Hari ni hari Jumaat dan antara sunnah hari Jumaat adalah membaca (dan menghayati!) surah al-Kahfi.

Banyak ibrah dan hikmah daripada 4 kisah utama dalam surah al-Kahfi dan hari ni saya nak kongsikan tadabbur 4 kisah ini dan kaitannya dengan musibah yg sedang kita hadapi hari ini.
Kisah pertama: Para pemuda gua

Ujian yang terpaksa mereka tempuhi adalah ujian aqidah/keimanan.

Musibah #COVID19 yg sedang kita hadapi sekarang ini juga cukup menguji keimanan dan aqidah kita. Adakah kita redha degn ketentuan Allah? Adakah kita beriman semua yg berlaku..
..ini adalah qada’ dan qadar-Nya?

Adakah ujian demi ujian sekarang ini menambah keimanan kita dan menjadikan kita lebih dekat kepada-Nya, atau sebaliknya? 😭
Kisah kedua: Pemilik dua kebun

Kisah ini menekankan ujian harta yg dihadapi oleh ramai manusia. Hari ini, ketika perintah PKP dikuatkuasakan, sgt ramai yg terkesan dari aspek ekonomi.

Ramai yg hilang pekerjaan dan punca pendapatan. Tidak kurang yg dipotong gaji.
Jadi apa peranan anda yg lebih bernasib baik dan berkemampuan? Panic buying, borong semua barangan di pasaraya dan pulang ke rumah menikmati donut gebu dan brownies coklat?

Hulurkan bantuan dan berkongsilah rezeki anda. Kerana ujian utk mereka adalah ujian utk anda juga!
Kisah ketiga: Musa AS dan Khidir AS

Tema utama kisah ini adalah ujian ilmu. Bagaimana Musa AS, seorang Rasul ulul azmi telah diperintahkan oleh Allah utk menuntut ilmu yg benar dari seorg hamba Allah yg soleh bernama Khidir.

Apa pengajarannya? Tuntut dan sebarkanlah..
..fakta dan cerita-cerita yg benar shj tentang wabak #COVID19 ini. Kita telah melihat banyak kacau-bilau dan kekalutan berlaku apabila berita-berita palsu sengaja disebarkan.

Hari ini, hanya berbekalkan Gugel dan Wasap, semua org boleh jadi doktor, profesor dan ahli saintis! 😅
Kisah keempat: Dzulqarnain

Kisah ini membawa kita menghayati ujian kekuasaan yg ada pada Dzulqarnain. Ia juga mengajak kita utk mengambil ibrah bagaimana mahu menghadapi ujian kekuasaan pd hari ini.

Adakah kerajaan selaku penguasa telah menjalankan tanggungjawab dgn baik..
..dalam membendung wabak ini daripada terus merebak? Dan membantu rakyat marhaen dalam menghadapinya?

Dan bagaimana kita yg punya ‘kuasa’? Sbg seorg ibu/bapa, adakah anda menjaga anak-anak dan memastikan mereka mematuhi PKP?

Sbg seorg sahabat, adakah anda ambil tahu kebajikan..
..rakan-rakan anda yg mungkin kesusahan? Sbg seorg kakak/abg, adakah anda memastikan keselamatan dan kesihatan adik-adik anda terjamin?

Sbg seorg doktor/polis/tentera atau frontliner yg lainnya, adakah anda menjalankan tugas anda dgn penuh amanah?
Dan sbg seorg rakyat dan manusia biasa, adakah anda bersama-sama berusaha membendung wabak ini bagi menjaga nyawa, agama dan harta (maqasid syariah)?

Tepuk dada tanyalah iman!
Rupa-rupanya byk pengajaran yg boleh kita ambil drpd surah al-Kahfi ni kan? 😊

Moga perkongsian ringkas ini menjadikan kita lebih memaknai al-Quran dan mahu belajar dan menyebarkannya!

Ayuh!

#IbrahAlKahfi
#tadabburAlQuran
#tazkirahJumaat
#QuranTime
#StayAtHome
#KitaJagaKita
You can follow @angelpakaigucci.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: