Satu perkara yang aku belajar dari Suami aku.

“Angkat lah darjat Ibu-Mu”
Azfar, seorang yang sangat menghormati Umi beliau setinggi langit. Sungguh saya tengok kehidupan dia luar biasa, sentiasa di-kelilingi orang yg baik-baik, setiap orang baru yg datang pasti senang dengan kehadiran dia, senang cerita semua orang sayang dia..
Selain tu, apa saja yg dia hajat/impikan mesti dapat, sekejap atau lambat pasti dia akan dapat. MasyaAllah...
Selepas 3 bulan saya berkahwin dengan dia, baru saya faham kenapa Allah permudahkan jalan hidup dia. Cuma satu asbab.. “Hormatnya kepada seorang Ibu sangat tinggi.”
Ada satu hari, saya berborak dengan kakngah (kakak ipar) dia tanya “syu bahagia dengan azfar” saya jawab terlalu bahagia, syu taktahu nak describe mcm mana lah kakngah tapi syu rasa Azfar ni mmg jenis tak pernah membebankan semua orang.”
Terus kakngah cakap “kalau syu nak tahu, Azfar ni ada kelebihan yg takda dekat adik beradik lain, Azfar tu dari kecik sgt hormat Umi” apa yg dia buat, even benda tu kecik dia akan utamakan Umi” Sebab tu kakngah tengok hidup dia Murah Reseki sebab dia dapat Redha & Doa Umi.
Bila saya bandingkan diri saya dgn suami saya, SubhanaAllah malu. Bila di-fikirkan balik, kadang dengan benda yg kecik-kecik lah kita selalu lepas pandang dengan mak kita. Tapi Azfar? tidak.
Ada satu hari kami tgh makan malam sama-sama, tengah sedap makan tiba-tiba umi cakap “Umi nak makan karipap lah” Umi bangun & ambil karipap frozen dalam peti ais. Terus Azfar basuh tangan & ckp “Umi duduk sambung makan, biar ajepa gorengkan.”
cuba kalau saya? mesti seronok yayy mak goreng karipap https://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="😂" title="Face with tears of joy" aria-label="Emoji: Face with tears of joy">

Senang cerita, bila dekat meja makan, dia takkan duduk selagi umi tak duduk, dia takkan cedok lauk selagi umi tak cedok lauk/ dia akan cedokkan lauk untuk Umi dulu.
Lagi, dia buat air sirap bandung pastu yg lain apa lagi dah ambil cawan setiap sorang & minum. Azfar? dia tuang bagi Umi dulu sebelum dia minum air tu. Umi dah minum baru dia minum. MasyaAllah
Lagi, Kalau dia nampak Umi depan tv pasti dia akan teman & dia takkan sesekali duduk atas sofa kalau Umi duduk atas lantai. Dia akan ikut duduk lantai. MasyaAllah
Lagi, Kalau Umi panggil dia, tak pernah lagi saya dengar Umi akan panggil lebih dari 1kali, MasyaAllah.

Lagi, setiap pagi kalau pergi kerja tak pernah dia tinggal ayat “Umi doakan Azfar murah rezeki ye.” MasyaAllah
Dan benda ni kebiasaan anak-anak buat. Tak pernah saya dengar dia cakap “Eh, Ah, Alah” dekat Umi. Tinggi suara? apatah lagi... jauh sekali. MasyaAllah
Bila kita nilai diri kita balik, mcm mana kita dgn ibu kita? SubhanaAllah malu saya dgn suami sendiri. Walaupun kita nampak benda tu remeh tapi dengan perbuatan itu lah Allah permudahkan hidup Azfar. Kerana Redha Umi & Doa sorang Ibu yang solehah. Hidup dia Berkat. MasyaAllah
Adab dia dgn Umi mmg A+. Saya terpegun dengan Adab dia. Bersyukurnya aku dapat seorang suami seperti Dia.
Kesimpulannya, Azfar ni seorang anak & suami yg bertanggungjawab, tak membebankan, Adab A+, kalau bercakap tak pernah tinggi suara & kalau marah dia tak pernah guna bahasa yang tak elok pastu nada helok je..
Kalau adik dia bangun lambat, dia marah, dia marah camni “adik-adik bangun dah tengahari ni, nanti abah marah. Jangan lah buat abah marah.” (tapi tak tinggi suara)

& tak pernah saya nampak adik-adik dia melawan cakap dia.
Sekarang saya tahu kenapa hidup awak ni cantik sangat perjalanan dia, bila sulit pasti akan jadi mudah sebab hidup awak Berkat. Hidup awak penuh dengan Redha Umi https://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="😊" title="Smiling face with smiling eyes" aria-label="Emoji: Smiling face with smiling eyes">
Terima kasih Allah kirimkan lelaki dari syurga https://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="❤️" title="Red heart" aria-label="Emoji: Red heart">

Daripada: Isteri-Mu
You can follow @syuhailarahmat.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: