Kluster baru yang menjengkelkan..

Dulu setiap hari satu bas turun daripada tabligh dan madrasah. Diorang ni semua sangat mudah memberikan kerjasama. Seronok terasa merawat diorang ni walaupun berpeluh-peluh dek PPE.

***
Mari sambung baca kisah yg dikongsi oleh Dr Mohd Afiq ini.
Rasa macam rawat kawan2 kita yg sgt mesra dgn kita.

Sentiasa dgr azan berkumandang dalam wad. Bacaan al-quran hampir setiap masa. Wad kusta lama yg penuh dgn cerita hantu pun rasanya hantu-hantu lari bertempiaran kerana pendinding semula jadi dek kerana akhlak dan zikir mereka.
Hampir keseluruhannya sgt merendah diri, sentiasa memberi kerjasama yg terbaik. Tak pernah merungut. Itulah Kluster TABLIGH. Walaupun mungkin sy tak berapa setuju mereka di cop sbg kluster tabligh dek kerana 1 2 peserta yg pentingkan diri sendiri menyebabkan yg lain mjadi mangsa.
Tapi disebabkan zikir yang di sebut semua maka nak buat macam mana.

Kini datang satu kluster baru. Diorang panggil kluster TURKEY/OVERSEA. Saya panggil kluster JENGKEL. Bas kini datang daripada KLIA dan hotel-hotel. Diorang ni acah-acah jadi mangsa penyakit covid.
Padahal masa diorang pergi melancong, diorang tanpa segan silu papar gambar diorang melancong malah ada yang siap perli kata corona tiada kat tempat sejuk dsb. Kadang-kadang terasa macam kita ni lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat covid itu.
Dan mintak maaf cakap. Kluster ni lebih banyak demand. Bila nak hantar ke wad macam wad kusta ataupun institut latihan, diorang ni demand taknak pergi sebab panasla, tidak selesa dan macam-macam lagi.
Tu tak termasuk yang dok persoal kenapa nak amik darah la, kenapa tak amik swab awal la dan bila kita masuk untuk periksa diorang masing-masing sibuk dengan gajet. Kita ni macam endah tak endah je.
Bukan semua yang macam tu especially yang berada di luar negara atas urusan yang tak dapat dielakkan seperti belajar. Tetapi so far yang dapat sebab pergi melancong ni memang sangat menjengkelkan.
Saya faham. Mereka ni kebanyakan orang berada, ada kabel besar dan tak puas hati sedikit terus bawak ke atasan, di kuarantin pun di hotel-hotel.
Nak buat macam mana, kena hadap jugak la utk berapa bulan pulak yg mendatang. Kita ni pekerja kesihatan berapa ramai yang dah tak dapat jumpa mak ayah sebab kerja kita berisiko. Diorang ni plak datang dan tambah masa kita berjauhan. selamatlah bekerja semua.

Rindu geng tabligh.
Kisah asal yang dikongsi oleh Dr Mohd Afiq di fb :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157397082987987&id=730372986
You can follow @akhifairuz_.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: