Bernie Sanders tarik diri daripada pemilihan presiden US tahun 2020, so Joe Biden akan jadi calon Democrat lawan Trump (Republican) 3 November 2020 nanti (kalau masih on dan COVID dah reda).

#bebenang
Sebenarnya Bernie masih ada harapan lagi, tak besar pun gap antara dia dan Biden. Biden punya bilangan delegate vote ada dalam 1217, Bernie 914. Masih boleh kejar selagi tak capai 1991. Tapi kenapa dia tarik diri awal?
Sebab setakat ini, dia kalah kepada Biden di semua negeri atas pagar (swing states), terutamanya Michigan & Florida.

Democrat tak akan calonkan seseorang yang tak mampu menang negeri2 ni even di peringkat parti, sebab negeri2 ni lah kunci kemenangan pada November nanti.
Sistem pemilihan presiden US ni bergantung kepada siapa yang menang paling banyak "electoral vote", bukan bilangan negeri atau jumlah pengundi.
Setiap negeri membawa bilangan electoral vote (EV) tertentu yang akan diberikan kepada calon yang menang di situ. Contoh kalau Biden memang California, dia akan dapat 55 EV. Kalau menang New York, dapat 29 lagi. Siapa yang dapat majoriti (270 daripada 538) akan jadi pemenang.
Jadi walaupun pada tahun 2016 Trump punya popular vote hanya 46% (63 juta pengundi), lebih sikit daripada Hillary Clinton (48% atau 66 juta pengundi), Trump tetap menang dengan jumlah electoral votes sebanyak 304 berbanding Clinton punya 227.
Negeri macam Texas& Oklahoma akan sentiasa undi Republican, manakala negeri macam California & New York akan sentiasa undi Democrat. Yang undi Republican ni dipanggil Red States (merah = lambang Republican) manakala kubu kuat Democrat ni Blue States (biru = lambang Democrat).
Red States & Blue States masing2 ada 200 EV, so nak capai magical number 270, kena rebut swing states macam Florida (undi Republican 2000, 2004, undi Democrat 2008, 2012, undi Republican 2016) & Ohio (undi Republican 2000, 2004, undi Democrat 2008, 2012, undi Republican 2016).
Trump boleh menang sebab berjaya rampas 6 swing states daripada Democrat: Florida, Ohio, Pennsylvania, Michican, Iowa dan Wisconsin. Negeri-negeri ni membawa 99 undi, membolehkan Trump menang selesa dengan perbezaan electoral votes sebanyak 77.
Bernie walaupun popular di Internet & di kalangan orang muda, tapi voter base dia terbatas kepada Blue States yang memang dah liberal dan progresif. Menang Blue States saja tak cukup untuk menang pemilihan presiden.
So dari segi pertimbangan strategi, memang Democrat tak akan consider Bernie, bukan sebab Bernie anti-establishment ke apa, tapi sebab Bernie tak mempunyai wide appeal. 60% Blacks tak suka dia. 70% orang berumur 45 tahun ke atas tak suka dia. Susah menang pilihanraya macam ni.
Ramai kata kalau Biden jadi calon, Trump akan menang lagi. Dari segi umur Biden (77) lagi tua daripada Trump (73). Idea tak ada, hanya brag pasal pengalaman sebagai VP pada zaman Obama. Karisma kurang, ucap berterabur. Kena orang bengang sangat kat Trump, baru Biden ada chance.
Tapi kemungkinan tu bukan tak ada, especially since krisis COVID, Trump punya cara handle krisis dikecam dalam dan luar. A day is too long in politics, dalam masa 7 bulan ni macam-macam boleh terjadi sehingga memterbalikkan Fortuna antara Biden dan Trump.

Tammat.
You can follow @AymanRashdanW.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: