DARURAT KEDUA MALAYSIA
A.ka Kebangkitan Semula Pengganas Komunis(1968-1989)

PERJUANGAN UNTUK ANAK CUCU KITA

Kisah yang meletakkan Malaysia di pentas dunia sebagai Negara yang mengalahkan Komunis Totally

Ini Kisah, Pengorbanan dan Perjuangan Mereka

Ini ialah Thread 👇
Thread ini mungkin Agak Panjang. But I will try my best to compressed it. At the same time Tidak ketinggalan Info penting
Parti Komunis Malaya yg dikalahkan Selepas Darurat pertama 1948-1960 telah Berundur ke Selatan Thailand

Mereka beberapa Tahun tidak melancarkan Apa apa serangan atau membuat konflik terhadap Kerajaan Malaysia
Keadaan ini membolehkan Kerajaan Fokus kepada Menambah bilangan Kelengkapan dan Anggota Tentera. Serta meningkatkan Latihan

Konfrontasi Dengan Indonesia menunjukkan bahawa Malaysia belum Betul betul bersedia menghadapi Pencerobohan Kuasa Asing meskipun Berjaya
Parti Komunis Malaya tidak duduk diam meskipun tidak menyerang Malaysia dalam beberapa tahun

Mereka Menambah anggota dan mengukuhkan Ideologi Komunis dalam kalangan Anggotanya

Mereka juga mewujudkan Beberapa Pengkalan di Sepanjang Sempadan Malaysia Thailand
Parti Komunis Malaya (PKM) juga cuba Merekrut lebih ramai Orang Melayu menyertai mereka dengan Menubuhkan Rejimen ke 10(10th Regiment)

Antara yang menyertai adalah Rashid Maidin dan Abdullah CD

Abdullah CD menubuhkan Sekolah Revolusi Rakyat untuk Menyebarkan Ideologi Komunis
Sekolah itu ditubuhkan untuk menyebarkan Ideologi Komunis dalam kalangan Masyarakat Melayu Thai

Parti Persaudaraan Islam (PAPERI) juga ditubuhkan untuk Menarik org Islam Menerima Ideologi Komunis. Parti ini mahu menyakinkan Org Islam bahawa Ideologi ini tidak salah di sisi Islam
Pada Julai 1961. Komander PKM. Chin Peng pergi ke China bertemu Deng Xiaoping Pemimpin Utama Parti Komunis China

Deng Memujuk Chin Peng untuk Mengguling kan Kerajaan Malaysia melalui Revolusi bersenjata.

Dia turut Memberikan 100 Ribu USD untuk membantu PKM
PKM Juga Bersemangat Apabila Tentera Komunis Vietnam (Viet Cong) berjaya Menunjukkan Kekuatan yang hebat terhadap Tentera US dalam Serangan Tet.

Malahan 55 Hari selepas itu Kedutaan Amerika Syarikat di Saigon Jatuh Ke tangan mereka. Sebelum Ditawan semula US
Ini Meningkatkan semangat dan keyakinan Mereka untuk mengalahkan Kerajaan Malaysia

Segalanya Bermula apabila Mereka melancarkan Serangan Hendap terhadap Pasukan Keselamatan Di Kawasan Kroh-Betong. Serangan itu dilancarkan pada 17 Jun 1968. Dan Membunuh 17 anggota Keselamatan
17 Jun 1968 merupakan Tarikh Ulang Tahun ke 20 Pensengketaan antara PKM dan Kerajaan Malaysia. (Darurat Pertama)

Serangan Awal daripada Mereka berjaya memberi kejayaan Kepada PKM. Ini hasil latihan dan persediaan mereka sebelum itu
Chin Peng Mendakwa mempunyai lebih 1000 Anggota dan meningkat kepada 1600 Anggota By 1967-68

Mereka juga menubuhkan Radio Suara Revolusi Rakyat pd 1969 yg Bertujuan menyebarkan ideologi Komunis. Siaran itu dalam 3 bahasa iaitu Cina,Melayu dan Tamil. Sebelum ditambah dgn English
Serangan Awal berjaya menguguat Psikologi Rakyat Tempatan terhadap Kemampuan Pasukan Keselamatan Malaysia dalam menghadapi anasir Komunis.

Serangan yg dilakukan pada mulanya hanya di Sempadan Negara

Sebelum merebak Ke Dalam kawasan Negara
PKM turut bergabung dgn Parti Komunis Kalimantan Utara(PKKU)

PKKU akan melancarkan serangan Di kawasan Sabah dan Sarawak

PKM dan PKKU juga menghantar Skuad Khas bagi membunuh Pemimpin Pasukan Keselamatan dan Pemimpin berpengaruh di kawasan bandar
Antara Yang terbunuh adalah Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahman Hashim pada 7 Jun 1974 dan Ketua Polis Negeri Perak

Serangan PKM yg lain antaranya

Serangan Ke atas Pengkalan TUDM KL pada Mei 1975

Serangan Letupan Terhadap Tugu Negara pada 26 Ogos 1975
Huru Hara juga dicetuskan dgn Serangan Propaganda dan kekacauan terhadap Kampung Kampung di pendalaman

PKM kembali mengganas bersama PKKU. Namun ATM belum menghantar Bunga dan Membuka Pencaknya lagi. Mereka akan menyesal selepas ini
MALAYSIA STRIKES BACK

Malaysia Membalas Serangan PKM dengan Menubuhkan Markas Kor Tentera Darat di Sungai Besi

Memperluaskan Kekuatan Tiga Divisyen Infantri Tentera Darat

Divisyen Infantri Tentera Darat di Kuching Sarawak
Markas Divisyen Kedua Infantri diletakkan di Pulau Pinang dan Markas Divisyen Ketiga Infantri diletakkan di Melaka

Malaysia menubuhkan Pasukan F. Pasukan Perisikan Khas PDRM untuk membasmi Komunis

Penubuhan Pasukan VAT 69 PDRM pada 23 Oktober 1969
Pasukan HANDAU Ditubuhkan pada 1 April 1980(Sebelum dikenali Sebagai PASKAU)

Penubuhan Rukun Tertangga dan Rela di bawah Program Keperluan Regulasi

Penubuhan Program Keselamatan Dan Pembangunan (KESBAN) untuk menyusun dan membangunkan semula Fasiliti dan penempatan negara
Malaysia Melancarkan Operasi Cari Dan Musnah di Seluruh kawasan sempadan Malaysia Thailand dan Sarawak

Operasi diselaraskan oleh Divisyen Kedua Infantri

Divisyen Kedua Infantri dipertanggungjawabkan untuk kawasan Pahang Perak Selangor Kelantan dan Kedah
Operasi juga turut dibantu oleh VAT 69 serta Pasukan Grup Gerak Khas ATM (GGK)

Cawangan Khas PDRM melancarkan Serangan Balas Risik dan berjaya memecahkan Perpaduan PKM

PKM terbahagi kepada dua iaitu Marxist Lennist (CPM-ML) dan Serpihan Revolusi (CPM-RF)
Perpecahan Ini menghuru Hara Formasi PKM kerana Anggota masing masing saling tuduh-menuduh bahawa Mereka adalah Pengintip Kerajaan. Ini menurunkan Kepercayaan Sesama Anggota PKM
Operasi Cari Dan Musnah Pada mulanya kurang Berkesan kerana PKM berjaya melarikan diri ke Sempadan Thailand. Tentera Darat Malaysia tidak boleh mengejar melebihi sempadan

Satu rundingan Telah dijalankan dgn Kerajaan Thailand
Kerajaan Malaysia diberikan Kebenaran untuk mengejar Anggota Komunis sehingga Sadao Thailand. Anggota ATM diletakkan di Sadao Thailand untuk mengepung PKM

Operasi Besar-besaran dgn koordinasi Divisyen Kedua Infantri berjaya menghapuskan Tapak tapak PKM di Semenanjung Malaysia
Operasi Besar-besaran Berjaya menghapuskan Sebilangan anggota Komunis di Pahang dan Perak

Unit Unit Penggempur PKM dijejak dan Diserang habis habisan melalui Operasi
Tentera Malaysia melancarkan Operasi Daoyai Musnah untuk mengalahkan PKM. Tentera Malaysia diletakkan di Sadao Thailand dan Tenter Malaysia kekal mengejar dari sempadan

Ini menyebabkan Tentera PKM terkepung. Serangan habis habisan dilancarkan dan menyebabkan PKM semakin tertekan
Kerajaan Malaysia memilih untuk tidak mengisytiharkan Darurat Secara total. Untuk memajukan ekonomi serta mengelakkan Pelabur Asing Lari

Pada Suatu ketika Pertumbuhan Ekonomi Malaysia ialah 8 Peratus
PKM cuba juga untuk mendapatkan Pengaruh Orang Asli. Malaysia bersaing dgn menubuhkan Jabatan Kebajikan Orang Asli serta Pasukan Khas Senoi Praaq yg Diletakkan kini di bawah PGA PDRM

Pertarungan pengaruh orang asli penting krna penempatan mereka yg kebanyakannya di dalam Hutan
Orang Asli digunakan untuk mendapatkan Bekalan, Maklumat Risikan serta keanggotaan

Di Sarawak, ancaman PKKU ditangani oleh Markas Divisyen Pertama Infantri. Operasi-operasi besar sepertimana di Semenanjung Malaysia juga dilancarkan di kawasan operasi Sarawak.
Ancaman paling nyata dirasai di dalam kawan operasi Sungai Rejang. Keadaan keselamatan di Rejang mendorong Markas 1 Divisyen menubuhkan Markas Khas dipanggil Markas Keselamatan Kawasan Rejang (Rejang Area Security Command) ataupun RASCOM.
1 Divisyen membuat serangan balas dengan meningkatkan skop operasi cari dan musnah menentang Parti Komunis Kalimantan Utara

Hubungan Diplomatik Rasmi Malaysia dan China pada 1974, Kejatuhan Blok Komunis di Eropah dan tawaran menyerah diri pada 1988 mula melemahkan PKM
Setelah rundingan demi rundingan. PKM dan Kerajaan Malaysia menandatangani Perjanjian Haadyai pada 2 Disember 1989 dan PKKU menandatangani Perjanjian Damai pada 17 Oktober 1990

Mengakhiri Krisis Ini.
Kesan daripada Krisis ini ialah

Ramai Anggota Keselamatan Terbunuh, Cacat Kekal, Kerana Jerangkap Samar dan Serangan Hendap Musuh

PKM rasminya memberi Taat setia kepada YDPA seperti dalam penjanjian

Chin Peng tidak dibenarkan Pulang ke Malaysia
Negara Malaysia kembali bersatu untuk Memajukan Ekonomi

Persenjataan PKM dilucutkan

Anggota PKM mendapat Pampasan dengan menyerah diri kepada Kerajaan

Ada Anggota PKM yg duduk di Kampung Damai di Sempadan Thailand
Sekiannn. Moga Perjuangan Mereka sentiasa dihargai dan dicatat sebagai kebanggaan Dan Titik Hitam yg perlu dipelajari dan diingati Oleh Generasi Akan Datang

Terima Kasih Pejuang Negara

Al Fatihah kepada Anggota Pasukan Keselamatan Yang Syahid sepanjang Krisis ini
Sumber. Wikipedia, Comunist Insurgency in Malaysia, Kebangkitan Semula Pengganas Komunis

http://Iluminasi.com  Sejarah dan Kisah Tugu Peringatan Negara diletupkan Pengganas

Wikipedia, PASKAU, Abdul Rahman Hashim, VAT 69
Feel Free to Read, Like, and RT my Thread there. Tq https://twitter.com/Marchfoward/status/1227969633522597889?s=19
You can follow @Marchfoward.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: