PENDIDIKAN NADI NEGARA
1. Pendidikan merupakan nadi kepada negara. Sebagai anak kepada seorang guru, Pendidikan amat dekat di hati saya dan saya faham akan besarnya peranan Pendidikan bagi memastikan kemajuan negara. One cannot move forward without the other.
1. Pendidikan merupakan nadi kepada negara. Sebagai anak kepada seorang guru, Pendidikan amat dekat di hati saya dan saya faham akan besarnya peranan Pendidikan bagi memastikan kemajuan negara. One cannot move forward without the other.
2. Pada musim Covid-19 ini, saya seronok sekali melihatkan guru-guru yang banyak membuat kelas atas talian untuk murid-murid di rumah. Saya dapat melihat kesungguhan guru-guru dalam mendidik anak-anak murid menerusi kelas atas talian menggunakan zoom, google hangouts & sebagainya
3. Ada juga yang membuat kelas ejaan menggunakan whatsapp dan menelefon pelajar-pelajar bagi memastikan mereka meneruskan sesi pembelajaran.
4. Usaha KPM dgn kelas atas talian Cikgootube harus dipuji. Saya sempat menonton sesi webinar flipped classroom bersama Cikgu Hailmi yg juga merupakan finalis Top 50 Global Teacher Award. Sangat seronok melihatkan kelainan Pembelajaran Abad Ke-21 yg mampu menarik minat pelajar!
5. Namun begitu, janganlah kita lupakan adik-adik kita yang tinggal di kawasan pendalaman. Sebahagian daripada mereka tidak mempunyai akses internet apatah lagi akses kepada aplikasi pembelajaran dalam telefon.
6. Ada sesetengah yg tidak mempunyai elektrik di rumah. Saya pasti Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengkaji perkara ini & berusaha utk memastikan internet adalah milik semua pelajar.
7. Dalam proses tersebut, alternatif pembelajaran perlu disediakan bagi merapatkan jurang Pendidikan Kawasan bandar dan pendalaman.
7. Saya tertarik dengan salah satu cadangan yang dibuat oleh Cikgu Muhammad Nazmi, seorang guru Kawasan pendalaman dalam forumnya Bersama kumpulan aktivis belia Challenger.
8. Cikgu Nazmi telah mencadangkan agar KPM berkerjasama dgn talian radio lokal yang sering didengari oleh anak-anak muridnya di SK Long Sukang untuk membuat kelas di radio. Perkara ini telah dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Johor FM Permata Selatan
9. Usaha ini perlu diluaskan bukan sahaja Bersama stesyen radio tetapi juga dengan stesyen stesyen televisyen. Saya pasti ramai guru di Malaysia yang sanggup berkhidmat di radio dan televisyen bagi memastikan tiada pelajar yang ketinggalan.
10. Mungkin akan ada yang merasakan bahawa usaha ini tidak perlu dibuat kerana pelajar lebih rela menonton siaran lain daripada siaran Pendidikan.
11. Tetapi tugas kerajaan bukanlah untuk memaksa adik-adik di rumah belajar tetapi tanggungjawab kerajaan adalam dalam memastikan sekiranya mereka ingin belajar, the platform is ready for them. This is a solemn duty.
12. Bantulah mereka yang berada di Kawasan Kawasan pendalaman. Kita harus pastikan bahawa tiada seorang pun pelajar yang ketinggalan dek kerana tiada akses kepada Pendidikan.