Semalam tular tentang pertandingan video TikTok untuk mahasiswa, baru 3 jam dah diturunkan balik. Hari ini pula menteri yg sama letak banner sebesar alam dgn nama sendiri.

Let's be objective. Ini sebenarnya beberapa kebingungan mahasiswa mengharungi PKP:
1. Semester terpaksa ditangguhkan atau dipendekkan. Perkara ini memberi kesan terutama kepada mahasiswa yang sepatutnya tamatkan pengajian dalam masa terdekat dan juga mahasiswa dalam jurusan yang memerlukan fokus dan jam kredit lebih seperti jurusan udang-undang.
2. Kelas atas talian tidak sesuai dijalankan. Tak semua mahasiswa drpd kalangan penduduk kota dengan capaian internet berkelajuan tinggi. Sebilangan besar mahasiswa juga datang daripada keluarga B40 yang belum tentu cukup makannya, apatah lagi untuk melanggan internet.
Selain itu, banyak jurusan yang tidak sesuai untuk mengamalkan pengajian atas talian seperti architecture, engineering, medic dan sebagainya. Ada yang perlukan lab.
3. Latihan industri/internship yang sepatutnya berjalan terpaksa ditangguhkan. Mahasiswa sudah mula runsing nasib masa depannya.
4. Nasib peluang pekerjaan bagi mahasiswa pasca Covid-19. Para sarjana ekonomi menjangkakan pertumbuhan ekonomi selepas ini akan menjadi masalah. Nah, sudah lah masalah pengangguran lepasan universiti sebelum ini sudah berlambak, apatah lagi sekarang dan selepas ini.
5. Bagi kampus yang sepatutnya mengadakan peperiksaan akhir dalam masa terdekat, berhempas pulas memikirkan cara yang terbaik untuk adakan secara atas talian dengan mengambil consider capaian internet pelajar dan untuk mengelakkan berlaku sebarang tiru-meniru.
1001 lagi kerisauan dan kerunsingan mahasiswa. Tapi ramai yg masih kekal tenang dan kental, siap jalankan inisiatif bantu rakan2 dan masyarakat yg memerlukan dalam tempoh ini. #KitaJagaKita
Plan lengkap, aspirasi yang jelas perlu diturunkan oleh menteri. Kebajikan warga kampus termasuk mahasiswa, staf akademik dan bukan akademik perlu dijaga. Hal ini termasuk keperluan asas serta kesihatan fizikal dan mental.
Jaga reputasi kementerian sebagai antara kementerian utama negara dan utamakanlah prioriti.

@DrNorainiAhmad
You can follow @ammarhasbullah_.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: