjun secepat mngkin berlindong disebalik tayar atau badan lori masing2,take cover!"
"Suasana yg paling mncabar sekitar 1977/78 rasanya, kominis telah meletopkan mesen2 jentera berat JKR dgn bom belacan yg boleh dilekatkan ke bhg2 jentera berat tersebut!" Kata Pak Teh atau nama sebenar beliau Encik Harun Iderus yang sekarang menetap di Negeri Sembilan.
Sabotaj oleh pengganas komunis yang dimaksudkan seringkali berlaku dan ada satu insiden sabotaj telah menyebabkan kemunsnahan sehingga 63 buah jentolak tanah pada 23 Mei 1974. Komunis sengaja mensasarkan jenetera utk lambatkan pembinaan jalan.
Di lokasi yang terletaknya tugu peringatan JKR yang berada hampir dengan Kem Sri Banding, pernah berlaku serang hendap oleh pengganas komunis yang menyebabkan 3 pekerja JKR tewas dan sejumlah yang lain cedera pada 27 Ogos 1974.
Dalam proses pembinaan fasa pertama Lebuh Raya Timur Barat ini, terdapat kalangan pekerja JKR yang turut menjadi sasaran pengganas komunis, dimana sejumlah besar dari mereka cedera ketika diserang hendap manakala ada juga yang terbunuh dari tahun 1970 hingga tahun 1982.
Disebabkan kawasan pembinaan yg seringkali menjadi sasaran pengganas komunis melakukan sabotaj dan serang hendap,pasukan keselamatan dibawah Angkatan Tentera Malaysia melancarkan Ops Pagar dimana krew pembinaan diiringi dan dilindungi oleh pasukan keselamatan sepanajang masa.
Mereka diiring dengan kereta perisai sebagaimana yang diceritakan Pak Teh. Kematian dan kecederaan nonkombat yang berlaku ketika kerja-kerja pembinaan turut berlaku sbb topografi kawasan banjaran Titiwangsa dan Banjaran Bintang yang sangat mencabar ditambah dengan musim tengkujuh
Setelah siapnya Lebuh Raya Timur Barat pada 1 Julai 1982, ia berada di bawah kawalan tentera, dengan pos pos kawalan dan kubu-kubu pertahanan yang wujud di sepanjang lebuh raya tersebut digunakan khusus untuk mengekang kemaraan pengganas komunis, selain melindungi kenderaan awam
Kubu pertahanan yg dibina masih lagi wujud sekarang di tempat-tempat strategik Lebuhraya Timur Barat. Ada antaranya dibina dengan konkrit tebal. Kubu ini dulu diguna oleh tentera dan menjadi pos pemerhatian dan pertahanan jika diserang Komunis.
Rondaan juga turut dilaksanakan, dan perintah berkurung diwujudkan dimana trafik tidak dibenarkan untuk melalui lebuh raya ini pada waktu malam, sehingga tamatnya ancaman komunis pada tahun 1989 memperlihatkan lebuh raya Timur Barat ini kembali dibuka sepenuhnya kepada lalulintas
Jika pasukan keselamatan kita bertempur secara berhadapan melawan pengganas komunis ini, JKR pula adalah elemen barisan belakang yang turut membantu dengan cara pembangunan infrastruktur awam.
Dari pembinaan jalan raya untuk menghubungkan kampung-kampung kepada penyediaan bekalan air dan elektrik, pembinaan sekolah dan klinik-klinik desa, kesemua kemudahan asas ini sedikit sebanyak meningkatkan taraf hidup masyarakat
Jasa JKR kepada nusa di era Darurat adalah sangat besar pada kita semua, dimana mereka berganding bahu bersama-sama pasukan keselamatan mengekang komunis dari meresap kedalam komuniti. Jadi kalau kome lalu ikut Lebuhraya Timur Barat tu sedekahlah Al Fatihah untuk tentera dan JKR.
Gambar2 den dapat dari public domain iaitu google. Kredit kepada tuan punya asal gambar yang tak tau sapa.

Begitulah ya kome, bukan senang negara kita nak sampai tahap sekarang. Hargai dan bersyukur dengan nikmat yg kome rasa sekarang di bumi Malaysia yg bertuah ini.
Last sekali.
Ada memorial peringatan untuk tentera dan pekerja JKR kita di lebuhraya ini.
Satu di Dataran Juang dekat Markas Taktikal 749 Banding, yg dibuka pd tahun 2009 utk memperingati Tentera Darat. Satu lagi memorial utk JKR. Kalau lawat sedekahkan Al Fatihah untuk wira kita
You can follow @FarisJamalFJ.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: