TEKNIK ‘GROUNDING’ PSIKOLOGI
Ini adalah teknik untuk mengawal emosi negatif, keresahan, desakan negatif dan ketakutan yang boleh muncul bila2 masa. Ia bersifat sementara tapi mampu membantu ketika anda terdesak & xtahu apa yang patut dilakukan. Apakah teknik mudah tersebut?
1. Nikmati wangian/bau yang mampu menenangkan fikiran anda. Ia mungkin aromaterapi, bau kopi, pewangi kegemaran atau bantal anda sendiri
2. Pilih satu lagu dan nikmatinya seolah ia kali pertama anda mendengarnya. Teliti lirik, melodi dan tulisnya sekali
3. Rendam tangan anda ke dalam air suam/sejuk. Rasakan rangsangan deria yang anda alami. Suam, sejuk, perit, selesa dan sebagainya
4. Tanggalkan kasut dan berjalan di atas rumput. Enjoy!
5. Bernafas dalam-dalam dan perlahan-lahan. Dalam hati bisikkan ‘tarik’ dan ‘lepas’...
6. Lakukan senaman setempat. Maybe 5 minit senaman hi intensity
7. Duduk sebentar, buka mata dan tumpukan kepada segala bunyi yang anda dapat dengar di sekelilinh anda. Burung, kucing, anjing, kereta, orang dan sebagainya
8. Cuba permainan memori. Fokus
9. Kiraan mengundur dari 5 dan fikirkan jawapannya. 5 tempat terakhir yang dilawati, 4 orang insan kesayangan, 3 sekolah terakhir, 2 makanan kegemaran dan 1 warna kesukaan
10. Ulang hafalan surah anda atau baca Al Quran. Tumpu perhatian pada apa yang dibaca
Semua teknik ini dapat membantu ketika krisis tetapi ia x akan membantu dalam jangka panjang jika anda xdapatkan bantuan dari orang yang berkemahiran psikologi. Ada pelbagai lagi teknik lain yang anda sendiri boleh fikirkan. Yang penting, ia tak memudaratkan
#letsTALK #MedTweetMY
You can follow @zaidrostam.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: